Showing posts with label Apam Nasi Mudah Dan Senang. Show all posts
Showing posts with label Apam Nasi Mudah Dan Senang. Show all posts
Apam Nasi Mudah Dan Senang
Sedap apamnya. Orang kata boleh la nak jadikan minum petang. Tapi macam kita, anak-anak kurang sikit dengan apam ni. Makan sikit dah takmau. Dia macam pelik pulak, walhal sedap sangat. Rasa macam apam biasa tu juga. Cuma kali ni guna nasi. Elok la nasi yang tak habis tu, kita modified kan jadi sesuatu kan? Tak la membazir.
Untuk bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 paket kecil mauripan/yis
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender.
Blend kan kasi nasi nampak hancur
Kemudian perapkan dalam 1-2jam, biarkan mauripan /yis tu bertindak.
Kemudian kukus. Antara 15-30 minit
Nanti bila nak kukus, pastikan bekas untuk isi bahan tadi tu disapu dengan minyak dulu ye. takut nanti melekat tak boleh nak keluarkan.
Siap. Selamat mencuba!
Nota : Resepi ni kita jumpa dari facebook. Dan panjangkan perkongsian disini. Terima kasih buat empunya resepi kerana berkongsi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons