Showing posts with label #Percutian2018DiIpoh. Show all posts
Showing posts with label #Percutian2018DiIpoh. Show all posts

Monday, 10 December 2018

Jauh Perjalanan, Luas Permandangan.

5:15 pm 22 Comments
Hai readers. Selamat petang..
Dah lewat petang baru dapat update blog. Pagi tadi menaip dah sikit. Tapi tak larat nak habiskan. Kepala sakit berdenyut-denyut. So petang ni kita settlekan update entri ni ehh..

Ni nak habiskan cerita pasal percutian kat ipoh haritu. Ehhhh dah kat sebulan baru nak habiskan cerita ke??

Maklumlah, nak mengarang ni kena perlukan modal idea. Perlukan masa. Tak seronok kalau main cerita je, tapi bila baca balik, macam takde 'feel' je. So harini, kira last entry pasal #Percutian2018DiIpoh ye. Kemain entri panjang lebar kan. Hehe

Orang kata, jauh perjalanan kita, maka makin luaslah permandangan kita. Betul tak?
Erm.. Macam kita ni, dulu duduk gemas, kalau nak balik ke Ipoh dalam 6jam dah sampai. Itu kalau jalan elok clear. Tak jem gitu.
Tapi kalau jem, pernah merasa 8jam la gitu. Masa tu tunggu hari nak bersalinkan zhareef. Mujurlah zhareef takde bagi hint nak keluar. Haha..

Bila dah berpindah ke Mersing ni, perjalanan makan masa 10jam. Itu pun kalau tak jem. Haritu kami sekeluarga gerak jam 7.15pagi dari rumah. Dan sampai Ipoh jam 4.30 la macam tu rasanya. 

Penat?

Tentunya. Walaupun hanya duduk sebelah. Walaupun dapat berhenti rehat di RnR sekalipun, penat tetap terasa!

Sebenarnya, bila start kata nak balik ke Ipoh, satu benda yang kita suka tengok adalah permandangan. Lagi lagi bila dah masuk highway. Seronok tu lain. Yela, mood balik kampung is ON kan.


Tapi paling best bila dah sampai ke Pusat Bandaraya. Suka tengok keindahan bangunan yang megah berdiri. Terasa kagum. Terasa makin berkobar kobar nak sampai ke rumah mak abah. 
Tapi kalau diberi pilihan untuk pindah ke bandaraya besar tu, rasanya macam taknak. Sebab kesibukkan kota. Tapi seandainya kena juga berpindah tanpa ada pilihan lain, kena juga ikut la kan. 


Sebenarnya seronok sangat bila perjalanan balik ke kampung tempuh pusat bandaraya ni. (Kuala Lumpur) Dapat tengok kesibukan kota sekali sekala kan. Tapi sebab lalu atas highway, jarang la jem. Sebab kitorg kalau balik, tak pernah la balik time perayaan. Kena balik time hari bekerja. Sementara zara belum bersekolah, boleh la balik. Nanti zara dah sekolah, kena juga plan balik time cuti sekolah. 


Lagi satu bila lalu pusat bandaraya ni kan, kita suka perhatikan awan. Indahnyaaaa.. 
Lagi lagi nampak luas je. Seronok tengok. Keindahan ciptaan Allah kan. Bila bergerak awal pagi dari Ipoh, akan nampak kabus yang tebal. SubhanaAllah.. Terlalu indah.. 

Benarlah kata pepatah..
Jauh perjalanan.. Luas pemandangan..

Thursday, 6 December 2018

PUAS Bila Apa Yang Diinginkan Boleh Dapat!

8:12 am 27 Comments
Hai readers, morning..
Harini kita rajin nak menaip banyak kat blog ni. Seronok membebel kat blog. Hanya mereka yang bergelar blogger je yang tahu.
Kadang tu hal biasa-biasa je pun. Tapi syok nak share. 
Kadang tu rasa macam perlu jugak kecohkan kat blog sendiri. Haaa, gituuu..

Sebenarnya kisah kita balik bercuti kat ipoh tu tak habis lagi wak.. Kita nak share gak la walaupun ceritanya tak penting mana. Sebab tu je cara nak bebel bebel bagitahu kengkawan, syoknya balik kampung. Haha..
Maklumlah, balik kampung setahun sekali. So agak kejakunan la sikit kan.

Orang kata, bila balik berkumpul anak beranak ni mak ayah memang la paling happy kan? Macam macam la dorang nak tamu anak makan gitu. Kadang tu pikir balik, anak yang balik la belanja mak ayah makan. Ni kadang terbalik. Mak ayah belanja anak anak makan. Haha..

Macam haritu masa balik Ipoh bulan 11. Kebetulan adik yang tentera tu balik jugak. Dapat cuti habis Operasi 3bulan. Takdir Allah, dapat kitaorang berkumpul lengkap 4beradik dengan ipar duai. Bila dah ramai ramai mak akan tanya la.. "korang nak makan apa"?

And me "akak nak makan Laksa mak buat"


Actually, kita tak pernah masak laksa sendiri. 
Why?

Sebab ddy dorang tak suka laksa. Anak anak pun kalau makan mesti makan mee laksa dengan telur rebus je. So mak dia takde geng makan.

Bila dah balik ipoh tu, geng makan laksa ramai oiii.. Adik, adik ipar, mak, and me opkos dah buat rasa berselera bila makan beramai ramai kan? 
Tu yang syok tu. Kadang tu dah makan banyak dah. Satgi kang geng makan lagi lepas 2jam macam tu, kita pun ikut menambah lagi. Hehehe..

Cakoi!



Hat ni favouriteeeeeee sangat okeh! Nak-nak dengan kuah kaya dia tu.. Marvelousss sangat. 
Satu petang tu macam hujan. Hujan renyai. Tapi macam lebat jugak la. Tiba-tiba abah start motor keluar. Cuak dan risau. Sebab menonong je keluar tak bagitahu nak kemana.

Tak lama tu abah balik dengan bag plastik.


Abah cakap kat cucunya..
"ni makan cakoi ni zhareef"..


Ni bukan cucu yang happy sebab dapat macam cakoi favouriteeeee.. Tapi anak dia yang ke'happy'an okay. Kat mersing tak tahu ada orang jual ke tak. Nanti nak cari la. 

Minum petang ramai-ramai sambil menikmati cakoi.. Tahu tak nikmat tu macam mana.. Duduk semeja beramai-ramai. Itulah moment yang sangat bermakna.

Tapi sayangnyaaaa.. Takde gambar kenangan la pulak. Next time bila balik. Boleh la bergambar kenangan kan.. In shaa Allah. 

Kek Masam Manis.


Mak buat pertama kali ikut resepi baru dari buku yang adik beli. Simple resepinya. Tapi kita lupa pulak nak ambik resepinya tuk try buat sendiri. 

Mak buat untuk bekalkan pada adik ipar. Kiranya buahtangan untuk besannya. Sebab adik ipar nak balik ke rumah maknya. Buat 2 bekas. 1 bekas untuk makan sendiri. 
Zara suka pulak. Then makan ramai-ramai jadi tak cukup pulak. 


Esoknya demi cucu, mak repeat buat lagi. Cuma buat berwarna warni sikit. Nikmatnya bila balik rumah mak. Makanan yang simple-simple ni bila dimakan beramai-ramai terasa begitu nikmatkan?

Itulah yang dikatakan nikmat kekeluargaan. 💕

Monday, 26 November 2018

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

7:03 am 27 Comments

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.


Hai readers.
Harini kita habiskan share pasal percutian kat ipoh tu eh. Bukanlah satu percutian yang mewah pun. Tapi terasa indahnya sebab dapat jumpa dengan family. Dapat jumpa semua adik beradik ipar duai dan anak sedara pertama kita. Kebetulan adik yang tentera pun dapat cuti selepas operasi. So, lengkaplah semua.
Takdir Allah kan. Sebab mula-mula kitaorang plan nak balik Ipoh bulan 10. Tertangguh dengan hal kerja sampailah ddy dorang apply cuti seminggu bulan 11 ni. 

Hari sabtu, 17 nov 2018, sehari sebelum kami semua nak gerak balik mersing, kitaorang plan nak berjalan lagi. Kebetulan elok pula cuaca cerah haritu, so boleh keluar sebelah petang. Lepas zohor, ddy dorang ajak ke Mr.Diy. Baru dibuka kat Bercham. Sebelah bank Hong Leong. Kita ni ikut je la kan. 
Walhal bukan nak membeli pun. Saja nak keluar je. Dah settle di Mr.Diy singgah pula di Tesco. Sebab nak cari barang. 


Settle di Tesco, terus menuju ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Lama betul tak ke situ. Tak tahu la dah berapa tahun. Rasa macam last pergi zara kecik lagi. Erm... Ada ke ekkk bawak zara ke situ? 🤔 Ntah la. Dah tak ingat bila lastnya ke situ.
Nak bawak pergi zoo, jauh sangat. Tak sempat dah pun. Nak bawak ke Lost World, fulus tak berapa nak masyukkk.. So bawak tengok ikan je la. Janji dorang happy kan?


Masa hari sabtu tu, ramai sangat pengunjung. Rombongan budak sekolah. Tak sure dari mana. Meriah. Ingatkan nak bawak anak-anak ke seberang sana. Tapi memikirkan ramai orang, then lambat nak menunggu turn naik bot dia tu, baik takyah la. Kita jalan-jalan sekitar tu je la. 


Kebetulan pulak hari kami pergi tu, mereka pasang air terjun. So nampak cantik la permandangan kat situ. Mungkin sebab ramai pengunjung, so itu la daya tarikan disitu pun sebenarnya. 


Kami sekadar bergambar kenangan sekitar tu je. Buat kenangan. Yela, time anak-anak masa kecik ni la kita kumpulkan kenangan sebanyak yang mungkinkan? Nanti mereka dah besar, kenangan tu je la yang paling berharga buat mereka. Then nak tunjuk dengan real binatang pada anak-anak. Kasi dorang rasa teruja. 


Kalau sesiapa nak ke sana, kalau ikut tol, kena exit tol Ipoh. Kalau susah, boleh guna Maps je. Mudah kan.. So, sesiapa yang turun Ipoh, singgah la di Gunung Lang ni. 🤗

Wednesday, 21 November 2018

Spend Time At Ipoh

5:03 pm 17 Comments

Hai readers..
Harini nak tepek lagi pasal cuti balik ipoh haritu. 
Seminggu kat ipoh rasa tak puas sebenarnya. 
Sebab masa tu macam terhad je.
Then ada masa sebelah petang je mula la hujan turun. So tak dapat nak keluar berjalan.

Haritu balik ipoh hari ahad. (11.11.2.18)
Hari isnin tu kitorang keluar juga la. Berjalan je. 
Sebenarnya niat balik ke Ipoh tu sebab nak cuba berubat secara tradisional sebab sakit kalenjar tu. Yela, kena juga berubat cara kampung orang kata kan. Kita usaha mana yang boleh. Ambil air penawar. 


Hari isnin tu ingatkan nak pergi berubat. Tapi tak jadi. Tunda dulu. So, kitorang keluar berjalan ke Tesco je. Maklumlah, duduk gemas takde tesco. Duduk mersing apatah lagi. Balik ipoh dapat cuci mata kat tesco pun dah kira best dah. 😄
Jakun pulak. Then disebabkan zhareef nak naik kuda, so lepas habis beli barang, terus bagi peluang dia naik kuda mainan ni. 


Dah puas main ddy nya tanya taknak makan ke. 
Mula-mula tu macam malas je nak pergi makan. Then bila ddy dorang tanya lagi, ajom je la pergi makan. Menu haritu sizling keteow. Dah lama tak makan sizling sampai terlupa macam mana rupa sizling. Sebab asik makan keteow kungfu je selalu kan.. Tapi rasa macam nasib tak baik je haritu kami 4beranak. Sakit perut sampai membuang la citer dia. Mujur la dah dekat rumah. 


Hari selasa, rabu dan khamis pergi berubat. Berubat cara kampung. Kita pertama kali la berubat cara kampung ni. Selalu dok tengok je kan. Kali ni buat dekat diri sendiri. Kami pergi berubat sebelah pagi masa hari rabu dan khamis tu. Hari selasa pergi berubat sebelah petang. Sebelah pagi sempatlah ke Maybank. Buat Asnb Online. Yes, akhirnya settle juga. Lepas ni senang la kalau nak simpan duit ke ASB. Boleh transfer je. Tapi kalau nak transfer limit RM100 serendahnya ya. Kalau masuk dari bank ke pejabat pos ke boleh je masukkan sikit. Macam rm50 ke..

Hari rabu tu sebelum pergi berubat sempat ke rumah adik ipar. Nak jumpa anak sedara baru. Baby Farhaan. Dah sebulan baru maklong dia dapat jumpa. Nak buat macam mana. Jauh kan. Nanti kalau jumpa lagi dah besar la dia. Boleh la main dengan zhareef dah. 

Hari khamis tu ddy dia ajak keluar lagi lepas pergi berubat. Cakap kat ddy dorang. Nak tebus voucher Padini yang ada tu. Rm10 je. Tapi tetap juga bernilai kan kalau tak digunakan. Memandangkan baju budak budak ni perlu dibeli, so, ajak ddy dorang berjalan sampai ke Aeon ST18. Jauh la sikit. Tapi berbaloi la. Puas dapat berjalan. Barang tuk budak budak ni pun dapat. 
Dan dorang pun sempat la paw mainan masa masuk ke Daiso. Zhareef macam biasa. Tambahkan koleksi lori yang ada. 


Balik dari Aeon selesaikan hal yang masih belum settle. Sebab dah suntuk masa kan. 
Ddy dorang sempat ke Koperasi Tentera ada hal perlu disettle kan. 

Lepas tu balik la ke rumah. Penat juga la berjalan seharian. Esoknya ada lagi.. Nanti la kita share ye. Saja simpan kat blog memandangkan dapat balik ipoh bukan selalu. Paling tidak setahun sekali je la.
Bila balik memang padat la setiap masa keluar berjalan ataupun settle kan hal yang tertangguh. 

Tuesday, 20 November 2018

Seminggu Bercuti Di Ipoh.

5:58 pm 21 Comments
Hai readers.


Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam..
Beberapa hari juga la mama zara tak update blog kan. Sebab kami sekeluarga bercuti balik Ipoh. 
11 nov. 2018 gerak balik Ipoh. Dari Mersing gerak keluar rumah dalam pukul 7.15pagi. Disebabkan ni pertama kali nak balik ke sana sejak berpindah ke Mersing, so kena set time yang betul. Sebab perjalanan jauh.

Seawal jam 5pagi lagi kita dah bangun. Nak settle kan saki baki kerja yang perlu diselesaikan. Basuh pinggan, kemas rumah dan buang sampah yang perlu. Mula tu target pukul 6lebih gerak. Tapi rasa macam tak dan je. So targetkan seawal jam 7 mesti bergerak. 


Pagi tu budak-budak tak mandi pun. Sebab mama dorang malas nak layan drama airmata. Buang masa. So tukarkan pampers je. Baju untuk mandi nanti dah standby dalam 1 bag yang lain. Nak mudahkan kerja. 

Perjalanan pagi tu smooth je. Kenderaan pun tak banyak lagi. Kami nak elak kenderaan terlalu banyak di Felda Nitar tu. Sebab kalau lewat, mesti lori pun banyak kan. Faham-faham je la macam mana. Memang tak lalu nak follow belakang lori. 

Bila sampai di Kluang pun, rasa selesa je perjalanan. Sebab awal pagi. Kenderaan tak banyak sebab kedai-kedai pun banyak yang belum beroperasi. So, suasana tu tak kelam kabut. Walaupun hari ahad adalah hari bekerja di kawasan Johor.


Part paling best bila nampak highway. Nampak tol. Rasa macam satu nikmat. Sebab bila dah masuk lebuhraya ni lain feelnya. Lagi-lagi sebab nak jalan jauh. Happy tu lain. Zara banyak kali la tanya, "nak balik rumah opah ke mama"?
Zara sememangnya excited sebab dekat rumah opah dia ada kawan. Nak jumpa budak yang mak ngasuh. Dia nak main sama-sama. 


Sepanjang perjalanan tu, rasanya berhenti pun dalam 4kali kot. Berhenti di Shell Kahang sebab nak ke toilet. Lepas tu hentian mana ntah lupa sebab ddy dorang nak ke toilet lagi. Berhenti di R&R Ayer Keroh. Sebab nak mandikan anak-anak. Then kami singgah makan sekali. Perut kosong. Hanya makan roti je bekalan dalam kereta. Lepas tu tak ingat ada berhenti lagi ke tak. Yang last berhenti di R&R Tapah. 


Masa di Tapah tu terus minta izin dari ddy dorang nak drive. Sebab penat asik duduk sebelah. Then nak tengok ragam zhareef bila mama dia drive jauh sikit. Alhamdulillah. Dipermudahkan sehingga sampai ke Ipoh, langsung dia tak meragam. Yang penting, kenyangkan perut dia siap-siap. 

Sampai ke Ipoh jam 4.36petang. Pertama kali merasa perjalanan yang jauh. Duduk gemas kalau balik ke Ipoh pun dalam 6jam perjalanan. Kali ni merasa 10jam. Memang rasa kematu montot. Lenguh pinggang semua ada. Alhamdulillah, sampai ke Ipoh hujan membasahi bumi. Satu nikmat yang paling berharga. Dalam keadaan penat, diberi nikmat cuaca yang sejuk. 

Selama seminggu macam macam program juga la dapat buat. Apa yang dibuat selama seminggu di Ipoh? Next entri la ye..

Sponsor

Comments