Showing posts with label Resepi Kupang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kupang. Show all posts

Monday, 4 November 2019

Kupang Masak Masam Manis

4:43 pm 5 Comments
Hi readers.. 
Bila boring boring macam ni, mula la cari bahan nak update story. Nak story yang best best, takde bahan sangat. Yang ada gambar masakan sendiri je la. So kita update gambar masakan je la kan. 

Harini cerita pasal kupang la. Sebenarnya kan sebelum kawen, tak pernah makan kupang. Kalau kerang dengan lala tu ada la makan. Kupang ni sekadar pernah tengok, tapi tak pernah makan. 

Pertama kali makan masa dekat rumah mil. Masa dah kawen. Erm.. Masa tu dah ada zara kot. Lupa la.. Mula mula terpikir macam mana la rasa dia. Rupanya lebih kurang macam lala juga. 

Dan kali kedua makan, tak silap sebulan lepas. Haha.. Pertama kali beli, masa tu nak buat tomyam. Bubuh tu sekali. Dan kali ketiga, kelmarin. Sebab tengok zara suka. Laju je dia makan. So mama dia try la buat masak masam manis. Sebab tak tau nak buat masak apa yang sedap. 

Buat menu yang simple je. Senang. Janji menu ada perubahan. Tak kan nak makan ayam selalu kan. 


Resepi Kupang Masam Manis

Kalau nak buat menu ni pun senang je bahan dia. 

Kupang
Bawang Merah (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Serai (diketuk)
Sos tiram (haritu guna yang tuk masak masam manis)
Sos cili
Sos tomato
Garam
Air sedikit
Cili api
Halia

Caranya senang je. Orang katqa masak campak campak je. Tumiskan bahan asas dulu. Pastu baru masukkan yang lain. 

Senang je kan. Cik mimi makan dengan telur dadar, memang sedap la. Hehe..

promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

Sponsor

Comments