Masih Releven Ke Berblog Di Tahun 2023?

Wednesday, 25 January 2023

 Assalamualaikum & morning everyone.

Alhamdulillah, pagi ni cikmimi sempat nak menekan keyboard. Hanaa masih tidur, kakak abang nya dah bersekolah.. Terasa rindu tau nak bersembang dekat blog macam zaman dahulu.
Banyak benda boleh dikongsikan.. Berkongsi banyak cerita. Tak kisah la cerita menarik ke tak menarik. Semuanya tercoret kat blog.

Masih releven ke berblog pada tahun 2023 ni??

Korang rasa?

Kalau pada pendapat cikmimi la, masih releven je. Sebab blog ni dalam bentuk tulisan. Apa yang kita sampaikan dalam bentuk bertulis. Bila dalam bentuk bertulis, memudahkan urusan kita dalam penyampaian maklumat. 

Bukan ke kita akan search maklumat dekat google? 

So apa yang akan keluar? Tentunya perkongsian dari blog-blog kebanyakkannya kan?

Sebolehnya apa yang kita kongsikan ni biarlah memberi manfaat kepada orang lain sama. Baru rasa kita dapat membantu mereka yang lain dalam mencari maklumat.

Macam cikmimi ni bukan la sejenis manusia yang penuh ilmu penuh didada. Otak juga bukan la sehebat engine google. Tu yang perlu kongsi & cari balik maklumat di blog. hihihi..

Dulu waktu baru belajar masak, cikmimi suka kongsi resepi. hahaha
Terasa macam dah berjaya sangat dah. Padahal sebab rasa seronok boleh buat. Tapi sekarang paling laju share di instagram dulu. Baru jengah ke blog.

Antara view resepi yang paling tinggi sepanjang berblog yang cikmimi pernah dapat sebab share resepi sambal bilis kering ni. Masa ni ddy dorang la mintak tolong buatkan sebab dia nak bawak bekalan balik bertugas ke Lubnan.
Rasa macam seronok seronok je nak berkongsi resepi tu. Tapi tak sangka la boleh dapat 138336 view. Ehhh gitulah seronoknya hati seorang blogger kan. Hahaha

Kalau sekarang ni kan, nak share pape pun mikir. Kang cerita pasal anak je orang kata macam kita je la ada anak. kang cerita pasal masakan udah kata macam kita aje la yang pandai masak.. Haaaa caner tu..

Tapi cikmimi akan cuba berkongsi apa sahaja yang boleh dikongsi. Untuk tatapan diri sendiri juga sebenarnya. Orang kata selagi blog ni bernyawa, selagi tu la cikmimi akan cuba manfaatkan nya sebaik mungkin. 

Seketul hanaa safiyyah. bila la mama kita nak cerita pasal kita kat blog kan?


2 comments

  1. Semoga terus sukses di dalam dunia blogging

    ReplyDelete
  2. Bagi akak masih relevan lagi kalau kita berblog. Orang akan cati maklumat di google memang blog yang akan orang baca kan. So relevan je slagi kita share ilmu

    ReplyDelete