Dugaan

Saturday 26 June 2021

 Dugaan | Hai readers.. Assalamualaikum..

Cik mimi rasa nak sambung coretan kat blog ni. Buat kenangan.. 

Susah senangnya bila dah berlaku lockdown macam ni. 



Bila cakap lockdown je, siapa je yang tak runsing kan? Nak pulak kawasan ni terceruk sikit. Dan yang paling paling tak sangka cerita semalam. 


Jumaat | 25.06.2021

Diberitahu kes dalam kem naik lagi. Tapi yang positif ni bukan yang dah berkeluarga. Semuanya budak bujang yang terlibat. Allah.. moga yang berkeluarga ni dijauhkan la dari semua ni. Dan budsk budak bujang ni semua dalam keadaan baik. 


Plan semalam nak ajar zara buat homework. Tapi down tetiba. Pertama sebab dengar kes meningkat. Berapa peningkatan nya tu, biarlah rahsia. Hihihi..


Yang kedua sebab kes naik, automatik la kedai kedai yang ada didalam ni kena tutup. Dorang terpaksa tutup supaya kes tak terus merebak. 


Yang ketiga, dah la kedai tutup, so barangan nak beli, kena la minta bantuan kengkawan yang tinggal kawasan luar dari kem.


Macam keadaan sekarang, cik mimi kena kuarantin pakai gelang pink ni. Tak boleh keluar sesuka hati. Kena la duduk diam diam dalam rumah. 


Siapa kata duduk dalam rumah ni seronok. Memang seronok je merap. Tapi sampai satu tahap naik stress. Dah la Pdpr dorang sentiasa ada. Homework bila akan siap tak tahu. Suruh buat, disuruhnya balik kita yang buat. 😩


Tu baru kisah Pdpr. Memang orang kata duduk rumah boleh la  rehat rehat. Hias rumah, baca quran.. Allah.. sejujurnya la. Automatic nak buat apa pun sebenarnya jadi hilang mood tau. 


Cik mimi plan nak topup aiskrim niaga. Tapi pikir balik. Karang pulun beria, gas habis pulak. Satu hai uiiiii siapa nak tolong angkutkan tong gas pulak pergi tukar. 😅

Jangan buat nayaaaaa..


Walaupun ada hat spare tu, kena beringat. Lockdown dalam kem bersambung sehingga dapat tarikh baru. 😩😩

Dah la kami kuarantin sampai 2julai2021.

Pastu Lockdown ikutkan sampai 28jun. Tapi udah disambung sehingga satu tarikh baru yang akan diberitahu. 


So apa korang akan rasa? Terkurung rasa jiwa ni. Nak buat apa apa kena beringat. Masak masak pun kena beringat. Nak kuar beli bahan tak boleh. Kena minta pertolongan orang. So anak anak kena banyak bersabar jugak la. 


Allah uji sehebat ni, moga kuat la.. kuat nak tempuh hari akan datang. Dulu tak rasa sesusah ni bila lockdown masa Pkp 1.0

Kali ni rasa macam give up.


Tapi kena kuat. Tu je yang boleh..



Next story, nanti cik mimi share apa je yang cik mimi buat kuarantin ni. 😅


22 comments

  1. semoga dipermudahkan semuanya utk sya & family...amin amin..

    ReplyDelete
  2. semoga sumenya baik2 je.. arap cpt la covid ilang..
    lame2 duk umh memang jem pale otak.. huhu

    ReplyDelete
  3. Hmmm........I agree with you. The world is a big challenge with this pandemic. However, I doakan semoga you akan mengharungi nyer dengan tabah dan tenang ya. Plus, there's always hope and light in all darkness. Insya'Allah, all these will end soon. Take care.

    ReplyDelete
  4. aida ni lom pkpd, pun tak keluar. ikut kat ati, nak aje keluar, tapi tu la, takot!
    bab pdpr tu, hmmmmm letih la! mana dikejar kan keje, mana nak dikejar anak bertiga dlm rumah ni, mimi.
    sabar la mimi ekk. take care. jimat2 la dulu. nanti da abis, baru bleh gi beli pe patot.

    ReplyDelete
  5. Ye semua dah bosan takktau nak habaqqqq dah nie. Duk rumah taktau nak buat apa dah - semua benda dan buat huhu

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga. Ujian yang tak kkta minta. Stay strong mental dan fizikal ya.

    ReplyDelete
  7. Pendamik ni memang betul2 menguji kita. Iza doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan cepatlah ujian ni berakhir.

    ReplyDelete
  8. Betul.. semua orang Allah beri dugaannya berbeza-beza, ujian Allah tu memnguji kesabaran sesaorang.. moga cepat semuanya berakhir..

    ReplyDelete
  9. yes yes blogging is a way to keep our life stories, then can read again when in the future. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. betul tu memang stress duduk rumah..lagi la yg kene kuarantin gelang pink kan lagi macam macam dugaan dan stress yg dihadapi..

    ReplyDelete
  11. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    ReplyDelete
  12. Betul duduk lama dekat rumah otak boleh tepu oh
    Semoga kita semua tabah menghadapi ujian ni. Amin
    Cara memulakan perniagaan kecil
    No cukai pendapatan
    rancangan perniagaan
    Zakat Perniagaan
    Cukai Harta

    ReplyDelete
  13. betul, waktu sekarang memang ramai yang trkesan dan tertekan. Semoga semua kita dimudahkan urusan dalam waktu sukar ini.

    ReplyDelete
  14. Stay safe and take care ya sis dan sekeluarga. huhu..seriously tak sangka benda ni berlarutan sampai ke arinie.. banyak sgt yang terkesan dengan pandemik ni kan.. hopefully soon this will be over la..

    ReplyDelete
  15. Stay safe dan take care. Semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  16. Jangan giveup yer . Saya doakan semoga kita semua tabah dan sentiasa bersangka baik dengan apa yang telah berlaku. Lakukan apa sahaja yang boleh asalkan hati kita, hati keluarga kita semua dalam keadaan baik dan tenang dan semoga kembali bersemangat walauapapun yang terjadi.

    ReplyDelete
  17. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap cepat-cepat covid 19 ni berakhir. Dh terlampau lama...

    ReplyDelete
  18. Time lockdown ni memang banyak cabaran, lebih lebih lagi mimi tinggal dalam kem lagi ketat kawalan nyer.

    ReplyDelete
  19. baru on semula blog setelah bertahun tak bukak.. terus tengok bloglist lama.. hihi..

    ReplyDelete