Showing posts with label Kisah Anak. Show all posts
Showing posts with label Kisah Anak. Show all posts
Zahra & Zhareef
Hi readers..
Rasanya macam dah lama tak cerita pasal anak anak kat blog ni kan. Selalu kalau nak cepat, update kat Instagram je. So kali ni kita selit la sikit dalam blog walaupun sekarang ni macam tengah blur, apa yang nak diceritakan pasal mereka berdua.
Zara sekarang dah 3tahun 6bulan. Zhareef bakal masuk 1tahun 3bulan. Kalau nak tanya perkembangan zara, erm... Tak tahu nak cerita. Sebab dia pun dah besar kan. Cuma yang tahu kuat membebel. Kuat bertanyakan balik.
Bila dia tanya, mama nak coklat. Then kita say 'mana ada coklat, belum beli'.
Dia akan tanya balik 'kenapa belum beli?'
Bila kita kata 'kan belum pergi kedai'..
Dia akan sambung lagi 'kenapa tak pergi kedai?'..
Haha.. rantaian soalan dia kadang memeningkan. But okay la, dia tahu berfikir untuk bertanyakan soalan kan.
Kalau si adik zhareef ni pulak, dia cepat mengikut apa yang orang buat. So kena hati hati apa yang kita buat sebab dia cepat ngikut. Kadang tu geram je tengok keletah dia. Rasa macam comel jeeee..
Zhareef masih belum pandai bertutur lagi. Berbanding zara dulu cepat. Umur setahun dengar juga la perkataan mama tu. Zhareef ni time menangis je la dengar mama ke mamam entah la.
Tapi kalau kita bagi arahan 'baju ni dah kotor, letak dalam bakul'.. Nanti dia akan bawak ke sana. Tak pun lepas buka baju kata nak mandi, baju yang dia baru buka tu dia akan bawak ke bakul. Actually memang tak ajar pun dia. Maybe dia tengok cara zara buat.
Bila pikir balik, seronok tengok mereka membesar depan mata. Sebab semua ni pengalaman untuk kita kan. Kalau dorang bergaduh depan mata tu memang perkara biasa la kan. Si adik ni walaupun senyap boleh tahan. Nak ketul kakak ke, nak tarik rambut ke, nak lempang orang ke, memang boleh tahan. Sakit jugak la bila dah kena.
Apa pun, masa ni cepat berlalu. Sikit masa dorang cepat je membesar. Kena simpan dalam memori semua kenangan ni kan.
Muhammad Zhareef is Turn 8Month
Assalamualaikum..
Rasanya jarang sekali nak bercerita tentang anak bujang hero kesayangan sorang ni kan!..
Tak tahu la kes mamanya malas ke, mamanya terlalu busy!
Kisah Anak : Zhareef Is 6 Month
Assalamualaikum..
Haii.. nama saya Muhammad Zhareef. Harini 22 jun, saya genap 6 bulan. Harini dah dapat hadiah 💉 dari HTD. Saya kuat. Sempat senyum sebelum nangis sikit. Pastu senyum balik. Hero kan.. Nangis sikit-sikit je.
.
Kuning @ Jaundis
Assalamualaikum. Selamat malam. Terasa nak share sesuatu kat blog ni sebagai kenangan. Mana tahu bila anak soleh mama besar nanti, blog ni masih ada, boleh baca kisah masa kecik kan. Dulu cerita pasal kalak, ni share pulak cerita pasal adik.
Kisah Anak : Zhareef Starting Meniarap!
Assalamualaikum.. morning..
Zara sekarang ni makin banyak perati apa yang orang buat, then tiru balik kelakuan tu. Normal la kan budak-budak. Perkembangan nak membesar. Sama je kelakuannya. Bila Sel-sel Otak Berhubung
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons