Showing posts with label Kuih Karipap. Show all posts
Showing posts with label Kuih Karipap. Show all posts

Tuesday, 16 October 2018

Belajar Buat Kuih Karipap.

12:18 pm 22 Comments

Belajar Buat Kuih Karipap.


Sebenarnya kan, lepas kita belajar buat kuih donut tu, esoknya kita try buat karipap pulak. Bila daddy dorang kuar kerja awal, segala misi tertangguh dapatlah dijalankan. Sebab budak budak pun tengok syok tidur lagi. So tiadalah gangguan.



Buat semua ni secara spontan je. Pagi tu dok pikir, nak buat kuih apa ye pagi ni.. Terus terpikir, isi daging kisar ada. Ubi kentang ada. So, Mula tu buat inti dia dulu. Pastu macam malas malas nak uli tepung. Haha.. Sebab blogwalking tau pagi tu. Pastu pikir balik, inti dah buat. Kalau tepung tak uli, alamatnya bila nak jumpa kuih karipapnya kan. 

Pastu pukul 9 macam tu baru uli tepung. Elok budak budak masih tidur kan. Aman je uli tepung. Takde ukuran spesifik ye untuk buat doh tu. Haha..
Sebab dok teringat selalu mak bancuh tepung macam mana kan. Kira ukuran tu agak-agak je la.



Sebenarnya kan, kita tak pandai nak ketip tepi karipap. Yang buat kita terpikir pikir nak buat terus ke tak tu sebab kita dok mencari acuan dia tu la. Haritu ada je jumpa. Bila nak buat tak jumpa pulak. Tapi dok tekad juga la mencari. Last last jumpa jugak. Tu boleh sambung buat tu.

Kita rasa macam tak percaya je boleh buat kuih sendiri. Haha.. Sebab tak terpikir akan buat sebab risau tak menjadi je. Tapi kalau dah bersemangat juga nak buat, kena juga buatkan.

Akhirnya bila menjadi hasil tu, macam dapat satu kepuasan je. Ikutkan teringin nak ketip sendiri keliling karipap tu. Tapi sebab tak jadi, kena juga guna acuan dia. Cuma yang tak bestnya juga acuan dia tu, kulit dia mudah terkoyak.

Next boleh la try buat lagi. Tapi nak belajar cara kelim tepi dia tu. 

Mungkin ada yang nak bahan untuk buat inti kan?

Kentang
Isi daging/isi ayam (kita guna daging kisar RAMLY je)
Bawang merah
Rempah kari ayam/daging
Air 
Garam
Daun sup (nak letak boleh, taknak pun boleh)

Untuk doh (kulit karipap)

Tepung gandum
Sedikit garam
Planta
Air

Kalau agak agak tak tahu macam mana nak buat, boleh google je. Hehehehe

Sponsor

Comments