Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

Tuesday, 3 September 2019

Riadah Petang | Pantai Kem Iskandar

1:17 pm 26 Comments
Hai readers.. Selamat tengahari..
Salam maal hijrah buat semua. Harini baru berkesempatan nak update blog kesayangan ni. Maklumlah bizi 24jam. Tapi tak tau bizi dengan apa.

Sebelum menjadi entri basi, baik Cik Mimi simpan dalam blog ni buat kenangan hari mendatang kan.

Kisahnya tentang pantai.
Rasanya sejak balik dari ipoh zhareef suka sebut nak mandi sungai. Tak tahu la mana dia tahu pasal sungai. Sebab rumah opahnya rumah taman. Dan rasanya dalam 4bulan dia duduk dengan Opahnya, takde pulak dorang bawak ke mana mana sungai. 🤔

Pastu bila dah balik mersing yang nampak laut. So dia akan sebut laut. "Mana laut, mana laut. Adik nak ngok kan (nak tengok ikan).

So bila keluar dari kawasan kem nak ke pekan akan nampak la juga air laut. Ke pantai ekkk nak sebut. Haha.. Laut dengan pantai tu sama ke tidak ekk? 😄😄
Okay, janji paham la yer. 

Kisahnya hari ahad nak pergi ke Pantai Penyabong. Minyak kereta tinggal setakuk. Ddy nya tak isi pun. Dah tanya, cukup ke minyak tu. Dia cakap cukup. Ehhh, yakin sangat la kan. Dah la tempat tu jauh juga. Sekali tak sampai pun ke Pantai Penyabong, dah naik lampu. Erm.. 

Patah balik ler jawabnya. Kenapa patah balik? Sebab mana ada stesen minyak nak isi kat situ. Cuak lettew ddy dia. Dah la nak patah balik pun jauh. Separuh jalan dah. Tak kesampaian la nak tengok Pantai Penyabong tu rupa mana. Anak anak pulak dok tanya, mana laut. Mana pantai. Erm.. Pantai apa nyaaa kalau dah kena patah balik.

Then cakap kat ddy nya.. "haaa, esok bawak pergi pantai dalam kem ekk"..
Actually dah setahun kat mersing, tak pernah pun ke situ. Ada ajak ddy nya ke situ. Tapi dah ddy nya  tak nak bawak, malas la kita nak bawak budak budak kan.

Dan semalam ddy nya kotakan janji. Sebab ddy nya kata, selagi tak bawak nanti mama nya bebel je cakap nak pergi pantai.

Ehh orang perempuan kan. Biasa la tu. Ajak pergi tempat FREE je pun. Bukan holiday tempat mahal mahal. 





Semalam bila pergi pantai dalam kem.. alahai... bestnyaaa.. Lapang je fikiran.. Dengan angin yang kuat. Permandangan pun indah. Berbeza la kalau tengok pantai kat tanjung tu. Walaupun pantai dalam kem ni bukan la tempat kunjungan orang ramai, tapi best. Sebab orang dalam kem je pun yang ke situ. 

Kalau nak mandi pun boleh. Takde hal. Tapi takde tempat nak salin pakaian je la. Sebab dia bukan tempat tuk berkelah sakan pun. Kalau nak berkelah pun boleh. Tapi kalau sakit perut ke, nak terkencing ke, pergi je la lari balik umah. Hahaha.
Macam umah cik mimi nak ke pantai ni tak la jauh pun kalau naik moto. Tak sampai 10minit pun. 

Tak pun tumpang la toilet dekat masjid. Masjid kem ni berdekatan juga la dengan pantai ni. So bila semalam dah bawak zhareef teruja la dia tengok air laut tu macam mana. Tertunai dah hajat nak bagi dia tengok laut. 



Ddy nya kata boleh la lepas ni anak anak boring kita jenjalan kat situ lagi kasi lapangkan fikiran. 
Duduk rumah 24jam pun boleh naik beku otak kan. 






Suka tengok pantai dalam kem ni. Airnya pun bersih je. Haritu ada tertengok Cik Puan Khalida ke Istana Flinstone. Then anakanda nya bermandi manda dekat pantai tu. Cantiknyaaa.. Tak sangka pula pantai yang anakanda mandi tu sama macam pantai di dalam kem ni juga. Kalau berjalan kaki dari kawasan pantai ni, rasanya sampai ke istana flinstone tu. 

Now dah ada port baru nak berjalan petang petang. 😍




Siaran dikongsi oleh nur syamimi (@syamimi8088) pada




promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

Tuesday, 2 July 2019

Jamuan Raya Tabika Kemas Kem Iskandar

1:19 pm 30 Comments
Hai readers semua..
Alhamdulillah. Dah lepas 6bulan kita semua berada dalam tahun 2019 ni kan. Now kita semua berada di fasa 2 pulak. Dan harini pun dah 28syawal kalau tak silap. Dah nak habis syawal dah kan. Sekejap je.

Cerita pasal bulan syawal ni, belum terlambat rasanya nak share pasal sambutan raya yang diadakan di Tabika Kemas tempat zara sekolah. Rasanya ni la cerita pertama pasal zara sekolah kan. Mama dia malas beno nak share pasal zara sekolah. Nanti la kita buat entri throwback je. Hehe

27jun2019. Khamis.
Hari jamuan di Tabika Kemas. Cikgu kelas maklumkan sehari awal. Hari selasa cikgu zara inform dalam group kelas. Cikgu bagitahu juga, bawa sebalang kuih raya. Mama zara excited benda macam ni. Hehe.. Sebab, dalam kem takde pun buat jamuan raya macam masa duduk dekat gemas dulu. Sedih la. Tak syok betul situasi kat kem iskandar ni. Ke betul betul dah hujung syawal akan buat, wallahualam. 

So bila anak dapat buat jamuan ni, mama dia tumpang happy je la. Berbalik pada kisah jamuan tu, cikgu info sekali ada pertandingan pakaian raya tercantik kut. Lagi la mama zara excited. Haha. Sebab apa tau, merasa la zara pakai baju raya yang sepatutnya pakai sedondon dihari raya pertama. Sudahnya, baju mama dia , adik ngn ddy tak rasmi kan pun lagi. Sebab apa? Sebab raya pertama kan ddy nya pun kerja. Kitorg pakai je baju sedia ada je. 

Pasal kuih raya, rumah kitaorang ni takde kuih raya yang best best pun. Pastu boleh dikatakan semua beli. Pikir balik,kalau semua bawak biskut raya, mesti tak termakan,kan? 




So excited mama dia buatkan kek je la. Lagipun taklah susah mana pun. Tapi ada juga bekalkan sebekas kerepek popia nestum tu. Sebab benda tu banyak lagi. 










Bila cikgu send gambar anak anak tadika berbaju raya, Allah, comelnya semua. Seronok tengok zara beraya dengan kawan kawan sekolah dia. Tengok cikgu send makanan yang dibawa, gift yang ibu bapa sumbang, alahai.. Rezeki anak anak semuanya.

Pastu jamuan habis awal. Dalam pukul 11setengah dah selesai. So boleh la jemput anak anak awal. Pastu tengok zara pegang plastik bekas kek dengan macam macam lagi. Teacher ida (pembantu cikgu) cakap zara dapat hadiah. Kategori baju cantik kut. Alahai. Tergelak mama dia. Dah pesan kat dia. Pakai baju raya lawa lawa jangan bagi kotor. Mama tak suka. Nanti susah nak cuci. Kehkehkeh..



Nasib baik sampai balik umah baju elok bersih. Siap taknak bukak lagi. Excited pakai baju lawa kan. Apa pun, ni la kenangan buat zara bila dah besar nanti. Dia merasa macam mana berkawan kat sekolah. Ada jamuan raya kat sekolah. Macam mana nak berdikari ambik sendiri kan.

Apa pun, mama tumpang happy sebab majlis raya dalam kem nan hado agaknya. Takde pun dengar-dengar pasal nak buat jamuan. 🙄
Janji zara merasa jamuan dengan kawan kawan tabika.

Fuh gambar nanti mama zara letak kat instagram 



biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

Sponsor

Comments