Showing posts with label 51RAD Gemas. Show all posts
Showing posts with label 51RAD Gemas. Show all posts
Throwback 14 Julai 2018 | Bakat Terakhir Di Unit 51RAD | Untuk kenangan sendiri. Tersimpan rapi dalam blog ni. Tarikh tu, last la bakat yang saya dapat join di unit 51Rad, Kem Syed Sirajuddin Gemas.
Bagi saya la, pernah merasa Bakat ni di unit 11Armor dan 51Rad.. Dan yang rasa best tentunya di Unit 51Rad. Tak tahu kenapa. Tapi memang rasa best. Tak rasa terbeban pun Bakat yang diadakan. Macam 11Armor dulu, kerap sangat bakatnya. Rasa macam tak syok la pulak. Biar jarang jarang ada. Seronok orang nak pergi, tak gitu?
Masa hari last join bakat ni, tak sangka pula dorang ada bagi penghargaan pada mereka yang pencen, yang berpindah keluar (posting) dan juga mereka yang berhenti dari perkhidmatan.
Rasa terharu sangat. Rasa macam dihargai disitu kan. Bagus buat majlis penghargaan macam tu. Baru la orang rasa seronok. Setiap kali Bakat dapat hadir. Dan bila berpindah keluar, diberi sedikit cenderahati.
Apa apa pun, unit 51RAD in the best in my memories.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons