Microsleep. Sejauhmana Bahayanya?

Tuesday 7 July 2020

Masa kini, microsleep sering terjadi pada para pemandu. Namun dalam kita tak sedar, ianya membahayakan dan memberi impak yang besar kepada yang mengalaminya. Adakala kita tak sedar mengalami microsleep semasa memandu. So hari ini, cik mimi nak share sikit info mengenai Microsleep.. 

Jom kita ambil tahu kesan bahayanya kepada yang mengalaminya.

Apa itu ‘microsleep’?

Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Masalah microsleep ini mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

microsleep


Simptom Microsleep


Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti :

  • Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
  • Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
  • Terjatuh sesuatu yang dipegang.
  • Kepala terlentuk.
  • Mata lambat berkedip.
  • Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
  • Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
  • Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda amaran 

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah :

  • Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
  • Menguap berlebihan atau kerap.
  • Tersentak secara tiba-tiba.
  • Mata berkelip lebih kerap dari biasa.
  • Tanda amaran ketika memandu
  • Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
  • Berulang kali menguap.
  • Terlepas jalan keluar.
  • Kelopak mata memberat.

Apakah puncanya?

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.





Langkah Pencegahan!

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:

  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
  • Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
  • Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
  • Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
  • Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu. 





Sumber : Hello Doktor

10 comments

  1. Mmg bahaya kan..yg selalu memandu tu semoga sentiasa berhati2..

    ReplyDelete
  2. Good sharing Mimi.. Kak Sue pernah juga ada tanda-tanda tu masa ride, bahaya juga walau bukan Kak Sue yang bawak..

    ReplyDelete
  3. bahaya kot.. untuk diri sendiri dan pengguna jln raya lain..

    ReplyDelete
  4. Microsleep mmg bahaya. Tgk la dah berapa banyak kemalangan maut jd sbb terlelap sekejap kan. Bagus tips ni sume

    ReplyDelete
  5. Thank you for the tips. Itulah, bahaya kalau microsleep jadi time tengah memandu.

    ReplyDelete
  6. sangat bahaya..baru terjadi pada ayah shida.. disebabkan microsleep..udah berlanggar dgn kereta depan..mujur dua2 pemandu xde pape huhuu..

    ReplyDelete
  7. Memng bahaya microsleep ni. Kadg beberapa saat je terlelap boleh terbabas tempat lain.. Macam lama pulak terlelap.. Jadi kalau penat sgt better rehat janagn bawk kereta

    ReplyDelete
  8. pernah sekali dulu jd dekat sy, Ya Allah mujur tak jd apa2 mengantuk mmg tak boleh bwk bincang

    ReplyDelete
  9. Ni sangat bahaya, kalau mengantuk jangan pandu kereta bahayakan nyawa sendiri dan orang lain juga.

    ReplyDelete