Showing posts with label Menang Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Menang Giveaway. Show all posts

Monday, 11 March 2019

Keluarkan Rm2. Digantikan Rm20

11:05 am 19 Comments
Hai readers..
Siapa kat sini percaya pada rezeki bersedekah?
Rezeki tu kadang kala mungkin bukan datang dalam bentuk duit sahaja, mungkin boleh jadi rezeki tu datang dari segi pemberian sesuatu barangan ke.. Apa apa sahaja yang baik untuk kita.. Yang mungkin boleh mendatangkan perasaan seronok pada kita.


Mungkin apa yang kita cerita ni hanyalah sebagai satu kebetulan. Ye, kebetulan yang Allah dah tuliskan dan untuk kita kongsikan. 
Selalu dengar orang kata "kadang kala kita beri sikit, tapi Allah akan gantikan lebih"..
Ye, kita sentiasa percaya pada setiap rezeki yang Allah turunkan bila kita ikhlas dalam memberi.

Kisah haritu kita ke HSI.
Seperti biasa untuk checkup seperti yang telah tercatit tarikh appoiment diberikan.
Buat masa ni, setiap kali pergi checkup, suami akan gunakan pemandu. 
Guna kenderaan utiliti tentera. Bukan sebab nak jimat ke apa. Tapi faham sahaja la kan kalau nak berurusan di hospital besar ni. Lagipun memang ada hak kebajikan orang kata, so gunakan je la.

Setiap kali pergi checkup, bila gunakan pemandu, memang akan bertukar pemandu. Dah 4 kali rasanya pergi checkup di HSI selepas operation, dan dah 4kali tengok pemandu yang berlainan.

Kisahnya haritu. Lepas keluar hospital kami semua pergi minum makan dulu. Sebab dah lunch hour. Kita tak makan minum pun. Bukan tak lapar. Tapi kalau nak makan pun kena cari makanan yang sesuai. Yang lembut lembut. Then nak minum, rasa macam malas sebab minumnya seteguk dua je. Tak habis. Lagipun ada je bawak air masak. So boleh minum.

Hanya Rm2. Digantikan Rm20

Selepas dah settle makan minum, kami pun bergerak balik. HSI tak jauh pun dengan Tesco Tebrau. Dan satu jalan, singgah la sekejap sebab ddy zara zhareef nak cari barang. Dalam masa yang sama, tergerak hati nak cari donut yang lembut macam biasa beli kat tesco ipoh. Tapi takde pulak. Hampa sekejap. Then cakap kat ddy dorang, nak belikan roti la untuk driver tu. Boleh dia bagi buahtangan kat anak anak dia. Kita sebenarnya tak tahu anak dia umur berapa. Boleh makan dah ke belum. Maybe besar zara zhareef juga kot.

So cakap kat ddy dorang. Takpe la, barang makan tu kita bayarkan. Kita niat nak belanja. Niat nak belanja tu sebab kita nak orang seronok kalau lepas ni nanti kami nak ke HSI mereka tolong bawakan. Sama seperti driver lain pun. Kalau kita ada beli apa apa, kita belikan bagi sekali. Bukan niat nak menunjuk baik. Tapi nak orang seronok bila kita perlukan mereka.

Sebenarnya harga roti yang dibeli tu Rm2 je. Pastu petang pada hari yang sama, tiba tiba mata kanan gatal sangat. Sambil berseloroh dengan suami "siapa nak bagi duit ni.. Mata kanan gatal sangat"
Spontan je cakap sambil seloroh gitu.
Sebab selalu kalau mata kanan gatal sebenarnya nak nampak sesuatu yang baik. Macam orang kata tapak tangan kanan gatal mesti nak terima sesuatu. Haaa, gitu.

Then malam tu tiba-tiba blogger ciknor whatsApp.. "Mimie, G tuntut hadiah cpt"..
Terpinga-pinga jap. Hadiah? Hadiah apa?
Macam takde join contest je. Haha
Pastu bukak blog then check giveaway apa yang kita ada join.


Rupanya dalam giveaway Giveaway Cash Blogger Malaysia ada rezeki terselit disitu. Dapat cash Rm20 di tempat ketiga.
Terus cakap kat suami.. "Siang tadi belanja roti tu Rm2 je niat bagi anak anak driver tu. Sekali malam ni dapat Rm20 Allah gantikan"..

Kuasa Allah dalam kita memberikan.. Tak disangka-sangka. Rezeki dariNYa

Sebab tu orang kata, kalau kita dah berniat yang baik, nak bersedekah untuk anak anak kecik lagi Allah gandakan rezeki tu kan. Bukan rasa puas je dapat beri. Tapi Allah selitkan juga perasaan yang tenang pada diri kita. 

Sponsor

Comments