Sponsor

Showing posts with label Onde Onde. Show all posts
Showing posts with label Onde Onde. Show all posts

Wednesday, 12 September 2018

Buah Melaka atau Onde Onde

12:10 pm 11 Comments

Buah Melaka atau Onde Onde


Hai readers.. Siapa kat sini penggemar kuih buah melaka? Atau ada sesetengah tempat panggil Onde Onde..

Buah melaka ni sedap, lagi lagi kalau bila dimakan tu, inti dalamnya gula melaka tu elok cair. Memang nikmat. 

Nak buatnya taklah susah. Janji bahannya ada semua. Mungkin rasa macam renyah sebab ianya macam kena rebus dulu kan bagi masak. Tapi sebenarnya taklah susah mana pun. 

Mungkin ada yang tak tahu apa bahan yang diperlukan, kan? 
So saya share disini ya. Mungkin ada yang nak cuba buat petang ni untuk minum petang.

Bahan bahannya

1. Tepung Pulut
2. Gula Melaka
3. Sedikit air untuk membancuh tepung
4. Pewarna
5. Kelapa parut
6. Air untuk merebus

Agak agak tahu tak cara nak buatnya macam mana?

Bancuh tepung tu jangan terus bubuh air banyak tau. Agak agak. Jangan terlalu lembik bancuhan tepung tu. Atau terlalu keras. 

Bubuh pewarna jangan terlalu banyak. Kalau guna air pandan, tak perlu bancuh bubuh air kosong. Macam saya bubuh pewarna hijau dan merah sirap ros. So bancuh tepung guna air masak la.

Dah siap adunan tepung, boleh la gentel bulat bulat. Then leperkan pastu bubuh gula melaka. Gula melaka tu agak agak la ye. Jangan terlalu banyak sangat. Takut masa merebus dia pecah. 

Masa rebus tu macam mana nak tahu dah masak ke belum, kalau dia timbul, dan tepung dah lembut tu, maknanya dah masak. 

Bila dah masak, boleh golekkan di kelapa parut. So siap. Selamat mencuba. 

Comments