Showing posts with label Passing Out Day. Show all posts
Showing posts with label Passing Out Day. Show all posts
Assalamualaikum buat teman setia disini.
Part 1
Sambung entry passing out adik part 2 pula ye. Tadi dah story part 1. Kali ni lebih pada entry bergambar kami je la kut.
Part 1
Sambung entry passing out adik part 2 pula ye. Tadi dah story part 1. Kali ni lebih pada entry bergambar kami je la kut.
tempat kitorng lepak-lepak.. belah belakang.
muka tuan blog harus la ada kan. macam tak lengkap pula kalau tak tayang muka.. hehehe
kami 4 beradik.. ^_^
*tetiba nampak pendek kat situ..hehe.. adik ppuan ngelat. pakai kasut flat je..*
bergambar dengan pengantin baru..
wajib laa ada gambar ber-dua-duaan.. hehehe.. macam pasangan kapel pun ado!
*jgn mara ye en.tunang..ni kan adik saya*
hik hik
hik hik
selesai entry saya tentang passing out adik.. buat kenangan bersama..
alhamdulillah.. ada pewaris abah yang ikut jejak langkah. amin.
ada 1 kisah masa nak beli aiskrim haritu.. hehe
uncle aiskrim : banyak aiskrim sudah habis. ni je yang tinggal.. kasi tengok dulu.
uncle india tu cakap dengan pelanggan sebelum saya. saya tersalah dengar. saya ingatkan aiskrim murah dah habis tinggal aiskrim mahal. tau-tau je la kan tempat camtu. kut la harga aiskrim melambung ke.
turn saya beli.
uncle aiskrim : ini saja yang tinggal. kasi tengok. aiskrim mahal sume habis. tinggal aiskrim murah.
me : dalam hati *aiskrim murah?aiskrim apa tu* nasib bukan aiskrim pop..haha
tengok dalam tong aiskrim.
oo..rupanya aiskrim potong yang kacang tu, aiskrim yang hijau dalam dia putih tu, aiskrim oren. so kami ambik la aiskrim tu. tu la yang dimaksudkan aiskrim murah.
dalam hati : *nasib laaaaa aiskrim murah ni yang tinggal..kalau aiskrim mahal yang tinggal, mau kena ketuk bape hengget dah..* hehe
aiskrim mahal tu maksudnya aiskrim cornetto. saya tak bape minat sangat sebab manis.
Assalamualaikum buat teman setia disini.
Sebak gembira sebab dia dah berjaya mengikut jejak langkah abah sebagai seorang tentera 1 ketika dulu. Dan berjaya ikut jejak langkah bakal abng ipar dia yang juga seorang tentera.
Harini
saya story pasal passing out adik la ye. Ada ke yang nak baca ni?? Hehehe..
Kalau taknak baca pun takpe. Janji nak tepek juga kat sini buat kenangan. Mana la
tahu tetiba adik saya terbaca blog ni kan, agak-agak terharu tak?? J
Saya start gerak ke PD hari jumaat tu. Lebih kurang pukul 3 setengah petang baru
dapat gerak. Sampai PD pukul 9 setengah malam. Jalan jammed sebab petang balik kerja. Sampai sana sekali makcik ada kat dewan la
pula tengah pasang pelamin tuk pengantin. Makcik saya ada butik. Yang tu saya
cerita kemudian ye.
Nasib
la dewannya tak jauh. Kena ambik kunci kat sana. Sentap ngan diri sndiri sebab
tak sempat nak tengok cite ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’.. boleh ke gitu??
Sampai
sana terus rehat. Ikut hati nak tido dah. Tapi tak boleh nak lelap pula. Dan la
makan sume, ntah kul bape baru tido saya pun tak ingat. Penat ya amat. Pagi terjaga
dalam pukul 3 lebih kut. Mak masak. Adik rindu masakan mak. Maklumlah 6 bulan
kan tak makan masakan mak.
Seronok
tengok dia makan haritu. Selera. Kami pun ikut selera sama. Kami gerak dari
rumah pukul 5pagi. Sebab dah sure dah ramai dah menunggu kat sana walaupun
pukul 8 baru start. Siap tido dalam masjid lagi dorang. Tapi pada saya macam x
boleh la gitu. Sebab masjid kan tempat solat. Keluar masuk rasa macam kotor la
pula. Nak-nak bagi mereka yang ada anak kecik. Saya pantang sikit camtu.
Pastu
nasib la senang dapat parking. Dapat parking pula tempat sama masa hantar adik awal tahun haritu. Beres hal parking. Sebab masih awal, subuh pun tak lagi
kitorng duk jap kat tempat bas. Pastu dah dengar azan subuh gerak ke masjid tu.
Ramai yaaaaa amat. Siap ada yang tido kat stage pun ada ok.
Pagi
tu tetiba rasa sebak. Kat masjid tu pula buka lagu ‘hasbi rabbi jallallah’ tu. Dengan
angin subuh tu, terus sebak. Ntah napa perasaan tu yang wujud. Mungkin sebab
adik pun dah berjaya kan. Then rindu tak jumpa dia.
Selesai
waktu solat, tunggu abah ngan adik lelaki, terus kitaorng gerak cari tempat kat
stage. Kena cepat. Kalau tak takde tempat. Sedia maklum je la, yang passing out
ni dalam 1,8++ kut. Kalau tak silap.
Time
dah dapat tempat tu, ok la. Tapi nak tunggu dorang start la rasa bosan sikit. Sebab
nak tunggu kehadiran panglima kan. Apa-apa pun, dorang memang terbaik pada mata
saya. Nasib laaaa saya pun dah dapat ‘abang tentera’ ahahakks..!
Ok..
Stop mengarut.. hehe.. majlis selesai lebih kurang pukul 10 setengah pagi camtu. Pastu
pelatih terus hantar senjata dulu. Adik time tu dah call tanya kitorng duk mana
sebab senang nak cari kan. Saya pun tak pasti dorang kat mana masa tu.
Lepas
adik call tu gigih la tunggu. Lebih kurang 15 minit kemudian dia datang. Time tu
family relax lagi. Saya la melilau-lilau cari kut-kut adik tak perasan. Cepat je
dia nampak. Sekali saya kalih belakang nak tengok dah perasan dia dari jauh.
Time
ni part touching sikit. Muka adik masih sama. Cuma gelap la sikit kan. Senang nak
cam dia. Time tu dia dah senyum-senyum dah. Tetiba hati saya yang sebak. Airmata
bergenang!. Aduhai, susah kot jadi manusia macam saya ni. Hati tisu sungguh!..
mak ayah ok je, saya yang sebak. Adik salam terus rasa nak menitik airmata. Terus saya pandang ke lain. Aduhai,
adik baru habis recruit kut. Belum lagi bertugas. Belum lagi kena pergi lubnan
macam en.tunang.
Masa
dah jumpa tu kitorng plan la nak cari tempat nak lepak, makan kat mana. Time tu
sembang-sembang la. Ok, time tu saya dah ok. Takde nak touching-touching. Poyo je
la pula kan.. hehehe..
Dapat
tempat ok, terus landing. Part kelakarnya dah siap-siap nak makan, sume laju
je. Ngan saya sekali lapar, boleh kata nak masuk tahap kebulur ok. Bangun pagi
sampai pukul 10 lebih baru makan. Nasib tak pengsan. Dah selesai makan boleh
pula mak tanya, ‘ehh, tadi tak ambik gambar pun kan??’.. aiikk, mak pun dah
pandai ke suh snap gambar sebelum makan?? Hahaha..
Panjang dah saya bebel-bebel ni kan? Ok la, saya tepek gambar dulu eh.. kang ada yang bosan. Satgi saya sambung story balik. :)
time ni dah start dah.. rasanya dalam pukul 8 lebih ke pukul 9 macam tu..
para jemputan vip. erm.. bila tengok wife-wife pegawai, waaah, teringin nak macam tu. kalau la 1 hari nanti ada peluangkan?..
time ni orang atasan tengah check perbarisan.
ermmm..segak2 si baju hijau ni..ahahaha.. :p
nota : publish dulu yang ni..sat g publish yang ada muka tuan blog and family ye.. :p
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons