Ohh Petai

Wednesday, 3 August 2022

Actually kan, dah beberapa hari teringin nak makan sambal bilis + petai. Nak pergi beli kat pasar sayur depan nun, malas nak pulas stereng kereta. Jadinya hold je la dulu. 



Dah nak dijadikan rezeki, kawan blok depan ni dapat stok petai dari kampung rasanya. Dia jual pun murah. 5papan Rm5. So acik mimi ni borong la Rm10. Ikutkan nak lebih lagi. Takpe. Jangan tamak, ye dok.. 


Mata pun besar. Puas mengunyah la orang kata. Masih rangup lagi. Malam tadi lepas dapat petainya, terus la kerjakan slow slow. Masak 5papan terus. Baby hanaa pulak demam tiba tiba. Walaupun terstop stop nak kerjakan sambalnya, akhirnya siap jugak malam tadi.



Perut pulak dah berkeroncong. Terus capai telur buat telur dadar. Capai nasi, makan dengan 2 lauk tu je. Nikmat tak terkata rasanya.. 


3 comments

  1. Sedapnya sambal petai Mimie... Lama tak masak sambal petai.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer sambal petai
    Tapi petainya wak tak makan

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sambal petai. Dapat dia saja dengan nasi pun ngam dah

    ReplyDelete