Showing posts with label Ayam Buttermilk. Show all posts
Showing posts with label Ayam Buttermilk. Show all posts

Wednesday, 18 September 2019

Resepi | Ayam Buttermilk

12:35 pm 12 Comments
Hai readers! Happy Lunch semua..
Sekian lama orang dah merasa Ayam Buttermilk, Cik Mimi baru hegeh hegeh nak buat? 
Ohoiii..
Dulu tak buat sebab pikir renyah. Alaaaa biasa la, time ayam buttermilk ni muncul cik mimi dalam Fasa tak reti masak. 🤣🤣🤣🤣
Sebab dok kerja kan. Balik makan aje apa yang mak dah masak.

Bila dah kawen, ntah awat la tak terpikir nak cuba buat. Maybe pikir bahan dia macam mahal je kot.
Erm.. Ntah la. Tak boleh nak ingat balik why dulu tak try buat. 🤔🤔


Baru ni terbayangkan Ayam Buttermilk. Disebabkan kebetulan susu cair pun ada dalam peti sejuk tu, so buat je la. Walaupun ada bahan tak complete. Janji sedap ditekak❗ Haaaa, gitu..
Tawakal je sebab masa nak masak tu anak buat hal, Bergaduh nak makan aiskrim. Time mama dia excited nak masak resepi baru, time tu nak gado. 🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

Cik Mimi share resepi kat sini ye. Tapi resepi cik mimi ni ada yang ikut kepala sendiri walaupun rujuk resepi orang. 😄😄😄

Bahan Bahan :
- Isi Ayam (kalau nak guna bahagian ada tulang tu terpulanglah. Janji potong kecik kecik)

- Tepung (untuk goreng ayam. Cik mimi bedal pakai tepung gorwng bestari)

- Susu Cair (guna dalam setengah tin kut gitu. Bergantung pada banyak mana masakan tu)

- Daun Kari (tak bubuh sebab takde dekat rumah)

- Serbuk Kari (tak perlu pun sebenarnya. Tapi Cik Mimi letak sikit sebagai ganti daun kari)

- Planta/Marjerin/Butter (ikut la yang ada kat umah korang ye. Ni untuk menumis)

- Bawang Putih/ Bawang Merah (dihiris untuk menumis)

- Cili Merah/Cili Api (terpulang untuk kepedasan korang) 

- Garam (bubuh la sikit kalau korang rasa tak cukup masin lagi)

Cara-caranya : 
- Ayam potong kecik kecik. Basuh bersih, then gaulkan dengan tepung. Goreng garing la ye nak sedap.

- Panaskan planta, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari sampai naik bau. Kalau takde daun kari, takpe. Abaikan

- Masukkan serbuk kari sikit, kalau nak ada rasa kari. Taknak bubuh terpulang. Hehe

- Masukkan susu cair. Terpulang nak letak banyak mana. Setengah tin susu pun boleh. Sebab nanti bila sejuk sikit, kuah tu akan pekat.

- Masukkan garam kalau belum masin. Dan cili sebagai hiasan atau nak bagi lagi pedas.

Settle.

2 menu yang complete!

Sponsor

Comments