Showing posts with label Asam Pedas Gaya Melaka. Show all posts
Showing posts with label Asam Pedas Gaya Melaka. Show all posts
Hi, assalamualaikum.. Ya Allah, berhari hari pending entri. Walhal draf dah. Kisahnyaa..
Haritu share gambar asam pedas ni di group masakan. Tak sangka banyak juga respon. Ada yang nak kan resepi. Jadi harini saya share la ye disini. Senang bila ada yang search di Carian Google.
Resepi Asam Pedas Ala Melaka.
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Air Asam Jawa
Air kosong (kalau terlalu pekat)
Cili Giling/Blender
Sedikit Garam
Ikan (terpulanglah nak bubuh ikan apa pun)
Bendi
Bunga kantan (atas pilihan)
Daun kesum ( atas Pilihan)
Bahan untuk memekatkan - Halba
Tapi jangan bubuh terlalu banyak.
Caranya :
1. Blender bawang putih + bawang merah + halia
2. Tumiskan sehingga naik bau atau sedikit garing.
3. Masukkan cili blender. Tumiskan sehingga naik bau atau sedikit garing (pecah minyak)
4. Masukkan air asam jawa. (Banyak mana asam tu, agak-agak la ye) kalau terlebih pekat, bubuh air kosong biasa sikit.
5. Masukkan halba sedikit. Kalau masak sikit masukkan macam bubuh garam tu je. Jangan banyak sangat.
6. Kalau ada bendi, masukkan bendi. Ada bunga kantan/daun kesum masukkan sekali.
7. Bila menggelegak sikit, masukkan ikan & perasakan dengan garam.
8. Siap.
Nota :
1. Ikan tak perlu masak terlalu lama ye. Risau nanti hancur isi nya.
2. Sesetengah orang bubuh lada hitam sedikit.

Hi, assalamualaikum.
Asik tertangguh je nak taip bagi habis. Taip sikit draf. Taip sikit, draf. Okay la, harini nak cerita pasal masakan la pulak. Lama dah tak bebel pasal masak memasak ni kan.Errkk.. boleh ke buat tajuk macam tu? Haha..
Macam gempak jeee kan cara masakan tu. Kita takde la terror dalam masakan pun. Tapi boleh la, dalam tak reti tu, boleh lagi la buat anak & suami kekenyangan.
Asam Pedas Gaya Masakan Melaka.
Saja la nak share pasal Asam Pedas. Cerita pasal asam pedas la dalam entri kali ni ye. Actually, lepas kawen pernah la try buat asam pedas. Tapi macam 'gagal' je. Hehehe.. 2x jugak la buat. Macam tak menjadi. Diri sendiri nak makan pun macam takde feel. 😅
Masa sebelum kawen selalu je tolong mak buat asam pedas. Tapi yela, tolong tolong je la pun. Bukan dari air tangan sendiri yang buat dari mula hingga ke akhirnya.
So bila dah kawen, dari mula sedia bahan, sampai ke memasak, rasa macam lain je. Paling tidak mesti salahkan cili giling. Sebab selalu pakai cili giling beli je. Selalu cakap, kenapa la warna dia tak merah sama macam mak buat.
Pastu, adik ipar (adik ddy Zara Zhareef) suka masak asam pedas. Kita suka asam pedas dia buat. Sedap. Pekat. Suka yang tak tahannya pedas je la. Kita kan tak tahan pedas. Hehe..
Pastu belajar la dengan dia. Berguru dengan mak sendiri tak menjadi,kan asam pedasnya.
So tanya la dia, apa yang dia bubuh dalam asam pedas dia bg kuah pekat tu.
So, bila dah tanya, dapatlah tahu bahan lain yang dia bubuh.
Nak tahu apa?
"Halba"..
Oohh.. halba rupanya tuk memekatkan kuah dia. Huhuhu..
So, dengan keyakinan yang tinggi gitu, satu hari tu teringin la sangat nak makan asam pedas. So keluarkan je la ikan yang ada dalam freezer. Haha.. Tak tahu la ikan apa. Sebab beli ikan dengan mil di Melaka. Dia siang ikan dia, dia siangkan sekali ikan tuk kitorng. So memang keluarkan tuk masak je la. Sebab dah pack 1-1 plastik.
Pastu ais dah habis masa nak masak tu tengok tengok ikan siakap. Blurr jap. Boleh ke ikan siakap masak asam pedas???? Bukan selalu siakap masak 3 rasa atau stimkan ye?? Dek kerana teringinkan asam pedas, bedal la jugak. Haha.. sorry ye, kita bukan penggemar asam pedas. So tak berapa tahu sangat ikan apa yang sesuai. Tapi lepas ni dah tahu kut sebab dah tersuka asam pedas dah. Heehe
Untuk kali pertama buat asam pedas ikan siakap adalah seperti dibawah. ⬇
Mula mula buat togel gitu je lauknya. Ikan dan kuah semata. Sebab bendi takde dalam stok .
Hat gambar kedua tu setelah diolah pada malam hari kejadian. Petang tu kebetulan keluar pergi barang dapur. So cari bendi. Malam tu, panaskan kuah balik, keluarkan ikannya dahulu sebab taknak isinya hancur. So masakkan bendi dengan kuahnya. Alhamdulillah. Nampak lengkap je bila dah ada bendi.
Gambar ketiga ni pulak masakan hari isnin (11.12.2017)
Kebetulan ada beli bunga kantan, bendi pun ada. Dikuahkan menjadi asam pedas juga. Gunakan ikan kembung pulak.
Setakat ni berjaya buat asam pedas macam adik ipar masak. Yeayy.. ddy zara makan pun takde pulak complain apa apa. Means berjaya la tu. Hehehe..
Tukang masak : Ddy zara request, nak beli ikan pari suruh masak asam pedas macam tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons