Showing posts with label Printcious. Show all posts
Showing posts with label Printcious. Show all posts

Wednesday, 6 February 2019

Hadiah Special Untuk Zhareef Dari Printcious

8:28 am 21 Comments
Assalamualaikum. Hai readers..
Seronok bercuti tu.. Balik kampung ke tu.. 
Bestnya dapat berkumpul seisi keluarga. Kita cuti ni duduk rumah je. Rehatkan diri.

Harini nak share entri dah basi ni. Lama dah nak share. Tapi tertangguh sebab urusan di hospital, then operation pula kan. So kebetulan ni ada masa, so harini kita share la sikit.

Bulan 12, 2018 besday zhareef. Masa tu kalut dengan urusan pindah rumah. (Pindah blok) Plannya nak sambut kecil-kecilan. Tapi tak sempat! Tunggu nanti mama dah sihat, dah boleh makan macam biasa mama belanja makan okeh.

So bulan 12 tu sempat order hadiah je. Pening juga nak bagi apa. Takkan nak belikan mainan favourite dia - lorry pulak kan. Tak berbaloi. 😄

So, godek godek la website printcious.com tengok apa yang menarik. Mula mula macam nak order canvas tu. Tapi pikir balik macam tak sesuai je nak hadiahkan pada zhareef. Last-last orderkan bantal la untuk dia.


Orderkan bantal sebab dia boleh peluk macam tu kan. So dia rasa lebih happy macam tu. Tak sangka pulak zara pun nak bantal pun. Walhal zara pun ada dah. Kalau tak silap, ni bantal yang ke-4 kita order dengan printcious. Sebab suka dengan hasil kerja mereka yang terbaik.


Masa order tu 31hb. Kalau tak silap 02 januari 2019 dah sampai. Cepat sangat sangat! Tak sangka secepat tu sampai. 
Kalau dari segi harga pula, kalau tak silap harga masa tu Rm49 dan postage Rm10.
Harga yang mampu milik lagi. 

So kalau kengkawan tak tahu nak order bantal macam ni kat mana, sila la terjah printcious okay. 🤗


Tuesday, 29 May 2018

Throw Pillow By Printcious

8:57 am 33 Comments
Throw Pillow By Printcious | Hai readers, harini baru la berkesempatan sikit nak jenguk blog. Beberapa hari juga tak buka blog sebab kebizian dengan urusan 'bisnes' sikit. Haaa, nak raya ni kan, Alhamdulillah ramai cust sebelum ni repeat order.

Ehhh, bukan nak cerita pasal bisnes, tapi harini saya nak share tentang Throw Pillow by Printcious. Alhamdulillah, ni repeat kali ketiga kut dengan printcious. Ntah kenapa la berkenan sangat dengan bantal yang mereka buatkan ni. 



Hasil kerja mereka kemas. Memuaskan hati sangat. Tu yang repeat order tu. In shaa allah ada peluang saya nak try order lain pulak.. 
Harga pun berpatutan. 
Anak anak sememangnya suka dan teruja la, sebab ada terpampang muka mereka dekat situ. 



Lagi satu apa yang saya suka create sesuatu dengan printcious ni, sebab cara nak buat tu mudah. Stepnya senang. Tak memeningkan kepala. Dan saya suka abadikan gambar anak anak sebab, ni la peluang kenangan untuk mereka kan.. Bila mana masa ni mereka masih kecik, kita abadikan pada seauatu. Bila mereka besar, pastinya hadiah ni sangat bermakna.

Dan lagi satu, Hasil print mereka tu memang nampak berkualiti. Tak nampak macam ada cacat cela la orang kata. Tak nampak kesan comot ink pun. Dan haritu gambar pertama yang saya cuba letak nampak tak clear kata pihak printcious, so mereka minta saya menukar gambar yang lain tau. Bukan mereka print juga gambar tersebut. Nampak tak, disitu mereka menjaga tahap kualiti dan kepuasan hati pelanggan?

Yang bestnya tentang pillow ni, kalau kata kain sarung bantal ni kotor, mudah dicuci. Warna pun tak luntur. So tak perlu risau sangat kalau anak terlap coklat ke apa. Sebab masih senang nak bersihkan. 

Erm.. Mesti nak tahu kan, ambil proses yang lama ke untuk proceed order dan penghantaran ni kan?
Erm.. Selepas proceed order with payment, cepat mereka respon tau. Macam saya haritu tak ingat la berapa hari. Tapi memang cepat. 

Penghantaran pun cepat je sampai. Hari isnin mereka inform tracking, hari selasa dah sampai barangnya. Berbaloi macam ni kan?
Kalau ada yang nak cuba suprise kan seseorang dengan hadiah macam ni ke, apa kata cuba la order. 

Bukan boleh order pillow je tau. Macam macam lagi boleh create. Saya plan macam nak design casing phone pun ada. Tapi macam model phone saya takde pulak. So, kena pikir nak design apa pula lepas ni. Sebab banyak je pilihan sebenarnya disitu. 

Mungkin ada yang nak cuba terjah kan? Apa kata layari maklumat dibawah ini :

Website : https://www.printcious.com

Facebook : https://www.facebook.com/printcious

Instagram : https://www.instagram.com/printcious/

Monday, 9 April 2018

Printcious - Pilihan Gift Online Shop Tepat Dari Hati.

11:00 pm 12 Comments
Hai semua.. hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang satu website yang sentiasa menjadi pilihan saya untuk membuat hadiah-hadiah untuk yang tersayang. Yang tersayang untuk suami, anak, ibu ayah ataupun kepada kawan-kawan iaitu Printcious.com - Gift Shop Online

Pilihan yang paling tepat untuk saya kongsikan disini ialah satu laman website yang saya rasa sangat memudahkan pilihan saya dalam pemberian hadiah.



Printcious Give From Your Heart


Printcious - “Precious Gift From Your Heart”.
Nampak tak, apa maksudnya? Hadiah yang datangnya dari hati. Hati siapa? Hati si pemberi kepada si penerima la..
Kalau pilih Printcious sebagai pilihan awak untuk merekacipta hadiah kepada yang tersayang, pastinya memberi sebuah kepuasan tau. Sebab ianya mempunyai nilainya yang tersendiri. Kerana Printcious adalah Gift Online Shop yang sangat menarik untuk dikunjungi.

Printcious menawarkan perkhidmatan untuk mereka cipta hadiah, lagi lagi untuk meraikan ulangtahun kerana Printcious merupakan online gift shop malaysia dan creative gifts shop malaysia.. Yang menariknya membolehkan kita melahirkan kreativiti sendiri. Nak tahu sejauhmana kebenarannya? Cuba awak terjah https://www.printcious.com/my/shop/home-and-living



https://www.printcious.com/my/shop/home-and-living


Sebelum ni saya memang dah beberapa kali menggunakan khidmat servis disini. Sebab rasa macam berbaloi dan kepuasan hati tu ada. Lagi-lagi bila tengok hasilnya yang sangat berkualiti.  Masa tahun lepas, saya ada create satu hadiah untuk Anniversary ke-4tahun tau. Bukan saya sahaja, malahan kawan pun pernah minta tolong saya create kan hadiah buat anak-anak mereka tau. So sweet mother sorang ni.



CARA MEMBUAT PESANAN
Website ni hanya menyediakan 4 langkah yang sangat mudah kalau kita nak mencipta hadiah kita tu. Saya dah beberapa kali gunakan khidmat di Printcious, dah ternyata rasa ssangat mudah la sehingga ke proses yang terakhir.
Kalau ikutkan, saya sekarang ni pun dalam proses nak buat satu hadiah untuk diri saya sendiri sempena birthday saya yang akan muncul pada 16 April ni.
Untuk birthday sendiri, sendiri buat hadiah pun boleh. hehe
Sebagai tanda kenangan.

Jom tengok cara atau langkah langkah untuk menggunakan website ni.

1. Masuk website --> https://www.printcious.com/my

2. Bagi yang baru pertama kali masuk, kena daftar dahulu ye.

Untuk mendaftar masuk, klik pada JOIN US.

3. Bila klik JOIN US, akan keluar seperti dibawah ini.

Kalau rasa nak mudah, boleh je klik pada LOGIN VIA FACEBOOK tu.
Yang dah pernah berdaftar, klik sahaja pada Already Have Account - LOGIN

Bila dah mendaftar, nanti akan nampak terpapar macam ni. So, awak boleh la pilih apa yang awak nak buat.


Sebenarnya, di Printcious ni kan pelbagai hadiah kita boleh create tau. Contohnya, boleh deko pada cawan Mug, boleh buat pada bantal, boleh buat puzzle, ceramic tile pun boleh, canvas, pada tshirt baju, tote bag, ehhh, banyak la pilihan. Tak terhad pada satu barang sahaja. Pilihlah bersesuaian dengan apa yang awak nak. 

Get 20% OFF and FREE SHIPPING above RM 90 today!

Sukacitanya nak beritahu ni, Printcious ni kan selalu sangatlah buat sale tau. Haritu saya orderkan 2 bantal untuk kawan. FREE SHIPPING tau! Bestkan? Bab macam ni la orang suka. Dah la dapat deko sendiri hadiah, lepas tu kos penghantaran FREE pulak.


Macam saya, pilihan yang menarik hati selalunya throw pillow tau. Sebab anak-anak suka. Boleh dipeluk-peluk. Lagi lagi letak gambar kenangan, lagi la anak teruja tengok. Rasa macam saat indah itu begitu berharga. Jom tengok macam mana cara untuk membuat tempahan di sana.


Bila saya pilih trhow pillow, akan keluar macam ni. So, untuk create untuk saya mengeluarkan ilham saya atas bantal tu, saya kena la klik pada " Create Your Throw Pillow Now "


Bila keluar macam ni, jangan risau tau. Disinilah tempatnya untuk kita mendeko, untuk kita mengeluarkan idea. Disini kita boleh masukkan gambar, boleh letak text. Kalau rasa nak letak background, boleh pilih.

Dan yang best sekali, boleh letak 2 gambar pada bantal tu ye. Depan dan belakang. So, jangan lepaskan peluang. Gunakan 2-2 side untuk nampakkan throw pillow awak lebih cantik.

Ni contoh yang saya create ye. Saya letak gambar dan text. Yang ni untuk bahagian hadapan bantal. Untuk bahagian belakang bantal saya memilih untuk meletak gambar sahaja serta backgound hitam. Contohnya dibawah ini.


Bila kita rasa puashati dengan hasil kretiviti kita tu, boleh terus klik DONE.


Bila saya klik DONE, terus terpapar macam ni. Dekat sini kita boleh tengok balik gambar yang kita letakkan pada bantal tu okay ke tidak. Dan kalau rasa macam tak puashati je, klik pada EDIT MY DESIGN AGAIN. Kalau rasa dah puashati, nak proceed order terus, boleh klik pada ADD TO CART.


Disini, nampakkan Printcious dah letak siap-siap kod diskaun disitu. So, kita boleh dapat diskaun dari mereka. Jadi bila rasa dah puashati, nak terus membuat bayaran, boleh klik pada CHECKOUT.

Kalau kita belum buat pengisian detail penghantaran, bolehlah isi ye. Pastikan alamat yang diberikan tu betul dan lengkap, supaya barang dapat diterima dalam keadaan baik dan selamat.


Jangan risau mengenai pembayaran. Pelbagai cara disediakan ye. Sekiranya secara online, bolehlah membuat pilihan pembayaran seperti diatas ini.

Macam mana? Mudahkan caranya? Nak tahu lebih lanjut mengenai Printcious boleh layari :


Website : www.printcious.com

Facebook : www.facebook.com/printcious
Youtube : www.youtube.com/c/printcious-gifts
Email : ask@printcious.com

Sebelum terlupa mengenai satu perkara lagi, Printcious juga menawarkan perkhidmatan percetakan Mug kepada customer yang berminat. Kualiti juga yang diberikan adalah yang terbaik. Anda Mungkin berminat untuk menghadiahkan kepada tetamu dalam sesuatu majlis tertentu. Boleh layari pautan ini untuk melihat perkhidmatan yang ditawarkan. Mug Printing Supplier

Saya mengesyorkan Printcious kerana mereka merupakan kedai online yang terbaik pada masa kini.

Photobooth. Rasanya ramai yang menggemarinya lagi lagi apabila membuat sesuatu majlis bukan? Mungkin ada yang tercari cari dimana boleh membuat sewaan photobooth dengan harga yang berpatutan? Disini, saya memberikan cara untuk anda melihatnya serta membuat tempahan. Layari Photobooth rental

Yang pasti photobooth yang sangat menarik disediakan untuk para tetamu yang hadir.


''If you are looking for best mug printing in malaysia, don’t forget to contact them''



Friday, 12 January 2018

Review : Pillow By Printcious

8:09 am 12 Comments

Review : Pillow By Printcious



Assalamualaikum.. Hi readers!

Waktu gini baru berkesempatan nak menaip kat blog kesayangan ni. Haritu terhold sekejap entri review tentang barangan yang saya order di printcious. Sebelum ni saya ada share kan tentang "Bagaimana Cara  Untuk Shopping Di Printcious".

Untuk entri kali ini, saya nak share kan hasil yang saya terima setelah saya membuat tempahan tentang barang yang saya inginkan.

Haritu saya dah bagitahu kan yang saya designkan bantal. Kenapa bantal? Kenapa taknak pilih barangan lain? Sebab bantal boleh dipeluk peluk. Hehehe..

Kali ini hasilnya sangat sangat saya berpuashati. Sebab? Gambarnya full cetakan tau pada kain. Bukan macam sebelum ni. Sikit je cetakannya. Sepenuhnya ruang pada kain dicetak. Memang best la terpampang gambar kita tu disitu.


Untuk kali ini, saya letak kan gambar 4beranak sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Terpampang penuh muka kitaorang 1 family. Best sangat dapat designkan gambar sendiri pada barang yang kita inginkan. Jadi barang tu memang sangat bernilai la pada diri kita kan.

See, cantik tak? Cantik tak?
Hehehe.. Suka sangat dengan bantal ni. Rasa macam '' waaaaaa, terkagum sekejap tengok bantal ni"..

So, Kalau korang pening kepala pikir kat mana nak buat tempahan tu, apa kata korang singgah je web rasmi printcious tu ye. Mudah, dan cepat juga penghantaran nya. Selamat mencuba!

Korang kalau berminat, jangan lupa tau terjah www.printcious.com

Monday, 11 December 2017

Bagaimana Cara Untuk Shopping Di Printcious?

8:47 am 11 Comments
Hi, 
Assalamualaikum..

Hari ini saya nak share sikit tentang sat website yang korang boleh terjah bila korang kehabisan idea nak pikir hadiah yang sesuai sangat untuk diberikan kepada seseorang. Kenapa kena terjah bila dah kehabisan idea? Kenapa kena pilih dia bila tak sempat nak pergi beli hadiah tersebut?

Meh nak cerita, harap baca la sampai habis ye. Sian kita tulis panjang lebar ni. hihi
Dah nama pun website. So, korang boleh la terjah bila-bila masa time korang free. Luangkan masa sekejap terjah, pasti korang akan tertarik nak pilih sesuatu dari situ.
Dan lagi satu, korang dah jimat masa & tenaga bila beli disitu. Secara online kan. So korang pilih,pilih design kan then bayar. Cukup masa barang pun sampai.

Ehhhh, website apa tu?



Haaaaa.. apa lagi kalau bukan www.printcious.com. Siapa rajin shopping kat situ? Baik ngaku cepat. hehehe..

Kali ni saya nak buat sesuatu untuk kenangan. Hadiah anniversary ke 4tahun perkahwinan gitu. Tiba-tiba jeeee rasa nak create sesuatu. So, kita share la ye macam mana cara nak berurusan dengan printcious ni ye.


Macam saya already member. Ehh, dah daftar siap-siaplah kan sebab kita nak shopping kat situ. Kalau belum pernah daftar, korang klik pada >> JOIN US << tu ye.


Bila dah daftar, korang pilih la nak buat design apa. Boleh tengok dekat shop atau Create tu ye. Ada beberapa item korang boleh pilih pilih tau.



Ni adalah contoh bantal kalau korang nak designkan bantal tau. Ada bentuk love. Ada throw pillows. Nak tahu apa agaknya yang saya pilih untuk didesignkan?


Dalam banyak banyak item tu, saya tertarik la nak designkan bantal. Ntah kenapa la nampak cantik je. hehehe..
Lagipun rasa macam best je dapat designkan bantal. Korang boleh choose tau nak guna je gambar yang dah ready kat situ atau nak deco gambar sendiri. Macam saya, semestinya la nak keluarkan ilham deco gambar sendiri.


Saya memilih untuk mendesignkan sendiri. So rujuk gambar atas tadi, saya pilih bantal yang bertulis >> Your Design Here <<


Bila dah ke step ni, korang pilih la background yang korang nak. 


Macam saya, saya memilih background berwarna hitam. Bila dah pilih background, korang boleh klik pada >> Image <<


So, korang boleh la pilih nak masukkan gambar siapa. Atau gambar apa la yang menjadi pilihan awak. Gambar tu korang boleh la pilih, nak ambil dari instagram ke, dari facebook ke atau korang nak upload baru dari files ke..

Macam saya, saya upload je dari files. Senang. Sebab gambar-gambar memang tersimpan disitu.


Contoh disini, saya ada 2 pilihan gambar. So, saya kenalah pilih salah 1 diantaranya. Bila dah pilih, saya klik pada gambar tersebut. Lepas tu klik pada perkataan  >> Insert


Lepas dah masukkan gambar, rasa macam nak masukkan sedikit ayat la pulak. So, klik pada perkataan  >> Add Text

Pastu korang boleh pilih huruf pilihan korang. Nak senget benget ke, nak yang haluihh ke.. gemok montok ke.. sila la buat pilihan ye. hehe


Untuk bahagian side hadapan, saya memilih untuk deco begini. 


Untuk bahagian belakang, saya juga memilih untuk meletakkan background berwarna hitam. Korang buat macam step pertama tu balik tau.


Disebabkan bahagian belakang pun boleh didesignkan, jadi bahagian belakang pun saya memilih untuk meletakkan gambar. Dah bahagian depan gambar anak-anak. So, bahagian belakang gambar mama ngan ddy nya pulak la kan. Baru la adil
hehe

Bila dah rasa puashati design semua, klik je  >> DONE


Bila dah klik Done, maka akan keluarlah nanti macam ni. Korang tak perlu risau, kalau rasa macam nak kena edit balik, klik dulu >> Edit My Design Again tu ehh.. Kalau rasa dah malas nak designkan, korang boleh la >> Add To Cart !

Haaaa, Settle!..

Bila dah add to cart, korang follow je step untuk membuat pembayaran tu eh.. 
Ada ke yang nak kan tutorial pembayarannya?
Kalau ada, nanti saya share ye. ^_^


Next saya share hasil design saya ni tau.  ;)

Saturday, 14 October 2017

Ciptaan Hadiah Buat Yang Tersayang Ikhlas Dari Hati

9:19 am 0 Comments

Ciptaan Hadiah Buat Yang Tersayang Ikhlas Dari Hati


Hai Selamat Pagi.. Assalamualaikum..
Pagi ni saya nak share la sikit tentang satu laman website untuk korang semuaaaa terjah! 
Apa yang menariknya tentang website yang saya akan kongsikan ni? Haaa, Pastikan baca sampai ke akhir penulisan saya ni ye. In Shaa Allah korang pasti suka!

Sponsor

Comments