Showing posts with label Foodpanda. Show all posts
Showing posts with label Foodpanda. Show all posts
Hai semua..
Bila sebut tentang 'jalan-jalan' atau senang kata 'holiday', kita mesti nak cari tempat yang mempunyai makanan atau masakan yang best-best kan? Lagi best kalau masakan atau makanan tu, kita tak pernah jumpa atau ianya memang takde dekat tempat kita sendiri.
Kalau tanya cik mimi sendiri, tu salah satu yang paling utama kena tahu.
Bukan apa, selain dari tempat menarik, kita perlu sentiasa isi perut bagi kenyang kan?
Dan setelah dipikirkan, cik mimi terpikir tentang satu Negeri ni.
Rasanya rata-rata antara kita pun suka mengambil peluang bercuti di Negeri Pulau Pinang kan?
So, jom kita tengok, apa antara masakan atau makanan yang wajib dicari bila kita semua bercuti disana.
Nasi Kandar Deen Maju
Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni. Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.
Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar, anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.
Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan nama kedai ini makin terkenal. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah rasanya, padu tak padu?
Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih mengancam, panas dan segar dari dapur.
Teochew Chendol, Penang Road
Dah berpeluh berpusing ke sana-sini sekitar Georgetown? Mai singgah sat ke Teochew Chendol untuk menghilangkan dahaga. Cendol ini dikatakan cendol yang terbaik di Penang.
Buktinya, anda boleh lihat sendiri daripada bilangan orang yang sanggup beratur untuk menikmati cendol ni terutama ketika musim cuti atau cuaca panas. Cendolnya cukup manis berlemak untuk memuaskan selera, serta sangat berkesan untuk menyejukkan tekak yang kering.
Dah penat beratur, anda boleh menuju ke kawasan meja makan yang disediakan untuk terus menikmati cendol yang dibeli.
Telah beroperasi dari tahun 1936, perniagaan yang pada awalnya ini hanyalah sebuah gerai kecil, kini bukan sahaja terkenal di dalam kalangan penduduk tempatan, tapi turut memiliki peminat dari pelbagai negara lain lagi. Memang hebat penangan cendolnya.
Restoran Adam Char Koey Teow
Wajib singgah! Restoran Adam Char Koey Teow menghidangkan kuey teow basah yang paling sedap di Penang.
Kedai yang pada asalnya hanyalah sebuah gerai kecil ini kini berkembang sehingga memerlukan ramai tukang masak untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Jangan lupa singgah!
D’Seafood Paradise
Nikmati tiupan bayu laut yang menyegarkan sambil menikmati hidangan di D’Seafood Paradise. Terletak di tepi pantai, restoran yang luas dan berkonsep terbuka ini menjanjikan pemandangan yang mampu memukau jiwa.
Bukan itu sahaja, dengan kedudukannya yang hanyalah bersebelahan pantai, tak perlulah anda risau tentang kualiti makanan lautnya kerana segalanya fresh dari laut!
Anda pilih sahaja hasil laut apa yang ingin dinikmati daripada sebuah ruang khas yang disediakan sama ada ikan, udang, ketam, sotong atau sebagainya.
Bila dah pasti nak makan apa, chef di sini akan memasakkannnya mengikut citarasa anda, nak dibakar? Dijadikan gulai? Atau apa sahaja, segalanya boleh direalisasikan.
Nasi Campur Permai Tepian
Kedai Nasi Campur Permai Tepian nampak sahaja macam warung biasa dengan kerusi plastiknya yang memang sempoi habis, tapi kebenarannya, di sinilah anda dapat menikmati masakan tradisional Melayu yang paling hebat di Penang.
Berkonsep terbuka, di sini anda dapat menjamu selera sambil menghirup udara luar, nak lagi syok, anda boleh makan di bawah pokok besar atau di belakang kedai yang menyajikan pemandangan sungai yang mengalir tenang. Macam ni barulah sesuai dengan hidangan tradisionalnya, tak gitu?
Lauk-pauk yang dihidangkan memang melampau banyaknya, boleh rambang mata nak buat pilihan. Jangan lupa untuk penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal, barulah betul-betul masakan Melayu. Apa-apa pun, anda wajib cuba sambal janggut sotongnya, memang sedap!
Ais Tingkap
Ais Tingkap, sebuah kedai yang tiada seumpamanya ini telah beroperasi sejak dari tahun 1928 lagi. Kini diusahakan oleh generasi yang ketiga, keenakan rasanya masih kekal sama seperti dulu.
Hanyalah sebuah kedai tepi jalan, menu airnya bukanlah biasa-biasa, sangat sedap dan mustahil dapat ditemui di tempat lain. Menu utama di sini kelihatan tidak ubah seperti air sirap yang normal, tapi ianya sebenarnya telah digabungkan dengan biji selasih, air kelapa, isi kelapa dan juga kisaran ais. Rasanya sungguh menyegarkan, sambil-sambil minum, dapat juga makan isi kelapa yang dimasukkan tadi. Memang syok!
Tak cukup puas lagi? Jom cuba cendol dan ais kacang yang turut dijual di sini untuk menghilangkan kepanasan badan selepas seharian berjalan di bawah panahan matahari.
Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang
Tak menyempat nak berbbq? Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan laut bbq atau bakar di Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang. Disalut dengan daun pisang, kesedapan hidangannya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Antara yang dihidangkan panas-panas di sini adalah ikan merah, ikan bawal talang, ikan siakap, ikan jenahak, ikan kerapu, ketam nipah dan udang.
Masakannya bukan sahaja sedap, tapi juga ditawarkan dalam harga yang cukup murah! Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat pemandangan pantai yang tenang serta bot-bot nelayan yang tersadai.
Kalau anda nak tahu, makanan laut yang disajikan di sini diambil segar daripada nelayan yang menggunakan bot-bot yang dapat dilihat di kawasan pantai ni. Boleh bayangkan betapa segarnya seafood di sini?
Restoran Nasi Padang Minang
Bagi yang tak tahu, nasi padang adalah sejenis gaya masakan dari Sumatera Barat, Indonesia yang banyak menggunakan cili padi yang ditumbuk kasar. Bagi anda yang suka makan pedas-pedas, Restoran Nasi Padang Minang pasti menjadi kedai kegemaran.
Banyak lauk-pauk yang akan mencuri hati anda seperti ayam goreng bercili, sambal hijau, ikan sumbat sambal, kari nangka, ayam masak rempah, ulam-ulaman dan lain-lain lagi.
Lokasinya, adalah berhadapan dengan Caltex di persimpangan A.S Manshoor dan Transfer Road.
Rockstarz Burger
Bukan seperti burger biasa yang boleh anda jumpa di tepi jalan, di Rockstarz Burger, daging dan sos yang digunakan dihasilkan sendiri oleh mereka. Memang unik! Ketebalan daging burgernya bakal membuatkan perut anda membulat kekenyangan.
Nama-nama burgernya juga sangat unik kerana mereka menggabungkan konsep Food, Music & Art. Antara nama burger yang bakal anda lihat di sini adalah seperti The Black Sabpper, The Santanaz, The Red Hot Curry Chilleez dan banyak lagi.
Pasembur Gurney Drive
Pasembur Gurney Drive atau nama-nama lainnya Pasembur Pulau Mutiara dan Pasembur Menari adalah satu kedai yang sama.
Kalau terlupa mana satu gerainya dek kerana nama yang terlalu banyak, bila datang sahaja ke Persiaran Gurney, anda cari sahaja penjual rojak yang menyanyi lagu “Rojak Rojak” sambil memotong buah. Itulah kedai yang dimaksudkan.
Bila dah berjaya mendapat tempahan pasempur yang diinginkan daripada ‘penyanyi’ tadi, anda bolehlah bergambar terlebih dahulu dengan hidangannya yang berkuah merah ‘memancor.’ Kalau nak tahu, pada kuah inilah tersimpan kesedapannya. Jangan lupa singgah!
Kalau cik mimi nak senaraikan lagi, banyak sebenarnya tau tempat makan yang best. Tapi rasanya cukup dulu 10 jenis yang ada ni. Tapi, musom covid macam ni mesti kita semua risau kan nak ke tempat-tempat tu. Risau nak berhimpit dengan orang ramai.
Tapi tak perlu risau. Bila kita berada di Pulau Pinang dan kita tak mahu keluar ke sana sini seperti dulu, kita boleh menggunakan perkhidmatan servis "Food Delivery Penang" dari Foodpanda. Pelbagai jenis makanan ada dan sedia untuk dihantar ke pihak anda.
sumber picture : disini
Malaysia, sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek. Antaranya pemandangan yang menarik, budaya yang pelbagai, peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pelancong dari luar.
Banyaknya makanan di Malaysia ini boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk menentukan untuk makan apa. Tapi, hakikatnya boleh saja tentukan tempat makan di mana dan mahu makan apa, sesuai dengan sesuatu lokasi tempat di mana sedang berada. Soal harganya pula, rata-rata makanan di Malaysia ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan sekali.
Antara menu utama yang sudah berjaya mendapat carta teratas dikalangan warga Malaysia adalah :
#1 - Nasi Lemak
Nasi Lemak yang dimasak dengan santan berserta aroma haruman daun pandan untuk wangian, benar-benar boleh membuka selera. Makin sedap bila nasi lemak ini disajikan dengan sambal tumis pedas, telur rebus, kepingan timun dan ayam goreng atau rendang.
Sebilangan kacang dan ikan bilis goreng yang ditaburkan di bahagian atas turut memberikan tekstur yang lebih
best ketika makan. Nasi Lemak sememangnya sudah terkenal di Malaysia dan
sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan disebabkan sejarahnya yang sudah lama ada di Malaysia.
#2 - Roti Canai
Roti canai adalah sejenis roti India yang lembut seperti penkek. Roti canai ini orang biasanya makan dengan kari dan harganya jarang sangat terlalu mahal. Ada banyak tempat hanya jual dalam RM1 dan di bawah RM2 untuk setiap keping.
Terdapat pelbagai jenis roti canai mengikut selera masing-masing. Antaranya roti canai bom, roti canai tisu, roti canai telur, roti canai sardin dan bermacam lagi.
#3 - Roti Titab
Jika suka makan roti ala toast, harus cuba roti titab yang menggabungkan roti bakar,
telur mata dan juga kaya. Tiga bahan utama yang digabungkan ini memang
ternyata sedap dan nikmat saat sedang di makan. Untuk membuatkannya lebih sedap,
anda boleh meletakkan kicap dan lada sulah (lada putih) sebagai bahan untuk
melengkapkan rasa.
Roti titab mungkin sebuah menu yang cukup ringkas, akan tetapi ia merupakan menu
yang cukup terkenal di Kelantan. Harga untuk set roti titab ini juga tidaklah semahal mana
dan jika roti canai sering dijual di kedai ala mamak, roti titab ini pula sering dijual di
kedai kopitiam. Ada juga kedai yang turut menjualnya serentak di bawah satu bumbung.
#4 - Teh Tarik
Seiring dengan roti canai dan roti titab adalah teh tarik. Jika roti canai dan roti titab merangkumi kategori makanan, teh tarik ini pula merangkumi minuman yang tak patut dilepaskan. Gabungan teh tarik dengan roti canai dan roti titab merupakan satu hidangan yang sesuai. Lagi-lagi jika dinikmati saat masih panas.
Teh Tarik adalah salah satu minuman sinonim di Malaysia dan teh tarik ini dibuat daripada
serbuk teh yang dicampurkan dengan susu pekat manis. Kemudian ia di tuang dari
bekas A ke bekas B secara berulang kali sehingga mengeluarkan buih. Proses ini
dipanggil sebagai ‘tarik’ dan secara tak langsung membuatkannya berasa makin sedap!
Harganya pula kurang dari RM 3 ($ 0.70) untuk segelas. Air teh tarik sangat terkenal
di Malaysia malah sekarang ini, telah terdapat air teh tarik yang ditinkan.
#5 - Satay
Satay merupakan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan kemudiannya
dibakar hingga garing dan berjus. Di Malaysia, satay dihidangkan bersama dengan
kuah kacang, timun, bawang dan nasi himpit.
Satay ini ada pelbagai jenis mengikut daging yang digunakan seperti ayam, daging lembu,
kambing, arnab, rusa dan pelbagai jenis lagi. Makin best, ianya dibakar menggunakan
kayu arang yang secara tak langsung telah berjaya memberikan rasa dan aroma yang
lebih baik pada satay tersebut.
#6 - Nasi Kerabu
Nasi Kerabu asli Kelantan sudah lama terkenal di kawasan sekitar Pantai Timur dan menu
nasi kerabu ini turut ada di jual di negeri yang lain. Selalunya nasi kerabu ini berwarna
biru kerana di masak menggunakan bunga telang.
Nasi kerabu yang paling sedap sudah semestinya nasi kerabu asli Kelantan yang rata-ratanya
menyajikan nasi kerabu biru ini dengan lauk ayam atau daging bakar, ulam-ulaman dan
tak lupa juga budu serta kuah tumis yang diperbuat dari santan. Kuah tumis ini
membuatkan nasi kerabu tersebut lebih terasa berlemak dan pedas manis saat menikmatinya.
Harga nasi kerabu di Kelantan masih berada dalam anggaran bawah daripada RM7 dan
untuk nasi kerabu basa (tanpa daging) berharga hanya RM3.50
#7 - Nasi Kandar
Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan tempatan di Malaysia, kunjungilah salah
satu restoran mamak India bagi mencuba sepiring nasi putih bersama dengan lauk
yang disebut sebagai nasi kandar. Nasi kandar ini sering dikaitkan dengan negeri Pulau Pinang.
Bila sudah order, jangan terkejut kerana yang tiba adalah nasi putih bersama lauk pilihan
seperti ayam, daging kambing, udang, telur dan sayur-sayuran dengan limpahan kuah
kari yang pelbagai rasa dicampur menjadi satu dalam pinggan yang sama. Ianya dipanggil
sebagai nasi kandar dan sekali makan boleh kenyang sampai tersandar disebabkan saiz
makanannya yang agak besar.
Nak Makan Apa? Di Mana? Berapa Harga? Boleh Order Online Dengan Semua Info Menerusi Foodpanda!
Sekarang ni semua orang tak berani nak keluar rumah kan? Tapi bila soal makan kalau
boleh memang nak makan yang sedap sedap belaka. Sebagai contoh makanan sedap
yang mesti kena cuba di Malaysia ni. Itu baru sikit, belum lagi tunjuk contoh menu
makanan yang lain.
Kita bernasib baik kerana ada servis online food delivery yang boleh kita gunakan
pada bila-bila masa dan di mana jua. Nak apa, order online dan pihak Foodpanda boleh
hantar untuk kita nikmatinya bersama keluarga di rumah.
Dengan adanya servis penghantaran Foodpanda ini, proses kuarantin di rumah juga
menjadi lebih senang. Buktinya, jika terasa ingin makan sesuatu, boleh search di website
Foodpanda kemudian buat order dan tunggu team Foodpanda hantar sehingga ke depan pintu.
Penghantaran Foodpanda turut ada social distanding yang membolehkan kita mengambil
makanan dalam jarak yang sepatutnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons