Showing posts with label Dropship. Show all posts
Showing posts with label Dropship. Show all posts

Thursday, 5 September 2019

Jom Tambah Pendapatan Melalui Dropship.

11:32 am 10 Comments
Assalamualaikum, hai readers.
Siapa dekat sini tak tahu Dropship tu apa?
Walaupun Dropship ni kita biasa dengar, tapi ada juga yang kurang paham mengenainya kan?

Okay, cerita pasal dropship, betul ke dropship ni boleh menjana pendapatan? 
Sebenarnya BETUL. Tapi dengan syarat kena RAJIN

Kenapa kena RAJIN? Kalau tak rajin, macam mana DUIT nak masuk? Betul tak? Syarat buat Dropship ni sebenarnya kena rajin. Rajin mempromote. Kalau kita tak promote, orang tak tahu apa yang kita jualkan. Biarlah orang akan pelik kenapa kita asik promote sesuatu, biarlah orang pikir kita tak cukup duit ke.. Kemaruk nak berniaga ke.. Janji kita jalankan niat sebenar kita.

Sebab itulah cara kita nak memberitahu orang apa yang kita jualkan. Dropship ni seronoknya ia tidak perlu keluarkan modal. Tak perlu simpan stok. Yang perlu "KERAJINAN"..
Tapi ramai orang salah anggap dengan Dropship ni. Mereka ingat, Dropship ni kepentingan untuk diri sendiri je. Nak beli dengan harga murah. 
Tu sebenarnya sedikit kelebihannya la.

Tak boleh tanam niat macam tu semata mata je. Mentang mentang Dropship ni kita tak perlu keluar modal wang ringgit, jadi nak promote pun malas. Kalau kita niat nak tambah income tepi, in shaa Allah akan dipermudahkan. Cik mimi dah masuk 5tahun buat dropship. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak komisen yang diterima, cik mimi happy. Sedikit sebanyak dapat membantu duit jajan anak la orang kata.

Alhamdulillah, setakat cik mimi open siapa berminat nak buat Dropship, ada juga beberapa orang yang rajin. Dan boleh buat SALE ikut target. Sometime cik mimi letakkan target. Cik mimi akan bagi sesuatu. Tapi tetap tak semuaaaaa Anak Dropship usahakan. Sedih juga. Sebab dorang yang cari kita kan. 

Sampai satu tahap ada juga tau yang cik mimi wsap personal, bluetick je. Waahh, terbaik sangat ni. 😬😬
Takpe la, apa apa pun, terpulang la kan. Cik mimi just nak bantu je. 


Kalau ada pembaca disini yang BETUL-BETUL BERMINAT nak buat DROPSHIP baju siap, kain pasang, whatsApp cik mimi okay. Cik mimi akan cuba bantu. Sebab cik mimi pernah jana income dari cara DROPSHIP ni. Why not cik mimi tak bantu orang lain kan?

Bagi yang berminat, tak kisah la bekerja ke, surirumah ke nak buat dropship baju, whatsApp ye. Jangan segan segan. Kita nak bantu diri kita sendiri. Bukan nak susahkan orang lain pun.

Kalau tak pandai, tapi serius, cik mimi akan tolong. 🤗

www.wasap.my/601124181178





promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store

Sponsor

Comments