Memaparkan catatan dengan label Pa&Ma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pa&Ma. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2016

4 Cara Untuk Elakkan Serangan Simpul Mengkarung!

8:18 PG 1 Comments
Assalamualaikum.. Hi..!

Terperasan entry ni. Rasanya bagus juga share kat sini. Masa mengandungkan zahra dulu, beberapa kali juga la kena simpul mengkarung ni.. Haaaaa, sakitnya tu, Allah aje la yang tahu. Pernah kena 2-2 belah kaki sekaligus tau. Rasa nak menangis sakitnya tu tau.

Meh kita baca sikit perkongsian ni.. Moga bermanfaat buat semua..


Isnin, 23 Mei 2016

Perut Kempis Dengan 7 Cara Mudah

11:00 PG 1 Comments
Assalamualaikum.. Hi!..


Antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber.
Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.
Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembalil perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.
  1. Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  1. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis.
Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
  1. Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
  1. Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati.
Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber.
Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
  1. Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut.
Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  1. Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.




sumber : sini

Rabu, 10 Februari 2016

8 Jenis Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil

11:30 PG 6 Comments

8 Jenis Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil


Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.
 
Jadi, kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.
 

Selasa, 9 Februari 2016

6 Petua Paling Mudah Untuk Lebatkan Rambut Bayi

7:00 PTG 3 Comments

6 Petua Paling Mudah Untuk Lebatkan Rambut Bayi


Ada bayi yang lahir dengan rambut lebat dan hitam. Ada pula yang lahir rambut nipis dan sedikit. Biasanya lepas lahir, bayi akan dicukurkan rambutnya sehingga botak dan kebiasaannya dalam tempoh
sebulan rambut barunya akan tumbuh semula.

Tetapi ada juga yang jenis lambat tumbuh rambut, sampai ulang tahun pertama masih lagi berambut nipis dan halus. Kalau anak lelaki, mungkin kita tak kisah tapi kalau anak perempuan, ibu pun mulalah risau sebab tak boleh hendak hias rambut anak dengan reben dan hairband.

Mungkin boleh guna salah satu petua berikut untuk lebatkan rambut bayi anda. Mana tahu ada yang sesuai.

Rabu, 3 Februari 2016

Risiko Virus Zika Terhadap Ibu Mengandung. Sangat Bahaya!

9:00 PTG 8 Comments
Hari ini nama virus Zika tiba-tiba menjadi sangat popular. Ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apatah lagi ia dikatakan penyebab bayi yang dilahirkan berkepala kecil seperti yang berlaku di Brazil.

Fahami beberapa fakta tentang virus Zika ini supaya anda lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama wanita mengandung.



Jumaat, 29 Januari 2016

Wanita Mungkin Dapat 14 Risiko Ini Kalau Mengandung Lewat Usia

4:44 PTG 1 Comments
Betul ke U MOBILE HERO PLUS paling jimat?? Boleh baca kat sini untuk ketahui..


Assalamualaikum.. hai readers..

Doktor kata kalau wanita hamil di lewat usia ada banyak risikonya, bukan sahaja kepada kandungan, malah kepada ibu juga.

Bagaimanapun menurut Dr.Rasliza Ramli, doktor pakar O&G di Hospital Pakar KPJ Kajang, secara amnya, tiada had umur tertentu untuk mendefinisikan kehamilan lewat usia, tetapi banyak kajian menunjukkan bahawa wanita di pertengahan usia 30-an jika hamil, menghadapi risiko yang lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan.



Khamis, 28 Januari 2016

Nak Jimat? Jom Cuba 6 Tip Ini.

12:00 PTG 2 Comments
Assalamualaikum..

google

Kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini turut memberi kesan kepada peningkatan perbelanjaan barangan keperluan membesarkan anak.

Siapa yang tidak mahu berjimat dalam membelanjakan wang. Tetapi dengan peningkatan harga pada kebanyakan barangan keperluan seharian, kita tidak mampu untuk melaksanakan amalan berjimat cermat.

Apatah lagi sekiranya ia melibatkan barangan keperluan wajib seorang anak. Kita sedia maklum, kos untuk membesarkan seorang bayi melibatkan 'harga' yang sangat mahal. Keperluan wajib seperti susu, lampin pakai buang, pakaian, makanan dan lain-lain diketahui mahal harganya.

Isnin, 25 Januari 2016

Suami, Sila Buat 12 Perkara Ini Bila Isteri Hamil.

2:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum..


Wahai Suami, Sila Buat 12 Perkara Ini Bila Isteri Hamil | Kadang-kadang, para suami sukar hendak faham keadaan isteri bila sedang berbadan dua. Macam-macam kerenah dan perubahan yang berlaku kepada isteri. Ketika isteri mengandung, suami janganlah membiarkan isteri keseorangan melayan emosinya yang tidak stabil itu.


Suami kena bertanggungjawab dan beri perhatian kepada isteri kerana ketika itu perasaan isteri sangat sensitif. Dia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang dicintainya. Ada beberapa perkara ini yang mesti dibuat oleh suami sepanjang si isteri mengandung.



Ahad, 24 Januari 2016

12 Tip Kalau Nak Suami Sayangkan Anda

11:00 PG 4 Comments
Assalamualaikum..


Sebagai isteri, tentu sahaja kita mahu menjadi orang yang paling disayangi dan dicintai oleh suami. Cinta dan kasih sayang perlu dibajai sentiasa agar ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah tentu ia memerlukan usaha dan inisiatif daripada pihak isteri sendiri.