Kecewa.. Tapi kita cari jalan penyelesaian. 🤷🏻‍♀️

Wednesday 3 August 2022

Assalamualaikum & selamat pagi everyone..


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos kan.. bermakna lagi 4bulan je kita akan teruskan kehidupan untuk tahun 2022. Selepas tu, bertukar la tahun.. Bertambah lagi usia muda kita semua.. 

Awal ogos dah mula dengan kekecewaan. Haihhh.. kecewa bukan kepalang je rasanya. 😌

2 hari juga la nak handle kekecewaan tu. 

Bukan 1 perkara je buat kecewa. Ada 2-3 perkara jugak la yang buat rasa kecewa tu.


Disebabkan kecewa tu tak boleh buat apa, so kita kena la cari jalan nak rawat hati yang duka lara tu. Haaaa gituu.. 


So jalan paling dekat adalah dengan cara mengemas rumah. Actually memang cik mimi runsing dengan keadaan rumah. Kalah tongkang pecah je rasa. Dok kemas gini, anak kaki sepah tang situ. 🙎💆 


Serius stress tau. Memang plan nak mengemas slow slow. Tapi tu la.. Rasa macam masa tu berjalan cepat sangat. Kemas tak cara mana, dah habih masa. Nak kena buat kerja lain. Nak masak pulak.. 


Walaupun duduk rumah, tak perlu keluar kerja, pulas stereng kereta. Tapi kerja kerja dalam rumah pun dah cukup buat pening kepala. Itu la yang mak mak kita dulu selalu bebelkan,kan..


Semalam cik mimi mengemas rumah. Mengemop ruangtamu. Settlekan dulu bahagian depan ni sebab kita ni memang banyak masa kena duduk depan kalau tak dapat duduk dapur kan.. 


Alhamdulillah bila dapat mengemas tu lega sikit perasaan. Kita ni nak keluar shopping tu memang taklah klau dah serabut otak ni. Sini pun bukan ada mall. Kalau ada mall pun, celah mana cik mimi kerja nak korek duit pergi melabur kat mall, ye dok? 


Then bila dah stress ni, kena capai lagi kerja yang boleh dibuat. Cik mimi ni sebenarnya stress kalau tak dapat pintal eskrem tau. Haaaa.. kalau orang lain nak duduk rilex, kita ni terbalik pulak. 


Kalau sebelum ni, asal isnin - jumaat memang cik mimi pulun buat. Sebab sabtu ahad ni ddy dorang ada. Kang ddy nya ajak keluar. Tak kan taknak keluar kan? So 5hari seminggu la waktu cik mimi berkerja.. 



Alhamdulillah semalam dapat topup sikit. So lega sikit. Janji dapat buat pun dah syukur..

Sebab pendapatan kita bergantung dekat situ kan. 

Nak tak nak, kita kena cuba buat.. 


Orang kata sambil tengok anak main, kita buat kerja kita. 


Alhamdulillah, harini, hari ketiga dalam bulan Ogos ni, cik mimi dah rasa tenang dan redha sikit. Malas dah nak pikir kecewa kecewa tu.. 


Kita ni 24jam kena duduk rumah jaga anak suami. So emosi nak kena dalam keadaan baik baik aje kan.. 😌

2 comments

  1. Semoga jalan penyelesaian untuk permasalahan tu smooth ye mimi....sabar...lain orang lain dugaan, surirumah lain, kami yang bekerja pun lain...doa yang baik2...sentiasa positive ok...

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkn urusan cik mimi. Saya pun stail gitu,kalau stress suka mengemas. Walaupun rumah saya mall dekat tapi kalau gi mall kena keluar duit

    ReplyDelete