Hasil Kraf Dari Tin Susu Terbuang.

Thursday 28 July 2022

Assalamualaikum & morning everyone..


Siapa kat sini rajin hasilkan kraf dari bahan buangan? Kalau cik mimi ni tak berapa nak pandai sangat + takde masa + takde idea. Maklumlah hari hari dok mintal eskrim je kan..

Tapi kali ni kena hasilkan sesuatu dari bahan terbuang tu, tiba tiba je idea cik mimi datang. Projek hasilkan kraf ni untuk zhareef hantar sekolah agama TAJ dia. 



Ikutkan ni projek ibu & anak la. Masalahnya cik mimi kalau buat kerja kraf gini memang taknak la anak kacau. Karang tak jadi rupa apa dah. 


Hari rabu malam beli bahan. Semua cari kat eco je. Mujur la eco tu banyak barang. Kut la kebetulan pergi bahan banyak takde, menung jugak nak buatnya. 


Hari khamis lepas ddy dorang keluar kerja terus on. Baby hanaa masuk walker. Bagi dia main apa apa yang boleh. Kalau bahan ada, in Shaa Allah idea pun laju datang kan?


Alhamdulillah la.. dok selingan ambik zhareef sekolah, nak masak lagi, siap juga kerjanya. Jam 3 dah siap. Hari ahad haritu zhareef pass pada cikgu. 



Harap harap la diterima baik hasil kraf dari mama Zhareef ni. Makin seronok buat. Nanti la cik mimi share kan lagi kraf dr tin susu ni ye. Kita buat design lain pulak..



Sesekali kita cabar diri buat kerja guna otak pulak kan.. kerja yang memerlukan pikiran yang tajam. 🤭🤭




Psst : orang lain lama dah buat. Kita je baru nak berjinak-jinak ni. 🤭

2 comments

  1. kerja macam ni perlukan kreativiti dan ketekunan. buat untuk anak, tapi kita pulak yang ralit. hihi

    ReplyDelete