Bila masuk hujung tahun, mak ayah mesti sibuk nak buat persiapan persekolahan anak anak untuk akan datang kan?
Walaupun sekarang ni, kita masih lagi sibuk mengisahkan hal covid-19 ni, bab persiapan persekolahan anak tetap kena laksanakan juga.
Bab ni, kita alami dah 2tahun yang lepas. Tapi masa tahun pertama zara sekolah dulu, macam takde pengalaman apa, last minute je buat semua tu. Maklumlah, anak pertama masuk sekolah kan. Kunon kunon last minute pun takde masalah. Sudahnya tangkap muat je buat persiapan dia.
So bila tahun lepas adalah tahun kedua, dah ada pengalaman sikit. Jadinya, ada masa je, kita buat persiapan mana yang boleh untuk persekolahan akan datang.
Untuk tahun depan, zara dan zhareef start sekolah. Zara start masuk sekolah rendah darjah 1. Dan zhareef masuk tadika.
Macam tadika ni tak perlu risau sangat. Sebab tadika pun dalam kawasan kem ni juga. Tapi cik mimi lebih tekankan persiapan persekolahan zara la.
Sebab masuk darjah 1, tak boleh nak ambil mudah bab persiapan dia. Banyak nak kena sediakan. Bab baju sekolah, kasut sekolah, bag sekolah. Tapi paling kena utama kan sekarang kasut sekolah la.
Bukan apa, kalau selesa dikaki tu, dia jadi seronok la kan nak bergerak ke sana sini.
Kalau tanya cik mimi la, kasut yang murah takde jenama atau biar mahal sikit, ada jenama, tentunya cik mimi cuba cari yang ada jenama dulu. Tapi harga still mampu milik la. Bukan apa, masa zaman cik mimi sekolah dulu pun, abah suka belikan jenama pallas juga. So bila turn anak sendiri dah sekolah, cik mimi cuba buat macam tu juga.
Contohnya macam tahun lepas, cik mimi dapatkan jenama Pallas tau. So tahun ni cik mimi dapatkan juga jenama ni. Sebab kekemasan dan keselesaan yang dijamin.
Untuk tahun ni, cik mimi pilih design ni sebab nampak feminin dan kemas sangat. Selain tu, zara pun suka design yang macam ni. Simple dan menarik kan. Cik mimi tengok kasut ni lebih ringan dan memudahkan sesi pergerakan. Selain bila dipakai ianya terasa lebih selesa.
Ianya selesa sebab pelapik dalam dia berupa foam yang lembut. Dan ianya tebal. So tak perlu risau kalau kata nanti kaki anak mudah melecet ke apa. Ianya menjaga keselamatan kaki si pemakai.
Lagi satu yang penting, pilih kasut bukan sebab design cantik dimata semata-mata tau. Tapi perhatikan juga design tapak dia. Bukan apa. Ada sesetengah kasut ni tapak dia rata licin je. So kalau licin ni, faham faham je la. Nanti jalan dikawasan yang licin, mulalah jatuh tergelincir pulak.
Adalah lebih baik kita bersiap sedia awal awal. Bukan susah pun,kan..
Nak pulak budak budak ni ligat bermain bila dengan kawan-kawan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita kena tahu keadaan tapak dia. Bukan bererti pakai jenama pallas ni anak anak takkan terjatuh kalau di tolak ke apa. Tapi kalau dikawasan licin, in Shaa Allah ianya mencengkam di lantai.
Cik mimi kan nak suggest jugak la dekat kawan kawan yang lain sama.. Yang mana mak mak pun dok mencari kasut sekolah untuk anak anak tu. Try la cari jenama pallas ni. Sebenarnya ada je pilihan design lain. Tapi cik mimi sukakan design macam ni. Sesuai untuk anak perempuan.
Okay, kasut ni boleh didapati di Pasaraya AEON, Tesco ataupun Mydin. Atau nak terjah terus website Pallas pun boleh iaitu www.pallas.com.my ataupun pergi ke www.wow2wee.com.
Kalau tahu size anak lagi mudah sebenarnya. Boleh beli atas talian sahaja.
Jangan lupa, buat persediaan awal supaya setiap kelengkapan anak sekolah dapat pilihan yang tepat dan terbaik.
Cantik kasut sekolah pallas kaler itam ni.
ReplyDeleteJaman wak sekolah dulu pakai kasut plastik putih.
Zaman dulu warna hitam ni khas untuk berjawatan je kan. Berbeza sekarang ni.
DeletePallas ni mmg selalu jadi pilihan zmn sek dulu..harga pun murah..
ReplyDeleteJenama Pallas nie dah lama dah kan, mmemang jadi pilihan orang ramai sejak dulu lagi..
ReplyDeletePallas jenama dh lama kan.. Selalu kalau pilih kasut tgk cengkaman kasut tu. Kita pun belikan kasut utk anak jenama pallas
ReplyDeletemakin cantik design kasut pallas, dalam kasut pun nampak lembut dan selesa..
ReplyDeleteSaya pun bg anak pakai pallas. Selesa dan tahan lasak kasut2 pallas ni.
ReplyDeletePallas skrg, design dia cantik. Pemangkin anak2 utk ke sekolah juga. Good job
ReplyDeleteDulu time sekolah sis pun pakai kasut Pallas, memang selesa dan tahan lama.
ReplyDeleteBrand Pallas ni dah lama bertapak harga pun berpatutan dan selesa srrta tahan lasak
ReplyDeletecantikkk kasutnyaa. boleh cari nanti.
ReplyDeleterumah pertamaku
rumah mampu milik terengganu
rumah pertama