Pengalaman Mengandung Hanaa Safiyyah

Friday 28 January 2022

 Pengalaman Mengandung Hanaa Safiyyah


Assalamualaikum, salam jumaat. Entry tertangguh nak post. So harini cik mimi share kan ye. Sekadar berkongsi cerita..


Sepanjang perjalanan pregnantkan Hanaa, mama dia ni tak pernah sekalipun share kisah mengandung tu kan..

Bukan nak 'berahsia' sangat, tapi faktor kesihatan yang buat mama dia ni berdiam diri. 



Tahu pregnant ni masa hari lahir mamanya sendiri. Masa tu 3hari berpuasa. 16 April 2021. Sejenis alert kalau period tak datang, so cik mimi pun check la UPT. Sebab orang kata kena alert dengan perubahan diri. 


Bila dapat tahu tu, rasa macam tak caya Allah izinkan lagi untuk miliki zuriat. 5tahun hold. So tentunya cik mimi rindukan moment indah sepanjang menanti kelahiran baby baru kan..


Kisah bermula bila mana masa 7week, cik mimi buat scan pertama nak pastikan "confirm" pregnant dan ada baby dalam perut. Sekali doctor scan then cakap "baby macam tak menjadi. Takut dah gugur kat dalam. Jadi kena buat DnC"..


So, bila mana tu yang pertama kali dengar, perasaan excited terus bertukar jadi takut. Bukan takut apa. Perlu ke doctor awal awal dah cakap macam tu? Siap cakap "saya tak jumpa degupan jantung dia".. "tapi janin membesar ikut minggu dia dengan betul"..


Seawal 7minggu, dan dengan keadaan mesin scan ala ala zaman tok kaduk tu, tak sepatutnya seorang doktor boleh cakap macam tu. Memandangkan ni pregnancy ketiga, dan pernah ada 2 pengalaman, so cik mimi buat muka biasa je la. Tapi doctor pulak macam tak puas hati dengan kita. 


Balik dari tu, cik mimi sentiasa doa apa yang doctor tu cakap, jauh sekali tak betul. Dan kebetulan minggu depannya cik Mimi akan gerak balik ke Ipoh, so cik mimi decide nak buat scan dekat sana. Alhamdulillah doctor scan then terus say congratulation. 💞


Cik mimi risau sebab pernah ada sejarah kesihatan yang lalu kan. Orang kata kalau pernah ada sakit ketumbuhan/kanser ni kalau mengandung takut la jadi yang tak elok jugak pada baby tu. So sebab tu cik mimi risau sama. 


Dan masalah lain kenapa cik mimi berdiam diri, setiap bulan time pregnant kan hanaa ni macam satu kewajipan mesti "turun darah".. kalau period tu wajib la setiap bulan kan.. tapi kalau kata pregnant ni, sesuatu yang orang kata memang merisaukan. 


Kalau awal awal pregnant tu, cik mimi memang risau kalau tiba tiba keguguran. Ye, memang ada macam macam dalam kepala yang dok terpikir. Sampai kandungan 8bulan juga la dok turun darah tu. Tapi bukan la turun darah yang banyak sampai 1week pun. Just sehari je. Tapi memang still kena berjaga jaga.. 


Alhamdulillah bila time scan je, semuanya dalam keadaan baik. Uri elok kedudukan di atas. Kepala baby always dibawah. So cik mimi memang tak tahu punca turun darah tu kenapa. Sampai satu tahap, anggap biasa je la. Cuma alert kalau ada rasa sakit. Tu je. 


Orang kata, nak elak dari berterusan stresss, baik kita berdiam diri kan? So tu memang langkah yang terbaik pada cik mimi. Alhamdulillah la, memang tak berapa stress nak hadap ujian pregnant kali ni. 


Pengalaman lain, pregnant si hanaa ni mama dia kena minum air gula 3x!! 😩

Bukan sebab kencing manis ye. Tapi minum kali kedua tu, tetiba darah tak boleh nak dapat bacaan. Tak memasal kena repeat. Fuuhh seksa. Alhamdulillah pregnant hanaa ni tak sangkut GDM. 


Pergi buka buku, dan check up sendirian je. Kalau time dorang berdua tak sekolah, dorang temankan. Lagipun dalam kem je. Takde hal la. Dan cik mimi tak sangka, pregnant kan hanaa ni, cik mimi langsung takde alahan. Sebijik macam mengandungkan zhareef. So cik mimi ingat pregnant baby boy tau. Sebab masa pregnantkan zara, mabuk teruk. 


Tak sangka, Allah permudahkan urusan pregnant tu. Sikit pun takde alahan, kecuali awal awal tu je la rasa lembik badan. Tu je. Kalau boleh nak melepek baring je. 


Sepanjang tempoh pregnant ni juga, takde benda yang cik mimi ngidamkan. Kalau teringin nak makan apa apa, ajak je ddy dorang pergi cari. Then dari awal pregnant paling suka minum air kelapa. Orang kata bahaya. Tapi cik mimi minum beringat. Awal awal tu orang kata buat merasa je. 


Erm.. kisah lain, macam sebelum ni jugak, sejenis cik mimi, kalau pregnant tak suka makan yang masam masam. Manga dok cicah ke apa, memang tak minat. Manis manis kali ni kurang sikit. Faktor umur agaknya. Dan lain yang paling suka, bau ekon kereta. 😂


Ya Allah, Kalau keluar waktu malam, suka betul bau angin ekon yang keluar tu. Kalau buka peti ais pun. Bahagian atas sejukbeku tu. Ya Allah syoknya bau macam Frost tu .. 

😂😂


Kisah lain pula, pregnant Hanaa ni mencabar betul kalau time tidur malam. Setiap hari wajib kena "simpul biawak/mengkarung". 🤦

Yang tak tahan tu, kena 2-2 betis. Mula kena tang kiri, kang dah elok time bangun subuh, kena tang kanan pulak.. Pernah ada ada dia kena tang pergelangan kaki. Ya Allah sakitnya lagi dasyat dari kena kat betisssssss.. 


Dah masuk dalam 34-35week macam tu, kena pulak kebas kat pergelangan tangan. 😩😩

Tang betis dah elok, sangkut tangan pulak. Kebas tu kalau nak gosok gigi lepas bangun pagi tu rasa payah. Selalu kena tangan kanan la.. 


Orang kata, lain anak, lain cabaran kita kena tempuh kan.. Cabaran ni orang kata seorang ibu akan tempuh dengan penuh kesabaran. 


Alhamdulillah, takde stress dari orang luar. Cuma kerisauan tang "turun darah" je la masa pregnant tu. 


Nanti cik mimi share pasal pengalaman bersalin pulak ye. Bersalin kali ni di tempat sendiri. Tak balik kampung pun.. 


1 comment

  1. syok plk baca pengalaman mimie pregnant..kita dah xmerasa dah kot..haha..kawen pun blm lagi

    ReplyDelete