Showing posts with label Kuih Keria. Show all posts
Showing posts with label Kuih Keria. Show all posts

Wednesday, 17 October 2018

Keria Gula Merah

7:16 am 24 Comments

Keria Gula Merah


Harini sambung cerita pasal kuih lagi la ehh.. 
Sebab seminggu tu 4hari berturut-turut kita buat kuih. So harini cerita pasal kuih keria pulak selepas buat kuih karipap. Hehehe

Sebenarnya kita memang suka dengan kuih keria. Tapi dah beberapa kali buat, kita gagal tang sira gula dia tu. Tak menjadi cantik putih. Tak tahu kenapa. Nak tunjuk kat ddy dorang pun segan tau. Sebab bila balik rumah mak kita, mak buat cantik je. 

Pastu buat kali ni kononnya taknak kecewa. Taknak sira guna gula biasa tu. Terbayangkan pulak keria bersirakan gula merah. Haha
Dah macam orang mengidam pulak gayanya tu.
Tapi niat sebenar nak belajar. Makan tu biasa-biasa je.

Dalam proses pembikinan..

Pagi tu gigih okay merebus keledek. Suka betul buat on the spot kerja kan. Haha..
Pastu tak sejuk mana terus buang kulit dia. Then tumbuk / lenyek dia bagi lumat gitu.
Dah lumat tu, kita gaulkan dengan tepung. Yang saya tau, kalau nak keria lembut jangan bubuh tepung terlalu banyak.

Selepas digoreng. Gebu gebas gituu..

Haritu buat tepung dia tak terlalu banyak pun. Agak-agak je la. Tapi memang payah sikit la kan, sebab ubi tu suka melekat kat tangan. Demi nak kan hasil kuih yang elok, redah je. Kekekeke..


Alhamdulillah.. Haritu berjaya dapat buat keria yang lembut. Budak-budak ni mula-mula macam taknak makan. Elok petang dalam pukul 3-4 macam tu, nak makan pulak. Siap pakej berebut tak cukup. Zara suka la kalau bersira gula melaka tu. Sebab rasa manis dia tu.

Siapa kat sini pakar buat keria sira gula biasa tu. Macam mana nak bagi cantik ehh.. Cantik melekat. Kita nak testing buat jugak nanti. Hahaha
Selagi tak berjaya, selagi tu la kita akan belajar cuba buat sampai menjadi.

Sunday, 26 February 2017

Kuih Keria si Kuih Viral

9:13 am 4 Comments

Kuih Keria si Kuih Viral


Assalamualaikum.. selamat pagi.. Sambil enjut anak, marilah membebel. Dapat jugak 1 entry baru kan. Hihihiks.. nak blogwalking belum sempat. Tengok siang nanti eh. Sekarang ni dok viral sangat kuih keria atau sesetengah orang panggil kuih gelang ni kan.

Sponsor

Comments