Showing posts with label Promosi Lazada. Show all posts
Showing posts with label Promosi Lazada. Show all posts

Friday, 9 November 2018

11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE

2:37 am 2 Comments

11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE | Wah, Lazada SALE muncul lagi!! 11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula! Bila bercerita pasal SALE, siapa yang tak suka kan? Lagi-lagi mereka yang sememangnya kaki shopping. Shopping online je pulak tu. Sebab mudah. Cuci mata cari apa yang perlu, tinggal bayar dan tunggu barang sampai. Contohnya macam di Lazada ni la.. Sekarang tengah ada SALE. Ikutkan kita ni ada niat nak belikan sesuatu untuk anak-anak. Kalau dah kata mak budak ni, nak beli apa-apa mesti pikir nak belikan untuk anak-anak dulu kan..

Kenapa di Lazada ? Kerana Tawaran Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT... Menarik bukan?

Kebetulan barang yang nak dibelikan tu ada di Lazada ni. Dan ada beberapa pilihan. Pilihan dari segi rupa, warna, bentuk dan harga la. Sebab kat Lazada ni kan mudah. Kita search je apa sahaja barangan kat situ, semuanya tersedia. Cuma perlu ada duit je. Kadang tu membeli diluar lagi mahal. So, adalah lebih mudah, beli sahaja di Lazada. banyak juga la barang yang kita dah beli di Lazada ni. Bulan lepas pun ada belikan sling bag hadiahkan pada ddy dorang. So, kali ni, pilihan sale adalah barangan untuk anak-anak pula.

Sempena 11.11 Shopping Festival ni, beberapa barang yang dah dalam cadangan untuk dibeli. Antaranya :



Home Indoor Outdoor Elephant Mini Children Slide With Basketball And Net Mini Playground Playset Slide For Kids

Dah lama nak belikan permainan ni untuk anak-anak bermain dalam rumah. Sebab kadang tu tak dapat nak bagi main kat luar. Lagi-lagi permainan kat luar tu kadang kotor, sebab budak-budak main suka pijak-pijak kan. Lepas tu mungkin terdedah dengan kuman. Belum lagi tak bawa keluar sebab cuaca.

Macam dekat rumah kita ni ada taman permainan, tapi sayangnya dah pecah tempat gelongsor tu. Kesian la juga sebab dorang tak dapat nak bermain dengan puas. So bila benda ni dah masuk dalam wishlist lama, rasanya kalau SALE nanti ada penurunan harga, memang nak grab la benda ni dulu. 

Belikan sesuatu untuk anak-anak macam ni supaya mereka juga bebas bermain seperti kanak-kanak lain. Walaupun dalam rumah, mereka berhak untuk berasa gembira kan? So, mak pun happy sebab anak-anak bermain dalam pengawasan.



Girl's Bicycle Kids Bicycle

Dah lama sebenarnya zara mintak nak basikal. Dia nak basikal warna pink. Bukan taknak belikan. Tapi beli kat luar harga dia mahal. Pastu pilihan tak banyak. Tak sangka pulak lazada ni ada jual basikal. Bila tengok harga pun boleh la tahan murahnya, kenapa tak sambar kan?

Mudahnya kat lazada ni kita boleh tengok pelbagai pilihan la. Ada pelbagai jenis, pelbagai warna. Bentuk pun comel-comel je. Kalau dapat belikan kat lazada ni, kira dapatlah bagi suprise kat zara. Budak-budak pun pandai rasa teruja kan kalau kita buat suprise kat dia, betul tak?



Toddler Kids Playing Safety PlayPens Baby Play Fence Set

Dah lama sebenarnya mencari benda alah ni. Susah betul nak jumpa. Kalau ada pun mak aihhh harganya. Macam tak mampu milik je. Mahal sangat. Biasalah, kalau barang susah nak dapatkan, harga pun boleh tahan.

Mencari playpen ni sebab nak biarkan anak-anak kalau bermain berada dalam zon mereka je. Tak larat rasanya kalau bermain tu bersepah satu rumah. Suka sangat buang barang permainan sana sini. Kalau lepas main pandai nak mengemas balik takpe. Tapi kalau dah terpijak? Bukan barang permainan je yang pecah, kaki pun dapat sakit kan?

Bila tengok playpen ni ada Sale sempena jualan terbesar 11.11 ni, harga pun macam mampu milik ni. Kena masukkan dalam wishlist. Kalau mak-mak ada anak kecik tu, elok la beli. Mereka main pun dalam kawasan dan dalam pengawasan je.




2-In-1 Easel Wooden White and Black Board Series 75 for Kid

Dah lama juga dok cari White Board ni. Memandangkan tahun depan zara dah sekolah, nak beli la board macam ni. Senang nak ajar anak-anak. Time main, kita bagi la pelepasan untuk bermain kan? Time belajar, kita suruh dia belajar. Bukan apa, zara ni bila cakap nanti kena ke sekolah, dia taknak. Dia cakap nanti tak jumpa dengan mama. haha..

So, kita ingat nak ajar dia, bagi dia rasa seronok nak pergi sekolah tu. Bagi dia seronok nak berkawan sekali. Dekat rumah dia berkawan dengan adik je. Dan adik dia selalu sangatlah jadi mangsa buli dia. So, denga ini, mama dia kena mainkan peranan lebih nak bagi mood dia untuk ke sekolah tu berkobar-kobar.

Ni antara yang dah memang dalam wishlist kita. Nak membeli pun kena cari barang keperluan yang perlu dan penting. Tak boleh nak main rembat je. So, kalau kawan-kawan semua rasa ada beberapa barang yang dah berkenan nak dibeli, jangan lupa cepat-cepat masukkan dalam chart eh. Tunggu 11.11 nanti boleh terus checkout je. Yang penting jangan sampai terlepas peluang keemasan ini!!

Thursday, 26 July 2018

LAZADA Big Baby Fair Kembali Lagi Dan Menangi Baucer RM1,000!!

1:21 am 11 Comments

LAZADA Big Baby Fair Kembali Lagi Dan Menangi Baucer RM1,000!! | Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera. Hari ini saya nak war-warkan tentang satu berita baik mengenai LAZADA Big Baby Fair Kembali Lagi Dan Menangi Baucer RM1,000!! Pastinya ramai yang menyukainya kan? Terutama sekali golongan para ibu. Sebab apa?

Sebab, zaman sekarang ni, bila tibanya sale, mak-mak la paling happy sebab dapat membantu dalam membuat perbelanjaan untuk anak-anak. Dapat mengurangkan kos pembelian barangan anak-anak. Betul tak macam tu? Tentunya saya sendiri pun ambil peluang yang terbaik macam tu. Untung beli time sale ni tau. Dapatkan kurang sikit perbelanjaan tu. Nak-anak anak dah 2 orang ni kan.



Lazada Big Baby Fair ini menawarkan pelbagai jenis barangan untuk anak-anak tau. Jangan risau, barangan yang ditawarkan adalah seperti :

Drypers
Dutch Lady
Fisher-Price
Huggies
PediaSure
Sweet Heart Paris
PetPet
Enfagrow A +
Poney
Friso Gold
MamyPoko


Haaaaa.. ni baru sikit tau.. Ada banyak lagi tawaran jenama yang ditawarkan.. Jangan risaulah, sebab dengan adanya baby fair ni juga, mak-mak bukan sahaja membeli dengan harga yang berpatutan tau. Tapi untung nasib, boleh menang juga..

Haaa, sebelum terlupa! Jualan Big Baby Fair ini bermula dari 25 hingga 29 Julai 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 80% daripada pelbagai produk bayi! Suka tak? Jom la ambil peluang yang terbaik ni..

Bercerita mengenai MENANG ni, tentunya lagi membuatkan rasa teruja tu membuak-buak kan? Haaaa, meh nak cerita sikit, macam mana pulak nak menang hadiah best tu.. Nak menang ke tidak? Meh baca sampai habis ye.

Untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan tu, mak-mak kena la join contest di Instagram. Haaa, mak-mak mestinya ada instagram kan? Mesti selalu muat turun gambar anak-anak yang comel kan? Apa kata kali ni ambil peluang dan cuba nasib. Mana nak tahu nasib menyebelahi dalam #LazadaBabySpy !


Cara Untuk Menyertai :

1) Help your baby get dressed up in Baby Spy theme.

2) Upload the picture on your profile (must be public profile).

3) Tell us what's the inspiration of the costume and how does your baby react to it?


4) Include the hashtag #LazadaBabySpy.

Contest ini akan bermula pada  26 Julai dan 3 pemenang bertuah akan diumumkan pada 28 Julai. 

Info penuh layari : www.instagram.com/p/BlcvA4Ph06l/

TnC : http://lzd.co/BBFPhotoContest


Jangan lupa dan jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada Big Baby Fair ini kerana Jualan Big Baby Fair juga menawarkan Voucher, Jualan Flash, Penghantaran Percuma, Tawaran Hot Di bawah RM49 dan Bundle.

Selamat bershopping!





Wednesday, 22 March 2017

Sale Di Lazada Sempena Ulangtahun Ke-5

4:28 pm 3 Comments

Sale Di Lazada Sempena Ulangtahun Ke-5

Assalamualaikum.. Hi readers.. Sesaja la petang ni mengupdate blog.. Saja la buka web LAZADA  nak cuci-cuci mata gitu.. tapi takde la yang berkenan pun.. Maybe sebab poket tengah kering kan.. hahaha.. korang yang kerja gov ok la.. esok gaji dah.. yuhuuuuu..


Sponsor

Comments