Showing posts with label Cara Berlauk. Show all posts
Showing posts with label Cara Berlauk. Show all posts

Wednesday, 19 June 2019

Cara Berlauk.

8:48 pm 32 Comments
Hai readers, assalamualaikum, salam sejahtera semua..

Lamanya tak bersiaran. Entry banyak pending. Ni bukan kes beraya sakan tau. Tapi macam tak sempat nak jenguk blog. Pastu berebut fon dengan zhareef. Nak bukak laptop kadang lemau sangat. 

Harini kena rajinkan balik menulis. Kalau tak, sampai ke sudah tak mula menulis. Hari hari jenguk blog. Tp tak up entri. 😬😬



Harini kita try buat kuih yang mak kita selalu buat. Kita biasa tolong. Tapi selalu tolong dah setengah jalan. Disebabkan teringin nak makan kuih cara berlauk macam mak selalu buat, maka nya kita beli acuan dia, then buat sendiri. Bendanya bukan susah pun. Antara nak dengan tak nak je. 

Bukan taknak beli. Tapi kecewa sangat dengan penjual. Selalu jual macam tak ikhlas. Tapi nak untung. Dari kita rasa kecewa lebih lagi, makanya buat je la sendiri kan. At least kita pun dapat 1 lagi pengajaran baru.

Cara nak buatnya pun mudah je. Kita simpan kat sini la ye, apa bahan yang digunakan.

Bahan untuk bancuhan tepung :
- Tepung gandum
- Serbuk kunyit (sedikit)
- Sedikit marjerin/planta (dalam setengah sudu besar)
- Garam (sedikit)
- 1biji telur
- Air untuk membancuh

Bahan untuk inti :
- Isi ayam/daging (boleh guna isi ayam/daging kisar)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serbuk kari (sedikit)
- Sedikit garam
- Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan :
- Daun sup
- Cili masak merah (kalau nak cantik berseri)

Ni bahan yang kita gunakan tadi. Elok gebu je kuihnya. Tak liat pun. So, siapa nak try boleh la. Next kita nak buat cara manis pulak la.. Kalau ada jamuan ke, dah boleh sumbang kuih ni. 😁😁

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

Sponsor

Comments