Moga Kita Kembali Kepada Kehidupan Asal

Sunday, 17 January 2021

 Assalamualaikum, hai readers..

Tahun 2020 memang tahun yang penuh dengan cabaran kan..
Sangat mencabar bila makin menjadi-jadi covid-19 ni..
Sampaikan masuk tahun 2021 ni, ianya makin meningkat.
Memang sesuatu yang tak dijangka.

Erm, cabaran paling besar bila mana nak balik jumpa family pun susah.
Nak pulak family sikit punya jauh.
Memang mencabar la nak balik jumpa dorang.

Bukan tak pikir, kalau-kalau "covid" terikut sama..
Tapi bila mana parent kata "rindu", memang buat sebak.
Tapi nak buat mana kan.. Nak pulak ddy dorang pun susah nak menyelit "cuti"..
Tapi yang pelik orang lain mudah pulak!

Alhamdulillah, lebih setahun tak jumpa, haritu dapat jugak balik.
Tapi, itu pun ada cabarannya jugak..
Bertabahlah!..

Awal tahun haritu gerak nak balik Ipoh.
Elok pulak masa nak balik ke sana, tengah musim hujan.
Nak tak nak redah juga la.

Elok sampai kahang, sikit lagi nak menuju ke kluang, jalan naik air. Deras pulak pun.
Then dalam masa sama, ada kenderaan rosak dan pokok tumbang.
Last ambik keputusan berpatah balik. Ikut jalan jauh.

Elok berpatah balik, air pulak dah naik.
Terpinga-pinga jap. Mujur la ada lori lalu, kami follow belakang dia.
Tapi perjalanan memang lama la. Sebab kena lalu jalan biasa.
Rompin, Muadzam.. Jalan yang memang kena ready segala keperluan kat situ..
13jam atas jalan, baru sampai ke Ipoh..

Sampai Ipoh dah malam. Memang badan mintak rehat awal la..
Tapi start esok-esoknya hujan setiap hari. Memang duduk rumah sahaja.
I feel relaxing sangat la.. Bahagia betul.. hihi

Tapi esoknya adik pulak dari Lipis nak bergerak ke JB.
Pesan kat dia, jangan lalu jalan kampung kalau boleh. Bahaya sebab sana sini naik air.
Memang masa dorang nak keluar pun, tak lepas. 
Even kita ni hanyalah seorang kakak, memang risau. 
Sedaya upaya cari info jalan mana boleh lalu. Jangan mana tidak.

Rasanya satu cabaran yang besar juga la bab banjir, hujan, tanah runtuh lepas covid ni..
Ingatkan berlakunya bencana alam ni covid pun berlalu pergi..
Rupanya covid makin meningkat. Allahu..

Dan sehingga ke hari ini, kita semua berada dalam PKP 2.0 pula..
Diharapkan bila adanya sekatan pkp ni, kita semua dapat menbendung masalah covid ni. Kalau tidak, sampai bila-bila pun kita akan terperangkap ditempat sendiri..

Rindu.. Paling dirindui bila lalu jalan sini.. terpegun dengan kesibukkan kota.



11 comments

  1. betul. aida setuju dgn mimie.
    if now kita tak jaga, selamanya kita gini,kan :(
    nak jumpa parents susah. sedih rasa hati ni.
    kena berkorban sementara. jaga diri.
    moga masa depan kita lebih indah.

    ReplyDelete
  2. yelah harap2 si kobit ni cepatlah berlalu.

    ReplyDelete
  3. kann..mmg rasa rindu sangat dgn kehidupan lalu...bebas nak kesana sini..nk puasa dan raya mcm dulu2

    ReplyDelete
  4. Itulah.. harap covid nie cepat-cepat lah habis. Bukan aja susah nak jumpa keluarga, ekonomi pun merundum dah..

    ReplyDelete
  5. Memang benda kita tak janga kan.. Banyak sngt yang berlaku.. Nak taknak kita kene hadap juga. Semoga semuanya kembali seperti sediakal wlaaupun macam musyki je

    ReplyDelete
  6. Harap thn 2021 tak sama mcm 2020.. tahun 2020 berlalu mcm tu je..

    ReplyDelete
  7. Moga kita akan kembali pada kehidupan normal yang dulu. Rindu kan saat2 tu

    ReplyDelete
  8. Sedih juga bila kenangkan Norma baharu ni. Tapi, no choice. Kita kena ikut zaman 70% secara online

    ReplyDelete
  9. Yes i am praying for that too. Hopefully the pandemic will be over soon.

    ReplyDelete
  10. Kita pun rindu dgn kehidupan normal, mmg byk dugaan bg seluruh dunia semoga tahun2 seterusnya akan noral kebali

    ReplyDelete