Showing posts with label Pengasas Jamumall. Show all posts
Showing posts with label Pengasas Jamumall. Show all posts

Wednesday, 1 May 2019

Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua!

11:33 am 14 Comments

Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua!


Selamat Hari Pekerja semua.
Harini tertengok satu video ni, tentang kejayaan seseorang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), rasa macam tersentuh hati sangat-sangat bila dapat tahu Pengasas Jamumall.com iaitu Khairul Nizam ni rupanya seorang OKU. Hanya 3 jari, dia boleh beroleh kejayaan yang besar, sedangkan kita sebagai seorang yang sempurna belum tentu boleh berjaya sepertinya..
Serius, sangat-sangat sebak bila tengok video yang mana dia sendiri meluahkan kata kata dari hatinya sendiri.

Terus rasa macam, Allah, kenapa dia boleh buat, tapi kita tidak? Sedangnya dia terbatas dalam pelbagai perkara.. Rasanya macam pernah tertengok khairul nizam ni televisyen je suatu ketika dulu. Tapi tak ingat bila.. dalam beberapa tahun lepas macam tu. 

Sebenarnya bukan mudah nak berjaya.. Perlu lalui banyak cabarannya.. Cuma kuat dengan tak kuat je nak menempuh. Disebalik kejayaannya, ada juga bantuan dari adiknya juga.. Seronok tengok kejayaan mereka..

Sempena hari pekerja harini, apa kata kita jadikan satu inspirasi buat diri kita bila kita hayati setiap luahan hati dari Khairul Nizam ni. Moga esok kita bekerja kembali, kita jadilah seperti dia.. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, dan capailah sebuah kejayaan buat diri kita sendiri. 





Luahan di fb beliau sangat terkesan….




Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com ..



Aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sane nak jadi mcm aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...



kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .




Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Jangan lupa follow juga cerita mengenai Pengasas Jamumall ni di media social anda.

Jom follow Khairul Nizam

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/



Website : 

Sponsor

Comments