Showing posts with label Barang Basah. Show all posts
Showing posts with label Barang Basah. Show all posts
Pasar Segar Bandar Mersing | Hari Rabu lepas ada keluar ke pekan. Rasanya keluar sebab nak beli barang sikit, then ddy dorang nak beli stok minyak. Untuk motor. Kitaorang keluar waktu petang, bila keluar waktu petang, sempat la jelajah sana sini. Kalau keluar waktu malam, pandangan pun terhad,kan.
Masa pusing pusing tu, kitorang cari Pasar Segar. Sebab plannya hari sabtu pagi nak beli stok ikan udang kan. Tak kan hari hari nak makan lauk ayam kan? Siapa boleh hadap lauk macam tu kan.
So, berpandukan kawan kawan bagitahu, pasar ni dekat dengan Station Bus, so kitorang musing musing la cari. Supaya hari sabtu tu tak buang masa kan. So mudah je rupanya.
Hari sabtu kitorang terjah pasar. Tapi kita naik blur sebab jarang betul nak beli ikan kat pasar. Haha.. Kalau dulu dekat gemas, biasa beli kat TF je. Tak pun, bila balik Melaka, mil pergi pasar dia beli kan siap siap stok untuk kitorang sekali. So masa pergi pasar ni kitorang kena survey harga dulu la. Tak kan nak main terjah beli kan?
So haritu kitaorang beli 3 jenis barang basah je. Taknak beli banyak banyak. Taknak simpan stok sampai tak termakan. Untuk ikan ni, rasanya ikan sardin. Beli setengah kilo je. Dalam 10ekor. Harganya RM12
Untuk sotong ni pula, ambil setengah kilo juga. Size sedang sedang saja. Tak sure dalam berapa ekor. Rm7 sahaja. Boleh la kan?
Udang pun ambil setengah kilo. Dapat la dalam RM15. Dalam 34ekor. Banyak juga daapt size besar. Tapi bukan la size besar giler tau. Hehehe..
Tapi size sedap dimakan la gitu. Puas la makan.
Erm.. Agak-agak murah ke mahal??
Maklum la, tak biasa beli dari pasar,kan. Haha
Tapi yang penting ianya memang Fresh. Maklumlah, jeti sebelah je kan dengan pasar. Selain dari beli ikan, ada juga beli sayur sikit. Alang alang tengok sayur elok cantik, geram pulak tak beli. Maklumlah, sayur kat pasaraya semua dah lembik lecur kan.
Next kita borong apa pulak ekkk?
Macam nak makan ketam laa..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons