Showing posts with label Barang Baby/Barang Anak. Show all posts
Showing posts with label Barang Baby/Barang Anak. Show all posts

Friday, 17 October 2014

Sample Drypers

10:35 am 14 Comments
Assalamualaikum… Selamat sejahtera..

Sejak ada Zahra ni, kalau nak update blog kena sepantas kilat. Karang kalau dia dah bangun, nak kena godek-godek dia. Jadi blog harus diketepikan dulu..

Anak didahulukan.. blog diketepi kan.. *sekejap* hehe

Ni cerita 2minggu lepas barangkali. Maklumlah, sejak ada Zahra, segala cerita yang nak dikongsi harus di pending-pending. Biasalah dah jadi mak orang ni kan..

Pampers ni dapat tak ingat sebab apa. Haha!.. rasanya haritu dapat email. Minta jawab survey rasanya.. pastu dah jawab, takde la fikir akan dapat benda alah ni.

Tuesday, 14 October 2014

Hadiah Dari Hospital

2:00 pm 16 Comments
Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Blog ni kan diari digital. Jadi setiap apa yang terjadi tentu juga kita nak share kan? Tentu kita nak catatkan? Supaya nanti semua kenangan ni kita dapat tengok balik bila akan datang.. haaa, gitu..

Ni hadiah buat Zahra masa lepas lahir.. gift macam ni rasanya semua hospital dapat kut. Rasanya la.. mungkin berbeza dari segi isi kandungan kut, kan..kan?

Biasalah mummy baru ni.. kejakunan dia lain sikit. Haha!..

Gift ni nurse bagi masa kat labour room lagi.. masa dorang nak tolak saya masuk ke wad balik, time tu dorang bagi gift ni.. dorang letak kat trolly baby.. hihi..


apa yang ada dalam beg plastik ni?? jom tengok..

Tuesday, 23 September 2014

Sample Free Mamy Poko

11:30 am 9 Comments
assalamualaikum..

*entry autopublish*

ni rezeki untuk anak mama pula.. hehe.. saya terajin pula isi itu dan ini.. ada baiknya juga kita dapatkan sample sesuatu produk tu kan? sekurang-kurangnya kita tahu hasilnya macam mana..


ada yang berminat nak dapatkan sample produk mamy poko ni? sila la terjah sini ye.. >> Sample Free Mamy Poko <<

Thursday, 28 August 2014

Keperluan Baby Baru

9:03 am 46 Comments
Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua..

Pagi ni saya just nak share antara barang keperluan baby yang baru lahir. Senang kata baby first macam saya ni la.. senang bila buat list kan.. Nanti akan datang senang nak rujuk. Ni pun list yang orang bagi pada saya, yang saya rujuk dari mana-mana blog (minta halal ye) dan juga PaMa.




If ada yang saya tertinggal ke, inform la ye kut-kut benda tu penting tapi saya tak perasan. Maklumlah, first baby kan. Macam baju memang saya tak beli banyak pun. Setakat ni ada 7pasang je. Tunggu nak scan kat ipoh minggu ni hope dapat la nampak jantina baby. Adakah sama dengan yang HTD bagitahu ke tidak.

Pastu kalau dah sure, baru tambah. Bukan tak nak beli yang unisex. Kang keluar perempuan, banyak pula pakai baju tshirt je.. hehehe.. nampak tak cun pula kan.. :P
Kang asik beli kaler biru, hijau, putih, tup tup girl, takde pula baju pink-pink kan.. haha.. (pada hakikat mama awak kureng ngan kaler pink2 nak oii)



Macam mandian, bedak tu saya ambik pek travel je. Sebab kecik comel je kan. Senang nak bawa sana sini. Lagipun kita tak tahu baby nanti alah ke tak dengan benda tu. So nak selamat, saya ambik pek travel dulu. Kalau habis kita beli hat lain pula kan.. J


Ok la.. setakat ni je la dulu ye.. nanti saya share yang lain pula ye.. ^_*

Maaf kalau ada terkurang ye. list yang korang boleh rujuk dari segi perkara la.. macam bilangan tu sebab saya nak tahu berapa kuantiti yang saya ada.. tu je.. ^_*
Yang mana kosong tu, maknanya memang saya tak beli lagi la..

Tuesday, 26 August 2014

Sample Pampers Free

9:30 am 40 Comments
assalamualaikum..

ni cerita sebulan lepas juga. malas betul kan nak update awal-awal. yang ni tak update awal pun sebab barang ni sampai kat ipoh. raya haritu minta adik bawakan masa balik kampung.
tetiba bulan puasa haritu terlebih rajin. hihi..

isi form mana-mana yang boleh tuk dapatkan sample free.. hehehe.. dah nama pun free kan.. siapa yang tak nak. betul tak?


dapat 2 pek pampers baby. 1 pek tu ada 4. boleh la kan buat tambah-tambah. sambil tu kita gunakan nanti kita tahu ketahanannya macam mana. pihak dorang pun minta bagi feedback balik. tunggu baby i keluar dulu ye.. baru dapat bagi feedback.. hihi

pastu bila kita sign up, dapat beg comel ni tau..


comel je beg ladybird ni. kecik je begnya. jadilah kan.. 

kalau ada mummy-mummy yang nak sample ni, sila la terjah sini >> http://www.drypers.com.my << ye.. 

^_^

Wednesday, 23 July 2014

Persiapan Baby

12:00 pm 23 Comments
Assalamualaikum..

Haritu masa shopping barang baby tak beli pun beg baby. Sebabnya mahal sesangat. Masa tu tengok kat AEON Melaka. So cakap kat en.suami hold dulu la. Cari kemudian.

Kebetulan hari ahad lepas kan saya cari baju tuk pakai raya. Pastu singgah masuk Pasaraya TF jap. Saja nak cari barang sikit. Tergerak hati nak pergi bahagian baby. Cadangannya nak tengok tilam baby, sekali lain yang dibeleknya. Biasa la tu kan..haha

Terperasan pula ada beg baby. Kebetulan tak beli lagi. Pastu beg baby yang ada kat TF ni murah. Rm29.90 je okeh. Brand Pureen. Haritu tengok kat AEON beg yang sama besar macam tu dalam Rm50++. Nasib la tak kalut nak beli juga. Kalau tak, confirm menyesal buang duit camtu je.

Kat sini mana ada expo baby. So kena la survey mana-mana yang ada bahagian baby.



Ukuran beg ni 18cm x 43cm x 32cm. Berbaloi beli. Dah la besar. Murah pula tu. So beg baby dah standby dah. Disebabkan beg ni besar, saya masuk je semua barang baby yang ada dalam 1 beg tu. Kut-kut nanti dapat beg kecik sikit, boleh la asingkan barang tuk bawak ke hospital.


Beg baby dah ready. Beg mummy awak langung tak ready lagi. Nurse dah bagitahu suh buat persiapan. insyaAllah akan buat slow-slow sampai masanya.. J

Wednesday, 16 July 2014

Hadiah Barut Baby

6:32 am 17 Comments
Assalamualaikum..


Bukan nak tayang perut sebenarnya.. Cuma entry ni sebagai tanda terima kasih pada seseorang yang dah beri barut baby ni tuk baby saya..

Hadiah dari seorang rakan blogger juga yang masih menanti cahaya matanya sendiri.. 
Semoga beliau akan dimurahkan rezeki dengan zuriat yang sentiasa dinanti..

Amin..

Monday, 30 June 2014

Shopping Barang Baby [Part 2]

1:09 pm 19 Comments
Assalamualaikum..

Salam isnin.. salam 2 ramadhan buat semua..

Cerita hari jumaat lepas. En.suami ambik cuti. Kebetulan ada hal penting pun nak diselesaikan di Melaka. Jadi dah settle hal tu, makanya jom kita shopping barang baby.. J

Setakat ni beli ikut dalam list. Tapi banyak lagi yang tak cari lagi. Beli mana yang penting-penting dulu. Macam blur juga nak cari barang baby ni. hehe.. maklumlah, first time kan. Pening juga nak beli baju baby ni.

En.suami kata ambik je yang newborn. So beli saiz newborn. Tapi ada juga ambik yang saiz besar sikit. Sebab tak tahu baby nanti lahir besar mana. Tapi yang saiz newborn tu taklah ambik banyak pun.

Sebab tahu baby nanti cepat membesarkan. Setakat ni baju yang ada pun tak sampai 10 pasang lagi. Sebab tak nak beli banyak sebab tak tahu baby muat ke tak kalau beli saiz newborn tu. Rasa macam kecik pun ada kan. Atau mummy-mummy yang dah ada pengalaman tu, boleh tolong saya tak? Suggestkan saiz baju yang perlu dibeli untuk permulaan ni?..

Pastu yang kedua sebab tak tahu baby lelaki ke ppuan. Jadinya beli la sikit dulu. Nanti dah tahu gender, kalau ada rezeki masa scan kat HTD nanti boleh la tambah koleksi baju baby lagi kan..

Shopping sikit-sikit dulu. Kena la shopping berhemah. Kalau ikut rasa hati memang la nak borong je kan sebab geram tengok barang baby ni comel-comel. Hehe..


start pregnant sampai la sekarang ni, beli apa pun mesti warna biru, hijau.. kalau pink-pink ke, merah ke, kurang. tak tahu la napa. hehe.. sampai kan peralatan umah pun sama. shopping barang pun sama. tak terfikir nak pilih kaler pink-pink pun. hehe.. cuma towel baby tu je ambik kaler pink merah. sebab nak ada seri kunonnya.. hehe..





Tuesday, 27 May 2014

Intro - Shopping Barang Baby

9:00 am 7 Comments
Assalamualaikum.. hai semua..

Hari sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.

2hari berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.

Sambil jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena gerak balik.

En.suami cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya kalau nak shopping. Hehe

Pastu dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.

Kebetulan pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby boy je dalam perut ni. hihi



So beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli, barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas gian jap sebab dah tak sabar nak beli.

So, next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia hold dulu pun takpe.

Ya Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela, baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?

Disebabkan haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa macam nak check kat klinik je.

Pastu ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri lama. Rasa nak pitam.

Lepas ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak nak shopping raya. Huhuhu..

Okay la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So, happy shopping uollss.. ;)

Sponsor

Comments