Showing posts with label Muhammad Zhareef. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Zhareef. Show all posts

Tuesday, 5 March 2019

Berdikari Dan Pandai Bawa Diri..

5:42 pm 23 Comments
Hai readers..
Harini ingat nak skip update blog. Sebab badan tak berapa sihat. Tiba tiba macam nak demam. Tapi tak la panas sangat badan. Tapi batuk boleh tahan. Naik kering tekak. Pastu bila berdiri lama rasa macam orang tak stabil je. Tapi sebab rasa macam dah lamaaaa je tak share kisah anak kan. So kita share la ye. 

Start bulan 1 bila kita kena admit ward mula mula pasal nak buat MRI tu hati macam kental lagi. Tak la sedih mana. Sebab tahu ddy dorang boleh jaga sekali. Dan kebetulan tumpang rumah my BFF kat JB tu. Sebab zara pun kenal acik tu, so tak la risau dorang akan meragam sangat ke apa. Walaupun hati tetap rasa gusar kan. Anak kan.. Siapa tak risau..

Ingatkan lepas MRI boleh balik, rupanya kan kena tahan. Okay.. Cuba bertabah. Tapi tetap risaukan anak. Sampai la hari khamis, doctor bagitahu kena oepration hari ahad (20jan2019) hati macam Allah.. Ready ke tak ready. Anak macam mana ni. Even tahu zhareef sangat kurang meragam, kawan pun cakap dia pandai bawak diri, tapi rasa macam boleh ke dia ni tanpa mama dia lelama. 

Hari khamis terus telefon mak. Bagitahu mak oepration akan buat hari ahad. So paling lambat pun mak kena turun JB hari sabtu. Sebab nak mintak tengokkan zhareef dengan zara. Sebab taknak lepas tangan suruh my bff jaga. Sebab my bff ada 2 orang anak lelaki dan tengah pregnant.

Setahu kita, zhareef ni dia macam takut sikit dengan orang yang jarang jumpa. Contoh macam atoknya. Kami kan jarang balik Ipoh. Nak jumpa mak abah memang tak sangat. Risau juga zhareef ni mau ke dengan opah atoknya. Risau nanti ddy nya kena jaga kita, pastu anak anak meragam. 


Allah sebaik baik pengatur kehidupan. 
Zhareef jadi rapat dengan Atoknya. Masa datang hospital hari pertama lepas kita operate tu, dia takmo berenggang dengan atoknya. Sampailah seminggu kita kat hospital. Datang mesti berdukung dengan atok. Rasa macam soooo touching.. Rasa macam nak nangis tengok.
Sebab dia boleh okay tanpa mama dia.

Dan dalam tak sangka, selama kita tak jaga dia tu,  seminggu tu dia dah laju bercakap. Boleh kata jelas la dia cakap. Walhal sebelum tu macam malu malu. Pelat lagi. Allah.. Rasa macam betul ke ni.. 
Dia datang melawat kat hospital dia cakap kat opahnya. "Mama akit.. Mama jait" (mama sakit, mama jahit) sebab dia nampak luka jahitan tu. Pastu dia dok main lari lari dalam ward. Sikit pun tak kisah mama dia.

Sampailah opahnya bawak balik ke Ipoh untuk sambung jaga, dan kita perlu balik mersing. Msg kat adik. Zhareef zara meragam tak. Sebab perjalanan jauh kan. Pastu tanpa kami berdua. Adik cakap zara tido. Zhareef bernyanyi je. Alhamdulillah. Sikit pun dia tak risau berjauhan.
Ada masa buat video call. Tapi dia tak heran pun dengan mama dia. Bila tengah call dia tengok sekejap je. Dia cakap mama jait. Pastu dia lari ke dapur cari makanan!

Zara pun sama. Tak cari makanan. Tapi dia macam malu nak cakap. Beberapa kali juga buat videocall, sikit pun tak heran. Bila buat videocall time ddy nya ada. Bila nak sembang dengan dia, dia panggil ddy dia. ๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„
Ehhhhh la zhareef.. Pastu bila hala balik ke arah mama dia, dia panggil ddy dia balik.
Adududu.  Kecik hati betul. Rasa macam anak dah buang mak ni. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Minggu lepas call lagi. Sebab rindu. Terlepas segala perkembangan pembesaran dia kan, sekali ada 1 ayat dia yang buat mama dia ni tak percaya.
Dengan muka selambar dia, dia dok cakap

"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)

Masa tu macam terkejut. Pastu tanya dia balik.. Apa dia dik.. Sekali dia ulang

"Ddy ayang Mama" (Ddy sayang Mama)

Ohhhmakkk.. Macam tak caya je budak 2 tahun cakap camtu. Dan yang best ddy dia jawab dalam videocall "mesti la sayang.. Tak sayang tak kuar la 2org"

Ya ampun.. Kalau la mak abah semua dengar? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Tergamam jap.. 

Tak sangka.. Zhareef dah banyak perkembangan yang mama dia terlepas tengok. Sangat berdikari. Kalau zara dulu umur 2tahun pun kalau tak nampak mama dia mula la mencebik!
Sampai sekarang ni pun. Balik sekolah tak nampak muka mak dia ni haaa, mula berkaca kaca mata tu. Apaaaaa daaaa..
Apa pun.. Dalam kenakalan zhareef, dia sememangnya anak yang pandai bawak diri dan senang dijaga. 

Saturday, 12 January 2019

Fanatik Dengan Lori.

7:40 am 29 Comments
Hai readers,
Morning.. Pagi ni kita story pasal anak bujang sorang ni laaa..
Dia ni sekarang terlalu sukakan lori. Haha..
Pantang nampak. Lagi suka kalau nampak truck askar tu haaa..
Duduk kauters tentera ni memang akan nampak la bila-bila pun. 


Pantang nampak kat kedai, mesti suruh beli. Kalau setakat ninso tu takde masalah. Bukan mahal pun kan. Setakat Rm2.10 je.

Setakat ni dah banyak jugak la koleksi lori dia. Yang dah tak rupa lori pun ada, sebab dicabut-cabut. Dari yang size besar, sampai size kecik pun ada. 



Sebenarnya layankan je la dia nak main lori tu, sebab sebolehnya tak nak dia layan video kat fon. Bermain buat otak dia lebih berfungsi dengan baik kan?

Friday, 17 August 2018

Anak Askar Kan..

10:31 pm 14 Comments

Anak Askar Kan.. | Selit cerita pasal Zhareef la harini. Rasa macam dah lama tak story pasal budak budak kan. Kali ni cerita pasal si bujang Zhareef la. Budak banyak akal orang kata. 

Zhareef ni kan boleh dikatakan setiap bulan mesti potong rambut. Senang kata, rambut dia takkan panjang lebih sampai ke telinga kalau tengok dari tepi. Rambut depan belakangnya pun sama. Ddy dia pun sama. Tiap bln pun potong rambut. Kadang tengok macam tak panjang mana pun, tengok tengok dah pendek. 


Biasa la. Askar kan. Mana boleh berambut panjang. Dan sekarang zhareef pun kena ikut rentak macam tu. Rambut nampak panjang sikit, dah kena tebas. Anak askar kan.. Hehe

Mama dia pun tak berkenan nak berambut panjang. No kpop style. Mama dia tak berkenan sebab rasa rimas. Lagipun zhareef tak sesuai je nak style macam tu. Selalu tengok bila lepas potong rambut dia nampak selesa. Baru la betul anak askar follow gaya askar kan? 
Hihi

Macam mana sekalipun, mak mak mesti ada gaya tersendiri untuk anak lelaki kan? Anak perempuan pun sama. Macam saya teringin juga nak buat style kelainan pada zhareef. Tapi bila rambut dia panjang sikit tengok dah rasa rimas. Memang potong gaya askar je la. ๐Ÿ˜„



Friday, 23 March 2018

Tips & Pengalaman Bawa Anak Kecik Ke Event

4:42 pm 4 Comments


Tips & Pengalaman Bawa Anak Kecik Ke Event 


Haiii.. harini saja nak cerita pasal kisah si zhareef ke event review Domino's. Actually ni pengalaman pertama juga la nak mencuba untuk membuat food review gitu. Selalu kita try produk je macam tu kan. 

Haritu rasa macam tergerak hati sangat nak pergi. Rasa macam rugi je kalau lepaskan peluang. Sedangkan tempatnya bukan jauh pun dari rumah mak. Then nak kenal kengkawan lain dengan lebih dekat sebenarnya. 
Bila dah bincang dengan adik & mak, dorang okay je, so ambik keputusan nak join la event tu. 

Dalam rasa kali pertama tu, ni pun kali pertama bawa zhareef. Risau juga kalau dia tak boleh nak dihandle. Budak kan. Kita tak boleh jangka macam mana perangai dia. Risaunya kalau dia meragam, orang lain tak selesa je. Sebab rasa terganggu majlis yang berjalan.

Alhamdulillah, masa haritu masih boleh terkawal lagi la. Lagipun maksunya ada. Boleh tolong tengok dia. Yang penting nak bawa anak kecil ni kena pastikan dia dah kenyang, cukup tidur. Susu kan siap siap juga. Haritu zhareef bangun awal. Sebab malamnya tu dia tidur awal. Mujur bangun pagi nampak dia ceria je. Lepas tu pesan dengan dia.. "mama ada kerja, adik jangan nakal, jangan buat hal ye".. 

Zara tak dibawa sekali. Terpaksa bohong sikit. Janji dengan dia nanti belikan biskut dia nak. Alhamdulillah.. haritu dapat laksanakan kerja dengan senang.

Tips nak handle anak kecil untuk event ni, kita kena pandai ambil mood dia. Sesetengah budak tak banyak ragam. Baik je. Kalau jenis baik je, memang senang nak settle kan kerja. 

Kalau anak jenis ligat macam zhareef ni, saya cuba pastikan malam sebelum nya tu dia tidur awal supaya dia cukup tidur. Supaya mood dia pun okay. Lagi lagi event yang berjalan tu waktu anak kecil mengantuk dan waktu tidurnya.

Pastikan perut dia kenyang. Macam zhareef dia bfeed + FM. So sebelum  keluar dari kereta, memang Bfeed dia siap-siap. Then FM pun standby. Sarapan pagi memang bagi dia makan cukup cukup. 

Then lagi 1 dari segi pakaian dia juga. Pakaian pun pada saya la memainkan peranan. Sebab kalau pakaian yang dipakai tu mungkin buat dia kurang selesa (panas) so, tu salah satu dia boleh meragam juga kan? 

Ni antara yang dapat saya share dari segi pengalaman saya sendiri. 

Then the last story, boleh tak zhareef nak jadi blogger cilik? Try jadi seorang food review juga? Hehe






Thank You Domino's atas jemputan review tersebut. Tanpa review tersebut, saya tak tahu Domino's ada keluarkan menu baru. Yang pasti, menu baru tersebut terbaikkkk!.


Monday, 19 March 2018

Zahra & Zhareef

8:04 am 7 Comments

Zahra & Zhareef 


Hi readers..
Rasanya macam dah lama tak cerita pasal anak anak kat blog ni kan. Selalu kalau nak cepat, update kat Instagram je. So kali ni kita selit la sikit dalam blog walaupun sekarang ni macam tengah blur, apa yang nak diceritakan pasal mereka berdua. 

Zara sekarang dah 3tahun 6bulan. Zhareef bakal masuk 1tahun 3bulan. Kalau nak tanya perkembangan zara, erm... Tak tahu nak cerita. Sebab dia pun dah besar kan. Cuma yang tahu kuat membebel. Kuat bertanyakan balik. 
Bila dia tanya, mama nak coklat. Then kita say 'mana ada coklat, belum beli'.
Dia akan tanya balik 'kenapa belum beli?'
Bila kita kata 'kan belum pergi kedai'..
Dia akan sambung lagi 'kenapa tak pergi kedai?'..

Haha.. rantaian soalan dia kadang memeningkan. But okay la, dia tahu berfikir untuk bertanyakan soalan kan. 

Kalau si adik zhareef ni pulak, dia cepat mengikut apa yang orang buat. So kena hati hati apa yang kita buat sebab dia cepat ngikut. Kadang tu geram je tengok keletah dia. Rasa macam comel jeeee.. 
Zhareef masih belum pandai bertutur lagi. Berbanding zara dulu cepat. Umur setahun dengar juga la perkataan mama tu. Zhareef ni time menangis je la dengar mama ke mamam entah la. 

Tapi kalau kita bagi arahan 'baju ni dah kotor, letak dalam bakul'.. Nanti dia akan bawak ke sana. Tak pun lepas buka baju kata nak mandi, baju yang dia baru buka tu dia akan bawak ke bakul. Actually memang tak ajar pun dia. Maybe dia tengok cara zara buat. 

Bila pikir balik, seronok tengok mereka membesar depan mata. Sebab semua ni pengalaman untuk kita kan. Kalau dorang bergaduh depan mata tu memang perkara biasa la kan. Si adik ni walaupun senyap boleh tahan. Nak ketul kakak ke, nak tarik rambut ke, nak lempang orang ke, memang boleh tahan. Sakit jugak la bila dah kena. 

Apa pun, masa ni cepat berlalu. Sikit masa dorang cepat je membesar. Kena simpan dalam memori semua kenangan ni kan. 

Friday, 22 December 2017

Zhareef Turn 1!

10:08 am 6 Comments
Assalamualaikum, and hi readers!

22 Disember 2016
22 Disember 2017

10.08 pagi



Syukur Alhamdulillah.. Zhareef genap setahun dah. Rasa macam ehhhhh, cepatnya la hai ~
Ddy dorang pun kata rasa macam baru je Zhareef ni lahir.

Ok laa.. ni gambar fresh 22 Disember 2017 ye. 

Next entry la bebel panjang lebar ye. ☺

Saturday, 26 August 2017

Thursday, 22 June 2017

Kisah Anak : Zhareef Is 6 Month

9:08 pm 1 Comments

Kisah Anak : Zhareef Is 6 Month


Assalamualaikum..

Haii.. nama saya Muhammad Zhareef. Harini 22 jun, saya genap 6 bulan. Harini dah dapat hadiah ๐Ÿ’‰ dari HTD. Saya kuat. Sempat senyum sebelum nangis sikit. Pastu senyum balik. Hero kan.. Nangis sikit-sikit je.
.

Monday, 13 March 2017

Kuning @ Jaundis

12:13 am 1 Comments

Kuning @ Jaundis


Assalamualaikum. Selamat malam.  Terasa nak share sesuatu kat blog ni sebagai kenangan. Mana tahu bila anak soleh mama besar nanti, blog ni masih ada, boleh baca kisah masa kecik kan. Dulu cerita pasal kalak, ni share pulak cerita pasal adik.

Sunday, 12 March 2017

Sponsor

Comments