Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, 17 February 2017

Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 4

11:05 pm 3 Comments


Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 4


Ya ampun.. lama betul throwback ni  nak habis. 😂😂 Bertabah je la eh.. masa mengandung kan takde mood nak bercerita. So bila bertemu di entri throwback ni, maka kena la cerite step by step kan? Tak kan nak cerita langkau-langkau. 

Thursday, 23 June 2016

Cabaran Berpuasa Ketika Hamil & Menyusukan Anak

8:00 am 8 Comments
Assalamualaikum.. Hi! Morning..

Cabaran Berpuasa Ketika Hamil & Menyusukan Anak | Pagi ni berkesempatan nak mengomel sikit dekat blog ni. Agak-agak ada ke yang sudi singgah membaca ni ye.. Kita memang betul-betul tengah bizi sekarang. Tak sempat nak blogwalking. Update blog pun curi-curi masa. Nanti la kita share kenapa kita bizi sangat ye. Tunggu sampai urusan tu selesai.

Ok.. 



Monday, 22 February 2016

Sunday, 15 November 2015

Pregnancy..

2:48 pm 6 Comments
Assalammualaikum.. Hai readers..

Setahun yang lalu.. Rindunya saat pregnant kan zara.. Indah sangat.. Selalu dok godek godek kat google baby kalau 16week dah besar mana.. 26week besar mana.. 36week besar mana. Hihi..


Now rasa macam 'ehhh, napa rasa jap sangat pregnantkan zara eh'.. Haha.. Amboii.. Jap ye.. Erm.. Rindu nak rasa tendang2 baby dalam tummy. But now macam belum masanya je lagi.. Tapi mulut mulut banyak dok cakap suh bagi zara adek..

But me?? Ready ke????? Dengan zara yang manja gini. Boleh ke nak handle??? Berbelah bagi perasaan tu. Tahun depan ddy zara kemungkinan kursus 4month. Mampu ke nak handle?

Ehhh.. Sabar sabar la dulu suh bagi zara adek.. Rasa tak puas lagi dok gomol gomol dia. Kesian pula kecik kecik dah beradek. Tetiba rasa kesian tu datang.. Yela.. Zara pun baru je pandai jalan jatuh. Dah tentu nak kena bagi perhatian yang sangat lebih.

Haritu balik umah nenek. Dok syok bertawaf dalam umah bolehnya jatuh tersembam kat lantai. Tak pasal pasal benjol.. Mujur la cepat surut benjolnya tu.. See...

Apa2 pun.. Kita hanya mampu merancang.. Semuanya terserah pada Allah.. Anak kan.. Tak kan nak tolak rezeki dari Allah..

Wednesday, 17 September 2014

Moga Dipermudahkan..

8:20 pm 19 Comments
Assalamualaikum....

Live update dari wad... Boring.. 


Moga esok dipermudahkan.. Moga esok dapatlah jumpa dengan si kecik ni..

Amin..

Nota : kena kuat demi si permata hati..

Monday, 15 September 2014

Panas!

9:00 am 23 Comments
assalamualaikum.. salam isnin..

sekarang ni kan saya dah sarat. apa yang saya perasan, sejak balik ipoh ni, kuat sangat rasa panas. nak kata cuaca panas sangat tak la juga.. ada masa hujan lebat la juga.

bila lepas mandi petang pun boleh pula badan ni berpeluh-peluh. sampai 1 tahap, saya potong rambut. dah potong rambut ni pun still berpanas lagi.

haritu makcik saya pernah kata. air ketuban panas. sebab tu kita rasa panas. then 1 lagi yang saya pernah terbaca, terdengar, orang kata kalau dah penghujung-penghujung kehamilan ni memang mudah berpeluh. mudah rasa panas.

google


bila malam kadang kena angin sikit tak tahan pula. mudah masuk angin. mudah seram sejuk pula. adeh.. rupanya macam-macam peel bila dah penghujung ni ye..




nota: macam mana la agaknya hari rabu ni nak kena serah diri kan..

Sunday, 14 September 2014

Ohh My Baby

9:00 am 24 Comments
assalamualaikum.. selamat pagi..

harini genap 39week 5days baby duk dalam perut ni. belum lagi kasi hint nak keluar bila. tetiba rasa macam stress melanda. nak beranak pun boleh stress-stress pula kan.. haaha!

haha.. bukan kemain sampai naik stress fikir baby bila nak kuar. dah ready sangat la tu nak tempuh segala sakit tu kan..



bukan la ready tersangat-sangat ke apa.. cuma risau kan baby je. yela, kalau ikut cerita mak saya, saya ni dulu lahir pun masa 34minggu. lebih kurang masa saya 8bulan lebih. kena kat saya ni, baby syok dalam perut.

huaaaaaaa.. baby.. bila nak kuar ni.. semuanya dah tak sabar nak jumpa awak.. ke nak suh ayah awak balik dulu ni.. nampak gaya nak suh la en.suami minta cuti juga 16hb ni.. sebabnya 17hb dah kena serah diri.

jadi kalau en.suami ada, mungkin kita ada juga kekuatan nak tempuh semua ni kan?? 
sob..sobbbb... tetiba rasa rindu kat en.suami.. plissss my dear... balik laaaa awal.. T____T




nota : tetiba bangun pagi semalam rasa stress datang. hihi


Thursday, 11 September 2014

Checkup Ke Tiga Belas

4:27 pm 16 Comments
assalamualaikum.. selamat petang..

kisah checkup semalam. semalam checkup last di KKIA before kena serah diri next week (17.09.2014) kalau masih belum deliver dalam masa terdekat ni. saya kalau checkup di KKIA ambik petang. malas nak pergi pagi. macam biasa la kalau checkup di KKIA ni. awal mana pun kita datang, mesti 2jam kemudian baru selesai.

semalam checkup berat turun sikit. tapi saya syak sebab kain yang saya pakai barangkali. haha. sebab haritu kain saya macam berat. kali ni macam ringan sikit kainnya. mungkin tu salah 1 faktor. berat minggu lepas 54kg. berat semalam 53.5kg. tak banyak pun bezanya.

Hb tengok ok la. ngam-ngam naik 11.0g. hat lain xde apa sangat. tapi yang tak best boleh pula nurse kata sangkut kena kencing kotor. erkkk??? pulok doh.. macam mana la boleh sangkut ni. takpelah, reda je la. nasib la lagi seminggu je nak sampai ke tarikh due.

ni ubat yang dorang bagi. tapi x buka pun lagi. saya ni takut pula nak makan-makan ubat ni kadang. mak cakap minum air barli je pun boleh. banyakkan  minum air kosong. 

so semalam sebelum balik kena la jumpa doktor. erm.. sabar je la.. dah dekat due ni macam-macam peelnya kan.. doktor tanya juga time buang air ada rasa sakit ke tak. saya takde la rasa sakit. cuma tahu-tahu je la bila dah dekat due ni. kat bawah perut kadang rasa macam sakit. tapi tak la kerap. 

then lain-lain perkara yang dorang pesan perkara berulang je la. rasa sakit pergi hospital cecepat. then kiraan carta pergerakan bby kena buat. tu je la..

erm.. kadang terfikir juga.. macam mana la rupanya sakit nak bersalin ni kan.. nak kata takut, xdela buat masa ni. rasa cuak bby tak bagi hint nak kuar ada la.. kalau baby belum kuar lagi, next week nak kena serah diri, nak minta en.suami balik awal la.. at least ada juga peneman kan..


nota : doakan ye moga saya selamat bersalin nanti..


Wednesday, 10 September 2014

39 Minggu

9:30 am 19 Comments
assalamualaikum.. salam rabu..

harini baby dah masuk 39minggu. due date 18.09.2014 ni. harini dah 10.09.2014. tiktok tiktok lagi 8hari nak ke tarikh due..

buat masa ni baby belum kasi respon nak keluar bila. macam syok je dia duduk dalam perut ni. sabar je la ye baby.

nak tunggu ayah awak ada kat sebelah ke sayang baru nak kuar?? T___T
ayah awak keje sayang.. jauh.. nanti awak nak kuar, ayah awak balik ye.. hukhuk..

harap-harap la paling lewat pun 16 september ni baby kuar. kalau tak, 17hb ni doktor dah buat surat kena serah diri kat GH. oohhh, baby.. plisss...

harini petang ada checkup di KKIA. tengok la macam mana kisah checkup harini. hope everything ok la..




Saturday, 6 September 2014

BARANG KEPERLUAN UNTUK IBU

2:00 pm 16 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Petang..

ANTARA BARANG KEPERLUAN UNTUK IBU
UNTUK DIGUNAKAN SEMASA DIHOSPITAL & SELEPAS BERSALIN

Ok, harini saya share keperluan tuk ibu pula ye. Haritu dah share tuk barang baby kan? Yang ni pun ada kawan bagi list. Then saya semak juga la dari blog lain (minta halal ye) dan mana-mana web yang saya terjumpa.

If ada kesilapan ke, harap dapatlah bantu saya ye. Maklumlah, benda ni first time kan nak hadapi. So, saya buat list juga la. Takut nanti ada benda yang tercicir. Dan saya memang rajin bab-bab nak buat list ni. hehe..

Friday, 5 September 2014

Jumpa Doktor Kerana BSP !

4:30 pm 16 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..

Semalam saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah. Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila tengok result dah Ok.

Takpelah. Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.

Result yang saya terima semalam ialah :

-          Sebelum Makan Pagi            :           4.9       (Buat Jam 8.00 Pagi)
-          Sebelum Makan Tengahari   :           4.5       (Buat Jam 12.00 Tengahari)
-          Sebelum Makan Malam        :           4.8       (Buat Jam 6.00 Petang)
-          Selepas Makan Malam          :           5.0       (Buat Jam 9.00 Malam)



Scan Baby Again [3D & 4D]

9:00 am 27 Comments
Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Hari sabtu lepas (30.08.2014) pergi scan baby lagi. Scan detail la. 2D - 4D. Niat scan ni sebab nak kan kepastian tentang jantina baby dan keadaan baby. Fikir banyak kali juga, nak buat ke tidak. Sebab terfikir nak tahu pasal jantina baby sekali, so pergi juga la. Bab bayaran belakang kira. Sebabnya ni tentang nyawa baby.

Actually saya sepatutnya dah checkup di Ipoh 25hb haritu. Tapi sebab tak jadi balik 22hb, jadi saya tangguh checkup. Cuak rasanya masa nak pergi hari selasa di KKIA Tanjung ni balik. Risau kena mara je ngan nurse. Sebabnya selepas masuk 36 week ke atas dah kena checkup seminggu sekalikan? So kalau nurse mara ke, boleh la bagitahu ada scan di private kan..

Then scan ni pun sebab ada en.suami sekali. Nak tahu sama-sama tentang jantina baby. Alhamdulillah. Setakat ni 2 tempat dah bagitahu jantina yang sama. So rasanya dah boleh yakin la. Ingat nak beli sikit la baju baby yang pink. J So dah tahu la kan jantina baby apa??

Wednesday, 3 September 2014

Checkup Ke Dua Belas

10:39 pm 28 Comments
Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Cerita harini. Harini sambung checkup di KKIA di Ipoh ni. Saya sambung checkup sampai habis pantang. InsyaAllah. Masa first buka buku memang di KKIA sini. Masuk checkup kedua dah start di HTD Gemas.

Kekok juga checkup di KKIA sini. Macam tak best je.. huaaaaaaaa… Rindu nak checkup di HTD. Kat sana best. Walaupun kadang-kadang macam tak best. Bila pergi di KKIA ni paham-paham je la. Macam-macam orang. Ramainya jangan dikatalah.

Saya ambik appoiment petang. Pukul 2. Tadi sampai dalam 2.20 petang camtu. Saja xnak awal-awal sangat. Sebab tahu punya xdenya kita ni akan dapat yang awalkan? Kalau kat HTD ni terhad. Kalau yang datang pun wife-wife army. Pastu yang duduk dalam kawasan kem. Jadi urusan pun jap je. Kadang tu 45minit dah settle semua. Settle saya dah naik atas umah la.

Tuesday, 2 September 2014

38 Week Pregnancy

10:12 pm 25 Comments
Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. harini genap 38 minggu baby duk dalam perut mama dia ni.. Belum kasi hint lagi bila agaknya si kecik ni nak keluar.. Baby tunggu daddy awak balik ke?

Alhamdulillah.. esok nak pergi checkup kat KKIA sini. Tadi dah ambik tarikh appoiment. Nasib la nurse tak mara. Maklumlah, patutnya pergi last week, tapi terpaksa skip atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Hope checkup esok everything ok la.. Tadi sempat juga keluar ke shopping complex. Masih diberi kegigihan nak drive. Kereta manual ye. Haha!..
Yang kelakar mak la.. Siap cakap boleh drive lagi ke tak..

Friday, 29 August 2014

Pro & Kontra Alahan Mengandung Buat Diri Saya

1:30 pm 14 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Petang semua..

Tajuk Bukan kemain panjangkan. Kena tulis jelas-jelas, supaya nanti orang tak tersalah paham pula. Apa yang pro & kontranya bila saya kena alahan mengandung? Erm, besar juga la perubahan ni dalam diri saya.

Saya start mabuk dari awal pregnant lagi. Lebih kurang 4week tahu pregnant, saya dah start pening, tak sedap badan. Tapi time tu hanya saya & suami je yang tahu. Orang lain tak tahu lagi. Masa mabuk tu, saya paksa diri untuk makan. Sebab saya tahu, nanti masuk 2-3 bulan ke atas, confirm tak lalu nak makan kan.

Masa awal-awal tu paksa makan sampai mak pelik saya ni asik makan je. Memang kuat makan la senang cite. Saya terpaksa cover, minum air banyak. Takut kurang air, badan lembik, kang kena pergi hospital masuk air pula. Tak sanggup rasanya nak serah diri seawal tu. Masuk 2-5 bulan akhir, memang tak lalu makan. Makan pastu muntah.

Bila makan, pastu muntah, maknanya saya kena jaga makan. Kadang rasa macam bagus betul bila kena jaga makan ni. Ambik makanan yang kita serasi je. Even boleh muntah, tapi kita akan ambik makanan yang takde la nak merapu raban kan.

Tapi lepas dah habis alahan, masa tu ngam-ngam masuk 6bulan, saya dah boleh makan itu ini. Tapi masih dalam keadaan berjaga-jaga. Takut nanti tak kena ter-uweek balik. Ada la kut sekali 2 masa 6bulan jadi camtu. Pastu dah ok. Masuk 7bulan, bulan puasa time tu. Time tu menggila nak makan kuih. Haha..

Makanan macam nasi ke yang lain xde sangat. Tak heran. Time tu mood makan membuak-buak. Selagi boleh makan, nak makan je.. geleng kepala en.suami tengok. Nak buat macam mana. Asik lapar je. Trimester pertama dan kedua alahan kuat kan, masuk trimester ketiga mula balun makan merapu-rapu.

Pro & kontranya kat sini, sampai ke 9bulan ni, bila kena alahan, makan berjaga-jaga. Bila dah hilang alahan, makan menggila. Tu pasal la MGTT pun boleh sangkut. Haha.. padanlah dengan diri sendiri. Nak buat macam mana, nafsu makan tu susah nak stop. Bak kata en.suami, ada membela kan.. ye, membela yang dalam perut ni sekali. Sebab tu la mulut tak henti-henti makan. Hehe..

Sampai 1 tahap, dress labuh yang biasa pakai pun nampak sendat tang perut. Confirm baby naik mencanak juga dalam perut ni. hehe.. takpelah nak, janji awak sihatkan.. Tetiba rasa rindu pula dengan mabuk alahan tu. Ehh, bukan la minta, TAPI, walaupun mabuk alahan tu kadang-kadang kita rasa lembik, tak larat dibuatnya, tapi tu la kenangan terindah buat diri saya. J

Jangan pernah merungut/mengeluh tau kalau kena alahan even sampai dah nak bersalin, semua tu ada hikmahnya. Saya sendiri nampak apa yang baik & buruknya pada diri saya bila kena alahan tu.. =)


Sponsor

Comments