Texas Chicken

Saturday 15 August 2020

Cerita Throwback.

Hai readers..

Salam hujung minggu untuk semua.. 

Erm.. 

Cerita 2 minggu lepas. Orang dok bekerja, ddy dorang baru dapat bercuti..

So bila dapat cuti singkat ni, kami balik rumah Mil dulu la. 

Itu je yang sempat. 


Bila balik rumah mil di Melaka, nak jalan sana sini pun rasa macam malas je disebabkan Covid-19 yang belum berakhir ni. 

So kami ambik kesempatan berjalan tempat yang betul betul nak tuju je. 


Okay, tajuk lain, intro panjang lebar ke lain kan.. well cik mimi kan.. kadang merapu je lebih.. hihihik..


Ceritanya..

Ddy dorang ni tanya nak pergi mana. Dia memang plan nak keluar. Tapi cik mimi ni tak tahu sebenarnya nak ke mana..

So tiba tiba teringat nak try Texas Chicken. 

Sebab kawan dan adik pernah cakap sedap. 


Kalau sebut pasal sedap, tentunya nak cuba kan? Terliur juga dibuatnya. So setelah di google Maps kan di mana ada, so kami tuju dia NSK Melaka tu.. Nak kata NSK tu dekat dengan rumah Mil, tak juga. Tapi sebab nak cari benda tu, gigih musing mencari. 



Kalau tanya komen jujur dari lubuk hati cik mimi, Texas Chicken ni tak berapa nak mendapat tempat di tekak cik mimi.. kureng sikit la.


Kalau Kentucky Fried Chicken tu memang No.1 la. 😬😬

Tanya pendapat ddy dorang. Dia pun kata tak berapa sangat dengan Texas Chicken ni. 


Sejujurnya la, kalau dari segi coslow dia tu, kurang sos kuah dia tu. Macam kering. Pastu dia takde gabungan dengan kentang putar. Kalau ada mesti best. 😋


Then kentang goreng dia pun macam tak lembut. Zhareef yang favourite dengan kentang goreng pun tak berapa nak makan benda tu. 


Tapi kalau ditanya akan repeat lagi ke tidak, erm.. kalau bukan kehendak yang betul betul nak, tak kut. Kecuali orang belanja, rezeki jangan ditolak kan. Hihi


Erm.. ni just komen bukan post berbayar ke apa ye. Toksah nak kecam. Lain orang lain citarasanya kan. 🤷

24 comments

  1. setelah beberapa texas yg saya pergi, memang ada yg sedap ada yg tak.. pendapat saya lah.. tapi yg paling sedap honey butter biscuit tu lah.. paling fav.. dari segi ayam, memang kfc lah no 1 cumanya ayam texas ni besar2

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, nombor 1 tetap KFC, nombor 2 Marrybrown, 3 McD, lepas tu baru Texas ni..hehe

    ReplyDelete
  3. actually texas have a few delicious one.. kena pandai cari macam KFC.. pun bukan semua sedap kan

    ReplyDelete
  4. ooo, kalo saya suka ayam texas ni dari KFC sebab dia kurang berminyak...hihi..sebab tu kot kurang umphhh..tapi bab honey biscuit dia tu memang sodapp, febretttt gilerrrr

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasa jadi tak tahu nak banding kan camne hehe. Tapi nak rasa jugaklah nnti kena dengan tekak ke tak

    ReplyDelete
  6. Setiap org mesti ada favorite makanan masing2..sy suka ayam mcd, burger suka yg kfc, manakala kalau texas sy suka jalapeno bombared n roti dia tu..best..hihi

    ReplyDelete
  7. Lepas dah muak dgn KFC, ika bertukar ke Texas hehe not bad jugak :) Ika suka sebab ayam dia besar.

    ReplyDelete
  8. Rawlins jarang ke Texas Chicken sebab memang tak suka disebabkan ada insiden makan kat situ yang Rawlins ingat sampai bila-bila. haha. Kalau segi rasa, memang tak boleh dibandingkan dengan KFC.

    ReplyDelete
  9. Sedap ayam texas.sy mmg suka jenis tak ada tulang. And gorengan dia ranggup mmg best

    ReplyDelete
  10. Suka juga makan di Texas Chicken ni, tapi jarang la sebab susah nak jumpa juga.

    ReplyDelete
  11. Nasib baik jugalah tempat Sis kalau nak makan Texas ni, semuanya ookay, sampai memang suka ayam texas dari yang lelain... jangan lah sampai jumpa tak sedap, kang putus selera...

    ReplyDelete
  12. texas chicken so far huda makan sedap, tapi tekak kita biasa dah makan KFC

    ReplyDelete
  13. sedap juga texas chicken ni. saya paling gemar roti butter dia tu. sedap

    ReplyDelete
  14. Texas Chicken brand baru kita lama tak pergi makan sini kita suka mereka punya bun tu jer sedap hehehehhee ayam tu boleh lah kan kalau makan panas-panas best...

    ReplyDelete
  15. Liez tak pernah cuba lagi makanan dkt texas selain cookies viral tu.yg tu mmg favourite smp beli berbelas biji

    ReplyDelete
  16. Satu komen yang jujur sebab itu kak kurang nak g food review sebab klu tak sedap kak tak bole kata sedap jadi baik tak usah pg ya tak? X suka hipokrit.

    ReplyDelete
  17. saya rasa mungkin branch yg sis pergi ni ada masalah sikit. setakat ni, texas chicken yg saya pergi, okay, and texax chicken ni one of my family favourite :)

    ReplyDelete
  18. Lama x makan Texas chicken. Last makan puasa tahun lepas..haha.. sedap ayam dia kan.. n air free flow..syok!

    ReplyDelete
  19. I pun dah lama tak makan texas chicken maybe less outlet at my area and kurang promosi kot.

    ReplyDelete
  20. suka jugak makan di texas chicken ni ..dia punya biskut/roti tu memang sangat sedap ok!

    ReplyDelete
  21. Akak tak cerewet, asal makanan halal akak makan tapi ayam goreng ni memang kurang sikit lah mklum lah dah berusia kurang sikit makan yang bergoreng

     4 Idea Bisnes Makanan Viral

    ReplyDelete
  22. Hehe tiap orang ada selera yang berbeza dan setiap tempat juga ada kelebihan dan kekurangan masing2.

    ReplyDelete
  23. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete