Showing posts with label Ramadan 2019. Show all posts
Showing posts with label Ramadan 2019. Show all posts
Hai readers, assalamualaikum..
Tengah buat apa.. Dah ketuk kuali ke tu? Kita pukul 5 baru start ketuk kuali. Ni awal lagi. So, sementara ada masa terluang, kita nak update la juadah berbuka semalam. Banyak skip dah ni. Walhal ada je modal gambar. Tapi tak dan nak story mory je.
Untuk menu semalam, macam on the spot je. Sebab otak kita ni memang blur nak masak apa. Kang kita elok je nak masak, ddy dorang pulak taknak menu tu. So kita suruh dia pikir. Sebab tekak dia yang nak makan jugak kan.
Semalam dalam pukul 3 keluar nak cari ikan cencaru. Ddy nya nak makan. So alang alang dah keluar, ddy nya cakap nak makan mee goreng. So, beli mee dan bahan sikit yang mana takde. Pastu alang alang tu singgah ke bazar.
Beli pulak ayam golek berempah. Teringin pulak ayam tu. Sedap dok meratah. Ni pun ada lagi sikit. Nanti nak panaskan je balik.
Pastu sebelum keluar pintu MP, ada serahkan bubur lambuk. Dapatlah 2bungkus. Selalu makan sebungkus je. Sebungkus tu simpan peti. Pastu next day boleh panaskan je.
Kuih muih pun beli je. Tu pun tak habis makan. Kemain lagi membeli kan. Macam kita suka beli kuih yang boleh simpan peti kalau tak habis makan.
Pastu beli air sekali. Mudah dah semalam. Haha..
Sebab buat air pun asik tak laku je kan. So beli je la air. Pilihan kan banyak.
So, meriah la menu semalam sampai tak larat nak makan. Harini korang berbuka masak apa?
Assalamualaikum.. Holla readers..
Sekejap je dah masuk 2minggu kita semua berpuasa. Macam mana puasa? Masih full? Alhamdulillah.. 2minggu juga kita masih menyediakan menu seperti biasa.
Even membeli, tapi lauk pauk setakat ni masak sendiri.
Untuk harini kita just nak share menu simple je la. Saja tepek dekat blog sebagai kenangan kan. Mana nak tahu, nanti dah tak tahu nak buat menu apa, boleh tengok balik menu menu yang dah terbuat. Atau sebenarnya bulan puasa ni akan keluar menu menu baru,kan?
Macam biasa, kalau bab kuih muih ni selalunya beli je. Sebab nak makan pun tak banyak kan. Jadinya beli la. Pilihan ada kan. So pilih je nak apa.
Harini ddy dorang cakap buat nasi goreng daging. So kita buatkan je la nasi goreng daging. Selalu buat nasi goreng bubuh isi ayam je kan. Jemu jugak kan.. Tapi kita tak makan sangat. Jenis kita berbuka cukup sekadar ada air dengan kuih muih. Dah rasa kenyang.
Isi Ayam Ala Pop Corn
Ddy dorang mintak gorengkan isi ayam, potong kecik kecik pastu goreng celup tepung. Bukan susah pun. So, buatkan je la. Nak meratah pun sedap.
Elok tengah masak, jiran depan rumah hulur sepinggan puding karamel. Ya Allah.. Seronoknya dapat jiran yang sudi tertukar juadah ni tau. Dulu 4tahun kat gemas tak merasa buat macam tu walhal jiran ada je. Tapi sebab kita duduk tingkat 4, jiran searas pun takde tau. Bukan xde jiran. Tapi lagi 3 rumah tu jenis isteri tak duduk sekali.
Ni kita dah pening kepala ada 3pinggan akak jiran depan nak dibalas. Kita blur nak masak apa. 😅😅😅
Bab pikir menu sekarang ni kita suruh ddy dorang pikir. Sebab apa? Sebab kalau kita bagi cadangan pun dia taknak menu tu. So, kita suruh je dia bagitahu apa dia nak makan. Kalau dia tak boleh bagitahu, kita goreng telur makan dengan nasi, kicap je la. Hehehhe
Hai readers..
Harini kita nak share pasal menu berbuka lagi. Sori la yerk. Kalau Tiba tiba waktu siang keluar gambar makanan. Takmo terliur sangat aihh. 😄😄
Just share je. Mana tahu kot la boleh bagi inspirasi tuk korang masak, ye dok?
Maklumlah.. Bulan puasa ni la keluar macam macam menu haaaa..
Untuk menu puasa ke-9 (Selasa, 15mei2019)
Menu yang simple je sebenarnya. Budak budak ni kan, time siang takmo makan nasi. Nak tak nak, dari terbuang nasi tu, sudahnya jadi la nasi goreng. Kita ni tak lalu mana dah nasi goreng. Kadang tolong masak je. Nak makan, makan la kan. Taknak, takpe la. Janji ada makanan tu.
Hat kedua ni Roti Sardin Goreng. Ala-ala macam orang buat aiskrim goreng tu haa.. Inti dalam dia kita tukar jadikan inti sardin. Sedap tau. Nyumnyum sangat. Bila digoreng roti tu rangup. Syok makan. Nanti kita share resepi kat entri lain ye. Mudah sikit kalau siapa search nanti. Haaa, gituuu..
Then lauk sup telur tu kan masak tengahari tau. Nak suruh budak budak makan nasi la. Sekali dorang taknak makan. Asyik sangat la main. Si zhareef pulak asik mintak susu. Erm.. Memang sampai ke sudah, tak makan pun sup nya. Sesih pulak tengok makanan dok terbuang. Kang tak masak, dok kata malas masak. Dah masak, tak mau makan pulak. Pening aihh jadi tukang masak kat rumah ni .
Assalamualaikum..
Hai readers.. Boleh ke tidak ekk nak share menu berbuka ni. Pikir jugak banyak kali ni tau. Haha..
Bukan apa, karang ada pulak yang kata, singgah siang hari, kita buat orang terliur. Walhal menu tak gempak pun..😅😅
Kita nak share kat sini supaya kita tahu, hari hari kita buka menunya apa. Haa, gitu..
Kita ni berbuka dekat rumah je. So hari hari kena masak. Jadi mudah la nak tahu masakan apa dah buat. Masakan apa belum buat. Biasa la, surirumah ni kan pening atur menu.
Tapi dah 4 hari puasa ni, kita suruh ddynya atur menu. Biar dia pening kepala pikir juga.
Ingat senang ke nak pikir lauk apa nak makan. Kita ni jenis berbuka makannya kuih muih je. Nasi time sahur baru sentuh. Untuk hari ni, rasa macam "erk... Banyaknya makanan"..
Sebelum tu rasa macam "ni je ke makanan tuk berbuka?"
Harini plannya nak buat nasi goreng. Lepas tu buat la ayam perap. Ala ala ayam untuk nasi ayam tu. Lepas tu kuih muih ddy nya beli. Ada buah melaka dengan kuih tako.
Tambahan lain harini, ddy dorang bawak balik bubur lambuk.. Sedap, kita suka bubur lambuk orang buat time bulan puasa. Rasa special je. Pastu jiran depan rumah pulak hulur cucur dengan air teh ais cincau.
Mak aihhh.. Sedapnya teh ais dia. Pekat sedap. Secara tiba tiba banyak makanan harini. Alhamdulillah, rezeki.. Kalau kuih muih beli ni pepaham je la.
Rasa sedih tengok kuih buah melaka tu.. Besar elok dah. Bila makan mana inti nya?? Macam tepung semata. Kita dok makan ingatkan gula dia banyak la.
Maklumlah, kuihnya besar kan. Sekali tanya ddy nya pun, dia kata yang dia makan tu ada la sikit. Tapi tak berasa sangat. Erm.. Kot je pun nak untung, janganlah macam tu kan. Sedih tau tengok orang niaga gitu. Kita nak tolong dia, tapi kita pulak terkena balik. Actually macam terniat nak buat buah melaka. Tapi ntah bila la. Takpe la. Tunggu mood datang ye.
Hai readers.. Holla..
Assalamualaikum.. Sambil memikirkan menu apa nak buat Harini Kita Tepek Menu Berbuka sebelum ni la ye. Dok simpan dalam draf. Harini kita keluarkan la ye. Kes peram entri sebab malas nak edit gambar. Selalunya gitu la kan. Menaip laju. Bab gambar slow sikit. Nak buat macam mana.
Nak simpan entri puasa ni sebab nak tengok sepanjang bulan puasa ni makan apa. 😄😄
Maklumlah, bulan puasa ni kan akan keluar menu yang pelbagai. So kena simpan kat blog ngan ig. Kat ig tu sebab syok tengok gambar masakan sendiri yang ada. 😆😆
Puasa Pertama (06.05.2019)
Menu yang simple sahaja. Masa ni keluar beli barang dapo. Walhal keluar awal dah, dalam pukul 2. Balik sampai lewat. Sudahnya goreng popia yang ada. Mujur ada stok dalam peti. Lepas tu ddy nya kata nak makan mee goreng. So, mee goreangnya ready pun lepas berbuka. Elok buka, mee siap di goreng. Memang makan panas panas la..
Puasa Kedua (07.05.2019)
Kuih Muih. Mee Rebus. Sup Ekor.
Actually, kuih muih tu macam wajib ada bila berbuka. Kita jenis tak reti nak makan nasi terus. Kalau perut mengejut terus keras je rasa. Macam masuk angin. So kuih muih ddy dorang pergi beli.
Mee Rebus. Actually, pes dia tu kita beli je. Kat RnR ayer keroh tak silap. Masa on the way nak balik ipoh. Kebetulan balance mee ada lagi, kita pun masak je la. Tapi kita sorang aje yang makan mee nya. 😒 Ddy nya idok kisah pun.
Sup Ekor. Semalamnya tu kan pergi beli stok barang dapur. So ddy nya beli ekor lembu. Apa lagi, dia suruh kita buat sup, kita buatkan aje la. Bukan susah pun kan nak buat sup. Settle kerja kalau bagi menu pada kita.
Puasa Ketiga (08.05 2019)
Kuih Muih. Keteow Goreng.
Kuih muih seperti biasa la kan. Ddy nya yang pergi beli. Kita malas nak follow. Pastu ddy nya kata nak makan keteow goreng. So kita suruh je la dia cari bahan sekali, alang alang dia keluar nak beli kuih tu.
Kita kat umah siap apa perlu je bahan bahan masak.
So, untuk 3hari berbuka makannya simple simple aje la. Janji ada makanan.. Usah ditanya lauk masak lauk apa ye. Haha. Time tu sahur baru masak lauk. Lauk simple je pun. Macam goreng sayur ke, goreng ikan bilis ke..
Assalamualaikum readers.
Alhamdulillah. Untuk harini dah selesai untuk puasa pertama kan.
Rasanya belum terlewat juga untuk kita ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua saudara islam kita yang berada dimana jua pun.
Untuk tahun ni, tahun pertama kita berpuasa di Mersing. Macam mana situasinya? Alhamdulillah. Everything baik baik aje. Then kita pun dah terbiasa berlapar kan, so bila masuk buat puasa ni rasa seperti biasa je.
Puasa : Hari 1
Alkisah nak bersahur awal pagi tadi, semalam lepas maghrib buat la air min kaffe. Konon konon nak bagi tenaga sebab rasa lemau je badan. Sudahnya sampai malam elok celik mata ni. Sudahnya godek godek fon sampai jam 4pagi. Then jam 4pagi terus bangun panaskan nasi then sediakan makanan.
Kisah sebelah petang pula, disebabkan nak keluar beli barang, so alang alang nak singgah bazar. Tapi apa pun tak beli. Ddy nya nak cari kuih. Tapi tak jumpa kuihnya sebab dah hampir jam jam 6setengah petang. Kuih pun banyak dah habis. Mujur sangat la ada popia frozen kat rumah. So goreng itu je, kemudian buat mee goreng.
Alhamdulillah. Puasa harini dipermudahkan. Niatnya semoga tahun ni kita dapat berpuasa sebaiknya. Sebagaimana Allah memberikan kesembuhan kepada kita dari sakit yang dialami sebelum ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons