Showing posts with label Bisnes Cik Mimi. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Cik Mimi. Show all posts
Hai Assalammualaikum readers..
Rasa macam dah lama sangat cik mimi ni tak update blog. Bukan saja saja. Tapi rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu. Nak pulak sibuk dengan pelbagai kerja dekat rumah.
Siapa kata duduk rumah boleh goyang kaki semata? Maybe orang lain merasa macam tu. Tapi tidak cik mimi..
Harini nak cerita pasal salah satu bisnes yang cik mimi ada buat.
Siapa perasan post entri sebelum ni?
Ye gambar burger tu..
Yang tu salah satu bisnes kecil-kecilan cik mimi dirumah..
Sebelah malam cik mimi niaga burger. Selain burger biasa, burger ala zinger kepsi tu pun cik mimi niagakan.
Alhamdulillah.. ada sambutan walaupun sambutan sekarang ni tak sehebat masa PKP haritu.
Masa PKP haritu, merasa juga la 60biji terjual sehari, 70biji terjual sehari. Itu pun sebab orang kem lagi lagi budak kursus tak boleh keluar sembarangankan.. Tapi kalau ditanya macam mana penatnya tu, usah dikata. 😅
Sometimes masa tu lari sejam dari sepatutnya siap. Memang rasa nak menangis. Nak pulak, kita dah turun dapur awal tuk persediaan bahan dan masak. Menggigil tau badan tengok jap dah pukul 5petang. Jap dah pukul 6 pulak. Allahu..
Tapi orang kata ni la Kenangan berniaga kan.
Ada masa kita diatas. Ada masa kita ni dibawah.
Macam sekarang ni, niaga still on. Cuma banyak tak banyak je la order yang masuk kan..
Bila time lebih tu, syukur Alhamdulillah..
Kalau time sikit tu, tetap juga rezeki. 🤗
Kedai Runcit Acik Mimi
Hai readers.. Assalamualaikum,
Acik mimi tengah semangat nak update blog ni. Maklumlah tengah free sikit harini. Walaupun tak berapa nak free sangat la kan..
Ewah tajuk tu kan.. macam dapat bukak kedai beso je bunyiknya kan..
Takpe la.. acik mimi ni mulakan dengan angan-angan dulu. Dari situ baru boleh tercapai impian kan?
Ye dok?
Erm.. kisahnya sebelum ni kan acik mimi ni niaga eskrem je.
Pastu mikir jugak. Kot budak budak jemu nak beli eskrem je.
Macam nak buat something je yang lain.
Tadaaaa..
Maka muncul la kedai runcit jajan acik mimi ni haaaaa..
Stok jajan ni gigih la acik mimi cari kat shopee. Alhamdulillah ada 2-3 seller yang harga okay pada acik mimi ni. Sebab kat Mersing ni takde pemborong.
Beli pun hat yang okay. Tak beli makanan pelik pelik. Yang biasa anak anak pun makan kan..
Acik mimi bukan nak caras kedai hat ada ye. Haha..
Tidak sama sekali.
Tapi nak bagi budak budak senang je.
Takde la acik mimi ni jual meriah sangat pun.
Maklum la..
Bermula dengan modal kecik kecik je.
Alhamdulillah, dah 4x juga kot topup stok jajan ni.
Alhamdulillah..
Rezeki niaga ni muncul dekat Mersing kan..
Moga berterusan cik mimi diberikan rezeki yang lebih tuk bantu anak anak kem Iskandar ni.
Acik mimi jual pun dengan harga mampu milik. Tak bererti acik mimi main up harga je tau. Sebab mikir nak seronok seronok je sebenarnya..
🤗
Doakan acik mimi sentiasa dimurahkan rezeki ye. Boleh niaga macam macam. Maklumlah, impian nak ada kedai runcit sendiri gitu. Hikhikhik
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons