Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts

Saturday, 2 March 2019

Sambal Sotong Ni Mengancam Selera Awak Ke?

9:02 pm 21 Comments
Hai readers.. Salam hari sabtu.. Harini terlewat update sebab kebizian keluar beli barang dapur. Topup stok mingguan. Siapa kat sini penggemar sotong? Tak kira la sotong tu dimasak apa pun, tetap favourite?

Macam kita sotong ni biasa biasa je.. Nak kata favourite sangat tu tidak la jugak. Then depend pada masakan juga la. Macam sotong goreng tepung tu nyumnyumm.. Sedapnya kalau ratah gitu je kan. Tapi kena makan lepas goreng tu la. Masih hangat hangat gitu..
Kadang kadang kalau makan kat luar, ada sotong ni kita tak berapa lalu sangat. Sebab cara masakan dorang tu. Macam ada bau hanyir macam tu. Tak syok nak makan. Putus selera.

Sambal Sotong

Okay, bukan nak merapu sangat. Al kishnya masa valentine day haritu. Ehhhhh, lamanya peram cerita. Haha.. Masa tu tak tahu nak masak apa. Sekali teringat ada beli sotong. Terus dalam kepala ligat pikir, then bomm 💣 terus dapat idea. Masak sambal sotong 🐙 je la sebab ddy dorang ni suka sambal. Kang takde sambal boleh hilang selera pulak nak makan. Then dah siap masak macam biasa la. Snap 📸 gambar saja letak kat status wasap. 

Tak sangka ada beberapa orang yang kecur liur, kata sedapnya.. Then siap tanya resepi macam mana nak masaknya.
Terus rasa macam, aikkk.. Kan senang je buat sambal sotong 🐙.. 
Tapi kita tetap share resepi. Hidup ni tak boleh kedekut. Kalau kata nak pinjam laki i tu opkos i kedekut la ye. 😅

So, bagi memudahkan adik adik yang baru nak belajar masak tu, kita tepek juga la resepi kita yang tak pro ni ye. 

Bahan bahan : 
Sotong
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili blender (cili beli hat kat kedai pun boleh ye) 
Sedikit air asam jawa
Garam
Bawang holland (tak bubuh pun boleh je)

Cara caranya : 
Blender bawang merah dan bawang putih. 
Tumiskan sampai naik bau.
Masukkan halia (diketuk atau dihiris)

Nampak garing sikit, masukkan cili blend. Ikut korang la nak pedas macam mana eh..

Nampak dah pecah minyak, letakkan air asam jawa sikit. Jangan letak banyak..sebab nanti sotong kecut pun ada keluar air.

Masukkan garam secukup rasa.

Agak sambal dah masak, masukkan sotong. 
Gaul rata, agak agak dah cukup rasa, dan ckup masak, boleh la dihidangkan. Sotong tak perlu dimasak terlalu lama tau. Sebab nanti rasa macam liat. 

Sponsor

Comments