Penyelesaian JOBJOM didedikasikan untuk mengatasi cabaran
yang dihadapi oleh ketiga-tiga pihak tersebut. JOBJOM didorong oleh sasaran
tinggi yang mengujakan untuk mencapai kadar pekerjaan 100% di Malaysia untuk
setiap employer, jobseeker dan freelancer
dalam komunitinya. Ia percaya bahawa penyelesaian onlinenya ditawarkan pada
masa yang tepat dan akan diterima baik oleh masyarakat kerana peralihan tabiat
ke online telah dipercepatkan oleh pandemik global.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pada
Januari 2022 bahawa nisbah pekerjaan kepada populasi adalah 66.2%. Statistik
yang menunjukkan keupayaan sesebuah ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan ini
boleh dipertingkatkan dan JOBJOM menyasarkan untuk menjadi pemangkin terhadap
pertumbuhan yang lebih baik.
“Pasaran pekerjaan perlu berubah!”, Encik Will Ong,
Pengarah Partnership berkata, mempercayai bahawa JOBJOM ada sesuatu untuk orang
ramai.
“Kami mencabar status
quo dengan menawarkan pilihan kepada employer,
jobseeker dan freelancer untuk keperluan mereka dan kami menantikan perjalanan
yang menarik ini,” tambah Encik Lennon Chu, Pengarah Operasi.
Menurut data tahun 2020 oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja), terdapat sejumlah 14.89 juta ahli, di mana 7.59 juta adalah aktif dan
terdapat 534,398 majikan . Angka ini dijangka meningkat pada tahun 2023 dan
Encik Ong percaya penyelesaian JOBJOM akan terbukti bermanfaat.
Majikan (Employer);
Memandangkan
kebanyakan perniagaan Malaysia semakin pulih dari COVID-19, ramai mungkin
memulakan semula usaha pengrekrutan, dan sedang mencari tenaga kerja untuk
membantu perniagaan mereka maju pada kadar yang lebih baik dan lebih pantas.
Bagaimanapun,
tidak semua kekosongan jawatan yang ada boleh disiarkan kerana syarikat – atau
pengurus pekerjanya – perlu mempertimbangkan kos iklan yang tinggi bagi setiap
jawatan kerja dan hanya jawatan kosong terpilih sahaja akan dimuat naik.
Perkhidmatan mengrekrut lain untuk jawatan yang lebih tinggi pula mungkin
melebihi bajet syarikat - situasi biasa sebelum pandemik juga. Senario
permintaan melebihi bekalan ini boleh menjadi punca kekurangan pekerjaan di
pasaran.
“Kami mencabar status
quo dengan menawarkan pilihan kepada employer,
jobseeker dan freelancer untuk keperluan mereka dan kami menantikan perjalanan
yang menarik ini,” tambah Encik Lennon Chu, Pengarah Operasi.
Menurut data tahun 2020 oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja), terdapat sejumlah 14.89 juta ahli, di mana 7.59 juta adalah aktif dan
terdapat 534,398 majikan . Angka ini dijangka meningkat pada tahun 2023 dan
Encik Ong percaya penyelesaian JOBJOM akan terbukti bermanfaat.
Majikan (Employer);
Memandangkan
kebanyakan perniagaan Malaysia semakin pulih dari COVID-19, ramai mungkin
memulakan semula usaha pengrekrutan, dan sedang mencari tenaga kerja untuk
membantu perniagaan mereka maju pada kadar yang lebih baik dan lebih pantas.
Bagaimanapun,
tidak semua kekosongan jawatan yang ada boleh disiarkan kerana syarikat – atau
pengurus pekerjanya – perlu mempertimbangkan kos iklan yang tinggi bagi setiap
jawatan kerja dan hanya jawatan kosong terpilih sahaja akan dimuat naik.
Perkhidmatan mengrekrut lain untuk jawatan yang lebih tinggi pula mungkin
melebihi bajet syarikat - situasi biasa sebelum pandemik juga. Senario
permintaan melebihi bekalan ini boleh menjadi punca kekurangan pekerjaan di
pasaran.
JOBJOM
menjemput semua syarikat untuk menyertai komuniti employer-nya. Pendaftaran adalah percuma dan ia sentiasa PERCUMA
untuk menyiarkan pekerjaan di JOBJOM. Komuniti employer akan mempunyai penyelesaian one-stop yang mudah tanpa yuran atau caj tersembunyi berserta akses
penuh ke Pusat Sumber (Resource Centre) yang mengandungi maklumat sumber
manusia yang relevan. Kandungan Resource
Centre akan dikemas kini dari masa ke semasa dan akan kekal dapat diakses
sepenuhnya oleh akaun berdaftar.
Ciri
TalentMore JOBJOM - yang berbayar dan layan diri - membolehkan employer proaktif mencari bakat. Employer boleh menjadi “headhunter”
secara sendiri dengan hanya RM7.50 bagi setiap profil bakat; jauh lebih murah
berbanding apa yang biasa dicajkan oleh perekrut.
● Daftar
sebagai Employer >> https://www.jobjom.com/register-as-employer/
Pencari Kerja (Jobseeker);
Dengan
yuran pendaftaran nominal masa terhad hanya sebanyak RM9.90 setahun, jobseeker mempunyai akses kepada semua
peluang pekerjaan dan juga Hab Pengetahuan (Knowledge Hub) dan Pusat Muat Turun
(Download Centre) JOBJOM. Ini membekalkan calon maklumat untuk temuduga, atau
petua untuk penambahbaikan resume dan surat iringan. Kandungan yang boleh
diakses juga akan sentiasa dikemas kini dan akan kekal dapat diakses sepenuhnya
oleh akaun berdaftar – faedah yang hanya tersedia di JOBJOM kerana platform
lain mengenakan bayaran untuk akses setiap kandungan.
Jobseeker juga boleh disenaraikan dalam database TalentMore menandakan mereka
sedia untuk dicari dan direkrut oleh majikan.
Selepas berdaftar dengan JOBJOM, jobseeker boleh mengongsikan pautan unik untuk meningkatkan
database dan mendapat ganjaran. Chu berkata hasil daripada laman web akan
dikongsi atau dilaburkan semula ke dalam platform supaya lebih ramai jobseeker dapat meraih faedah, kemudahan
dan sumber yang ditawarkannya. JOBJOM percaya kaedah perkongsian komuniti ini
membolehkan orang ramai berusaha ke arah matlamat bersama untuk Malaysia yang
lebih baik.
● Daftar
sebagai Jobseeker >> https://www.jobjom.com/register-as-jobseeker/
Pekerja Bebas (Freelancer);
JOBJOM
juga merupakan portal perkhidmatan atas permintaan dengan penyelesaian untuk
menampung ekonomi gig - suatu model ekonomi yang bergantung kepada freelancer yang menawarkan perkhidmatan
berdasarkan kemahiran, atas permintaan, kontrak jangka pendek atau fleksibel.
Industri ini biasanya melibatkan generasi muda yang celik teknologi, yang
berhubung dengan bakal pelanggan melalui platform online.
Suatu
laporan berita tahun 2021 menyatakan bahawa terdapat hampir empat juta pekerja
freelance di Malaysia dan angka itu semakin meningkat apabila orang ramai
beralih kepada platform digital untuk mencari rezeki setelah kehilangan
pekerjaan akibat pandemik.
JOBJOM
menawarkan model berasaskan iklan mereka untuk freelancer dengan harga serendah RM0.50 sehari. Freelancer boleh memaparkan kepakaran
mereka bakal pelanggan boleh menghubungi freelancer
berdaftar secara terus. JOBJOM tidak akan mengenakan caj terhadap sebarang
transaksi.
●
Daftar sebagai Freelancer >> https://www.jobjom.com/register-as-freelancer/
Secara
kesimpulannya, JOBJOM mengambil berat dan berusaha melakukan perubahan, dan
mempercayai jobseeker harus segera
merebut peluang ini. Dengan perkongsian pautan unik antara rakan-rakan jobseeker, JOBJOM berharap dapat
menyatukan penggunanya dan memanfaatkan semua orang ramai. “Dengan berbuat
demikian, kita boleh mengatasi sebarang cabaran – pandemik atau tidak – melalui
hubungan dan penjagaan sesama komuniti. Kami yakin JOBJOM dapat menawarkan sesuatu
untuk anda tanpa mengira anda employer,
jobseeker mahupun freelancer,”
kata Encik Lennon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jobjom.com.
Mengenai
JOBJOM
JOBJOM
(Agensi Pekerjaan JobJom Sdn Bhd ialah sebuah agensi pekerjaan swasta yang berdaftar dengan Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia) merupakan
laman web kerja dan portal perkhidmatan atas permintaan terkini di pasaran, dan
beriltizam untuk menjadi pilihan utama employer,
jobseeker dan freelancer.
Penyelesaiannya didedikasikan untuk employer, jobseeker dan freelancer dan JOBJOM berhasrat mencapai kadar pekerjaan 100% di
Malaysia untuk setiap employer,
jobseeker dan freelancer dalam komuniti mereka.
Penyelesaian
JOBJOM termasuk;
●
Tiada bayaran atau caj tersembunyi
untuk employer menyiarkan jawatan
kosong dan ciri TalentMore membolehkan employer mengambil peranan “headhunter”
untuk mencari bakat terbaik.
●
Akses penuh kepada jawatan kosong
untuk semua jobseeker, dan akses kepada sumber di Knowledge Hub dan Download
Centre setelah selesai berdaftar. Pada masa yang sama jobseeker boleh disenaraikan dalam database TalentMore, sedia
untuk dicari dan direkrut oleh majikan.
●
Freelancer boleh dihubungi secara langsung
oleh bakal pelanggan dan tidak dikenakan sebarang caj transaksi oleh JOBJOM.
Post a Comment