Showing posts with label Kempen Dettol. Show all posts
Showing posts with label Kempen Dettol. Show all posts
Assalamualaikum, selamat tengahari readers..
Harini ni kita nak bercerita pasal produk penjagaan diri iaitu Dettol.
Rasanya ramai yang mengenali produk Dettol ni kan..
Dettol memang dah dikenali sejak dahulu lagi. Sejak dari kita kecil lagi, memang produk Dettol ni tak asing lagi la untuk keperluan diri.
Sering digunakan sejak dahulu ialah sabun mandinya. Sesungguhnya baunya yang natural gitu, memberikan rasa yang menyegarkan setiap kali selepas mandi.
Dan satu lagi yang mesti ada dekat rumah ialah pencuci luka tu. Orang kata perlu ada disetiap rumah sebagai persediaan sekiranya terjadi apa apa tanpa disengajakan..
Sehingga kini, kita sering diperkenalkan lagi dengan produk produk baru keluaran Dettol. Sebagai contoh untuk cucian tangan. Sebenarnya penting tau handwash ni disetiap rumah. Sehingga hari ini, handwash memang ada dirumah kita. Apatah lagi anak anak yang suka bermain diluar rumah, tangan semestinya kotor dan perlukan pencuci tangan khas untuk mengelakkan penyebaran kuman.
Antara lainnya seperti tisu basah ni. Penting ke tidak tisu basah ni? Tentunya penting. Apatah lagi kita yang mempunyai anak kecik. Kadang kala keluar, tak sempat nak cari tempat cuci tangan, atau pun berada dalam kereta, penting tau wipes tissue ni. Macam penyelamat jugak la orang kata. Kalau tak, kemurungan sekejap..
Dan pada hari ini, kita semua pun sedia maklumkan, Dettol ni memang terkenal dengan mandiannya. Dan hari ini kita nak kongsikan 1 lagi keluaran baru Dettol mandian yang terkini iaitu Dettol Proskin. Bau dia bestnyaaaa. Wangi tau. Rugi sangat siapa yang tak pernah pakai produk dari Dettol ni..
Dan kita nak war warkan disini.. Ada tak yang nak kan produk dettol ni secara percuma? Ye betul. PERCUMA ‼️
Bagi yang berminat jangan lupa sertai GIVEAWAY yang kita anjurkan bersama Dettol ni ye. Syarat yang cukup mudah. Dan jangan lupa, ajak kawan kawan lain sekali ya..
Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya
Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadhan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umah islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.
Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!
Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.
Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%
Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.
Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :
Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.
Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%
Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.
Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.
Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons