K EB A I K A N.

Saturday 14 November 2020

Assalamualaikum, Salam Pagi Sabtu..

Alhamdulillah, harini rasa tenang je. Pagi ni. Untuk seketika waktu ni..
Terasa rindu nak mengadap blog lama-lama..
Macam mana satu ketika dulu, cik mimi rajin bercerita dekat blog..

Rajin join segala macam contest, giveaway, segmen..
Semua ni tanda support kepada rakan-rakan yang lain..
Kalau ada rezeki hadiah tu, memang rezeki la kan..




Cerita hari ini tentang kebaikan.
Cik mimi bukanlah seorang ustazah. Bukan juga 100% seorang yang sangat sempurna.
Cuma apa yang cik mimi perasan, zaman sekarang ni macam -macam applikasi muncul.
Cik mimi tak follow sangat la benda macam ni. 
Bukan usia cik mimi nak follow semuanya.

Cuma zaman sekarang ni kan, 
Apa yang ada dalam diri cik mimi untuk blog, facebook, instagram la antara3 media social ni, cik mimi harap segala perkongsian cik mimi tu dapat beri 1001 manfaat kepada kawan-kawan yang lain.

Betul, zaman sekaran ni, media social ni antara cara untuk kita menjana income juga.
Tapi kita kena ingat, segala perkongsian tu kalau boleh ada la terselit kebaikkannya yang tersendiri.

Cik mimi selalu berharap, kalau la satu hari nanti, kalau cik mimi "perlahan" dalam dunia blogging ni, semua yang tersimpan disini akan beri manfaatkan..
Ada pahalanya yang terselit disitu.

Pesan ddy ZaraZhareef dulu, kalau boleh jangan cerita pasal gosip dunia hiburan. Kita tak tahu dosa pahala yang ada bila kita bercerita.

Apa-apa pun, semoga kita semua menjadi blogger yang terbaik untuk kengkawan dan pembaca diluar sana.

Aamiin. 😊🌹







panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook

11 comments

  1. Ya la betul tu mimi..tulis la sesuatu yg bermanfaat bkn saja utk dunia..tp akhirat jgk..zaza pun skg dh slow sikit..byk fokus sharing motivasi je skg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan zaza..
      Kita kena sentiasa beringat.
      Moga ada pahala tuk kita.

      Delete
  2. Betul tulis benda bermanfaat. Kongsi resepi, kongsi apa2.. Aslkan jangan yang nerepek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nad.
      Share perihal pembesaran anak anak pun okay

      Delete
  3. Betul tu Mimi.. setiap apa yang kita kongsi dan tulis semuanya bakal ditanya nanti. Jadinya kita kena tulis yang baik-baik dan beri manfaat untuk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kaksue, semua tu tuk kita kan. Saham dunia akhirat..

      Delete
  4. gosip hiburan mmg fiza tak ambil tahu langsung, mls nk semakkan blog dgn cerita mcm tu, baik cerita pasal kita sbb blog kita sendiri kan.. tak payah sibuk cerita org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul fiza.
      Kita memang takde nak cerita bab artis.
      Lagipun dorang pun tak kenal kita kan. 😅

      Delete
  5. Betul tu setuju. Akak sekarang pun jarang online fb.. Kalau online sekejap je lepas tu log out. Kadang takut nak buka fb sebab baca komen netizen2 ni menakutkan. Kita nak serap aura positif nak berubah ke arah kebaikan.. Bila jafi macam ni takut jadinya

    ReplyDelete
  6. betul tu.. buat kerana Allah.. itu lebih baik kan

    ReplyDelete
  7. Betul tu Mimi. Kita share yg bebaik aje ye

    ReplyDelete