Showing posts with label Butik Lanafira. Show all posts
Showing posts with label Butik Lanafira. Show all posts
Lanafira.Com Butik Muslimah Trendy & Terkini!
Hai..
Hari ni saya nak share sikit tentang satu butik online yang kian menerpa nama. Butik Online yang dimaksudkan ialah Lanafira.Com. Kenapa Butik Lanafira dikatakan sebagai satu Butik Online Muslimah yang trendy dan terkini?
Butik Lanafira kini mengeluarkan produk-produk yang bercirikan muslimah. Setiap busana yang dikeluarkan menepati citarasa setiap pelanggan yang menginginkan gaya muslimah dan dalam masa yang sama nampak 'up to date' dalam setiap busana yang digayakan.
Bila kita seorang muslimah, tentunya kita akan mencari butik-butik muslimah untuk mengenakan busana yang dikatakan tidak keterlaluan dari segi pandangan umum. Saya mencadangkan anda semua untuk melihat sendiri antara busana muslimah yang dikeluarkan oleh butik lanafira ini.
Pelbagai jenis blouse dikeluarkan untuk menampakkan anda lebih anggun dan bergaya. Sesuai digayakan dalam apa jua majlis. Boleh dipadankan bersama skirt ataupun seluar/palazo.
Pelbagai pilihan warna juga ditampilkan. Jadi anda tidak perlu kuatir jika majlis yang anda ingin raikan mengenakan warna tema tertentu.
Sesuai juga digayakan untuk ke pejabat. Pastinya bercirikan muslimah serta selesa digayakan.
Zaman sekarang kebanyakkan wanita suka menggayakan Kebaya Moden. Kebaya tidak lagi dikatakan sebagai pakaian dahulu kala, atau 'pakaian tinggalan zaman'. Kini, kebaya telah dimodenkan mengikut peredaran masa. Butik Lanafira juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan kebaya moden yang menjadi permintaan tinggi pada zaman ini.
Kebaya moden ini bukan sahaja sesuai digayakan untuk kemajlis keraian sahaja, malahan ada yang menjadikan ia sebagai salah satu 'Uniform kerja'..
Anda sukakan gaya santai? Apa kata anda mengenakan Long Dress dari Lanafira ni. Nampak simple, menarik dan selesa! Tentunya keselesaan menjadi pilihan utama apabila kita mengenakan sesuatu busana itu.
Siapa suka berpeplum? Jangan tak tahu, Lanafira juga ada mengeluarkan Peplum Moden tau. Rugi sangat la siapa yang tak terjah website Lanafira Boutique ni tau! Saya dah terjah, memang cantik-cantik baju yang dihasilkan.. Kalau kawan-kawan baru pertama kali tahu tentang kewujudan Butik Lanafira ni, apa kata kali ni cuba buat pembelian dari situ. Sesekali kena la tukar selera kan!
Agak-agak macam mana? Korang rasa menarik tak butik Lanafira ni? Pada saya menarik. Ada la yang saya berkenan juga di butik lanafira ni. Kalau korang nak terjah lebih lagi, saya sertakan detailsnya ya.
Website : www.lanafira.com
Facebook : https://www.facebook.com/lanafiraofficial
Instagram : https://www.instagram.com/lanafiraofficial
Sedikit TIPS dari Butik Lanafira yang saya suka!
Yakini Diri Anda!
Jika anda memiliki pakaian dengan gaya terkini sekalipun tetapi anda tiada keyakinan semasa memakainya, anda tidak akan kelihatan menyerlah.
Jadi, anda perlu sentiasa yakin yang apa yang anda pakai sangat bersesuaian dengan bentuk tubuh dan juga tona kulit anda. Pakaian yang sesuai akan menyerlahkan lagi keterampilan diri anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons