Terima kasih, Wira!

Wednesday 7 April 2021

 

Terima kasih, Wira!

Mattel lancar inisiatif menyampaikan mesej terima kasih daripada kanak-kanak kepada petugas barisan hadapan kesihatan


Kuala Lumpur, 5 April 2021 - Jom semua kanak-kanak, panggilan terakhir! Mattel, syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka, mengumumkan hari ini inisiatif dalam talian untuk membantu pengguna berkongsi mesej terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan. Program baru ini melengkapkan usaha syarikat untuk menderma edisi terhad #ThankYouHeroes, UNO dan mainan kepada hospital awam di negara ini.

Ketika pandemik COVID-19 mengambil alih dunia, ibu bapa dan penjaga menyatakan masalah yang dihadapi mereka untuk mengimbangi bekerja dan bermain dari rumah dan bagaimana mereka perlukan sumber bantuan. Mattel mencipta Mattel Playroom, sebuah laman web yang memaparkan aktiviti dan kandungan daripada jenama ikoniknya. Tidak lama selepas itu, syarikat itu melancarkan Play it Forward yang mengunakan pengaruh jenama-jenama di bawah syarikat tersebut untuk memacu kesedaran dan memberi sokongan kepada inisiatif penting yang membantu masyarakat.


Mulai sekarang sehingga 12 April 2021, Mattel Continental Asia telah menganjurkan inisiatif dalam talian untuk kanak-kanak untuk menulis ataupun  melukis nota terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh. Mattel akan menyusun ungkapan terima kasih dan menghantar ucapan mereka bersama-sama dengan derma mainan untuk kanak-kanak yang menjalani rawatan . Selain itu, seramai 50 kanak-kanak akan dipilih menerima edisi terhad #ThankYouHeroes UNO tin yang menampilkan karakter tercinta sebagai petugas barisan hadapan kesihatan dan wira setiap hari seperti HeMan® sebagai pekerja penghantaran barangan runcit dan Barbie® sebagai saintis. 


#ThankYouHeroes kempen pertama yang dilancarkan di bawah platform ini, direka untuk memberi penghormatan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan wira harian yang menjaga komuniti di samping memberi sesuatu kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keluarga mereka. #ThankYouHeroes menampilkan produk daripada jenama seperti Fisher-Price®, Mega Construx®, Matchbox®, dan UNO®. Walaupun produk #ThankYouHeroes tidak tersedia di dalam negara, Mattel Continental Asia telah membangunkan kempen untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kesihatan hadapan negara kita.


Mengenai Mattel
Mattel ialah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mengkhusus dalam reka bentuk dan pengeluaran mainan berkualiti dan produk pengguna. Kami mencipta produk inovatif dan pengalaman yang memberi inspirasi, menghiburkan dan membangunkan kanak-kanak melalui permainan. Kami libatkan dengan pengguna melalui portfolio francais ikonik kami, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan MEGA®, serta jenama popular lain yang kami miliki atau lesen dalam perkongsian dengan syarikat hiburan global. Tawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan acara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 negara dengan kerjasama syarikat runcit dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel berbangga menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam meneroka keajaiban zaman kanak-kanak dan memperkasakan anak-anak untuk mencapai potensi penuh mereka. Lawati kami dalam talian www.mattel.com.

1 comment