Santai Santai Aje

Saturday 13 February 2021

 Hi, Assalamualaikum semua..

Malam ni berkesempatan nak mengadap blog sekejap. Rindu sebenarnya nak membebel panjang-panjang. Nak melangut depan laptop lama-lama..
Nak blogwalking semua tu la..

Tapi sejak covid melanda ni, memang terasa lagi busy la.. Dengan anak lagi. Hal dekat rumah lagi. Sangat berganda sibuknya..
Banyak moment yang sepatutnya nak share dalam ni, terlepas.




In shaa Allah nanti kita buat entri throwback je la ye..

Tapi tu la, nak share gambar pun kena hati-hati kan.. Maklumlah, hanya dengan sekeping gambar boleh mencetuskan pelbagai cerita, iye dak..
Belum lagi yang orang "COPY and PASTE" dalam entri orang lain yang tak beretika.

Cik mimi macam biasa la. Kerja kat umah memang tak stop-stop nak dibuat.
Sekarang ni paling sibuk, kerja nak pintal aiskrim je la..

Alhamdulillah, rezeki datang dekat situ. 
Seronok berniaga ni. Nak nak yang membeli anak-anak kan. Pastu boleh tengok la orang yang sama ke tidak..

Nak curi masa tuk mengadap blog pun macam tak tahu la macam mana.. Belum lagi anak-anak sibuk nak menghimpit time kita nak mengarang..

So malam ni cik mimi just lepaskan gian taip entri yang santai-santai.
Sebenarnya banyak kisah nak kongsi. Nanti la cik mimi transfer gambar-gambar yang ada dalam laptop dulu, baru best nak bercerita kan?

Okaaaaay laaaa, cik mimi stop dulu, sebab nak ke dapur balik, nak menyambung pintal aiskrim balik. 

Selamat malam semua.. 



1 comment