3 Pantang Larang Ibu Mengandung??

Saturday 11 July 2020




3 Pantang Larang Ibu Mengandung??


Hai kengkawan semua..
Bila saat kita disahkan hamil, tentunya kita semua seronok yang teramat sangat kan..
Tapi dalam masa yang sama, kita kena berjaga-jaga..
Orang kata, mengandung ni bukan kata kena berjaga-jaga takut boleh alami keguguran..
Tapi ada pantang larang yang kita kena ikut.. Betul ke??

Ingatkan dalam tempoh berpantang je ada pantang larang kan..
Semasa mengandung lagi kita dah kena berjaga-jaga..
So harini cik mimi nak share la dekat ibu-ibu diluar sana yang mana tengah mengandung atau dalam planning nak hamil tu..

Jom teruskan baca info menarik ni..

Kepada wanita yang telah disahkan mengandung, tahniah! Dalam masa kurang daripada setahun, jika tiada apa-apa kesulitan, anda akan bergelar ibu. Dalam menempuh tempoh kehamilan tersebut, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis ura-ura yang berupa pantang larang ibu mengandung, kan?

Biasalah, apabila anda berbadan dua, jika tidak dijaga dengan baik, alamatnya teruklah tahap kesihatan si ibu kelak.

Kesihatan si ibu akan mempengaruhi tahap tumbesaran si manja. Maka, penting buat anda untuk mengetahui sama ada pantang larang tersebut bercanggah dengan konsep sains (mitos) atau merupakan fakta yang telah terbukti oleh kajian.

Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang tanpa mengetahui sebab di sebaliknya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 3 pantang larang ibu mengandung yang telah terbukti oleh kajian sains.


#1: Boleh ke pegang kucing sewaktu anda mengandung? 



Boleh, namun masa bersama dengan haiwan peliharaan tersebut perlu dipendekkan berikutan ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius.

Ini mungkin antara pantang larang ibu mengandung yang paling sukar untuk anda ikuti tetapi ingat, kucing anda boleh menjadi sumber kepada mikroorganisma yang dikenali sebagai Toxoplasma gondhii.

Ia merupakan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis melalui najis kucing, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air yang tercemar.

Oleh sebab itulah, wanita mengandung tidak disarankan untuk membersihkan najis kucing. Mereka boleh dijangkiti dan kesannya boleh melarat kepada bayi di dalam kandungan.

Perkara yang lebih menakutkan adalah, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) kebanyakan individu yang dijangkiti dengan parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Segelintir individu akan mengalami simptom seakan-akan selesema, bengkak kelenjar limfa dan sakit badan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 melibatkan 219 wanita hamil di Malaysia telah menunjukkan bahawa prevalens bagi jangkitan ini berada pada peratusan 42.47.

Jumlah peratusan tersebut agak membimbangkan berikutan bayi di dalam kandungan berisiko untuk mendapat jangkitan toksoplasmosis tahap serius jika ibu mempunyai status jangkitan aktif. 

Kebanyakan bayi yang terjangkit, lahir dalam keadaan bebas simptom namun mereka berisiko untuk mengalami simptom yang teruk kelak. Simptom/gejala yang boleh dialami oleh bayi tersebut seringkali berupa kerosakan mata, otak dan organ lain serta terdedah kepada jangkitan mikroorganisma kesan daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jika anda perlu menguruskan najis kucing dan tiada siapa boleh membantu anda pada saat itu, gunakan sarung tangan. 


#2. Boleh ke ambil minuman berkafein?


Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini mungkin berita buruk buat anda. Kafein adalah bahan yang seharusnya dikurangkan pengambilannya berikutan ia merupakan sebahagian daripada pantang larang ibu mengandung yang seharusnya dituruti. 

Bukannya tak boleh jika anda ingin mengenakan secawan kopi bagi melengkapkan rutin pagi anda. Namun jumlah pengambilannya perlu dikawal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. 

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari jika anda sedang hamil.

Bergantung kepada jenis minuman kopi (latte, mocca, americano), jumlahnya bersamaan dengan 1-2 cawan kopi. 

Pengambilan minuman kopi melebihi had tersebut boleh melanggar pantang larang ibu mengandung seterusnya menyebabkan komplikasi kepada bayi yang dikandung.

Jika anda suka minum teh, berita buruk untuk anda juga. Minuman teh turut mengandungi kafein walaupun jumlahnya mungkin jauh lebih rendah berbanding dengan minuman kopi. Menurut ACOG, anda dibenarkan untuk mengambil di antara 2 hingga 4 cawan teh bergantung kepada jenisnya (teh halia, teh peppermint).

Kafein bukan sahaja terkandung di dalam minuman kopi dan teh. Ia juga terdapat dalam minuman soda dan minuman tenaga. Berbanding dengan teh dan kopi, minuman soda dan minuman tenaga mempunyai jumlah gula yang tinggi. 

Leceh, kan? Oleh sebab itulah, jika boleh, jangan ambil sebarang minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan. Ia merupakan alternatif yang lebih selamat. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan apa-apa sukatan. Minum sahaja air kosong.

Jika anda masih ingin mengenakan secawan dua minuman berkafein, saranan pantang larang ibu mengandung ini wajar diambil serius. Hal ini kerana, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir.

#3. Boleh ke buat prosedur pergigian semasa hamil?



Perubahan hormon yang dialami ketika tempoh kehamilan boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak, berdarah dan mengalami iritasi kesan daripada makanan yang terperangkap pada celahan gigi. Anda mungkin tertanya-tanya adakah rawatan gigi merupakan prosedur yang perlu dielakkan semasa hamil? 

Ia bukanlah satu bentuk pantang larang ibu mengandung yang definitif. Secara amnya, adalah lebih baik jika prosedur tersebut ditangguhkan sehingga selepas bersalin. Namun buat sesetengah kes yang berisiko untuk menyebabkan jangkitan gusi, ia wajar dirawat dengan kadar segera. 

Para ibu kebiasaannya digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur pergigian pada trimester kedua fasa kehamilan.

Oleh sebab ubat tahan sakit dan antibiotik yang diberikan semasa rawatan tersebut berlangsung mempunyai keupayaan untuk menembusi dinding darah plasenta (blood-placenta barrier), kebanyakan ibu khuatir untuk melaksanakan prosedur tersebut pada trimester pertama.

Setakat ini tiada bukti klinikal yang jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk yang dialami oleh wanita hamil yang mendapatkan rawatan pergigian pada trimester pertama.

Namun, bagi mengurangkan kerisauan si ibu dan jika prosedur pergigian tersebut bukanlah prosedur kecemasan, tidak salah untuk mereka menjalaninya pada trimester kedua.

Kenapa tidak pada trimester ketiga? Jika terdapat keperluan kepada wanita hamil untuk menjalani prosedur pergigian pada trimester ketiga, ia boleh dilakukan.

Cuma si ibu mungkin akan merasa tidak selesa berbaring dengan perut yang membesar untuk satu tempoh masa yang lama. Rawatan gigi elektif seperti pembersihan dan pemutihan gigi, sebaiknya ditangguhkan sehingga selepas bersalin bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

Konklusi

Jangan mudah percaya dengan ura-ura berkenaan dengan pantang larang ibu mengandung. Dapatkan pengesahan daripada pihak profesional. Pastikan perkara yang anda ingin terapkan sepanjang pengalaman anda hamil tidak akan memberikan kemudaratan kepada anda ataupun anak anda. 

Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk mengambil 2 cawan kopi sehari, pastikan anda ambil kira berapa cawan kopi yang telah anda minum dalam masa sehari. Jangan ambil lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap anda dan perkembangan anak anda secara menyeluruh.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Sumber : SINI

13 comments

  1. oooo.. baru tauuu... boleh simpanuntuk rujukan nanti

    ReplyDelete
  2. Ohhh. Ni la sebab-sebabnya. Kucing tu memang takda. Sebab family history masalah peparu. Semput, asthma dan berair. Avoid awal-awal. Hehe. Utk caffeine tu memang susah nak avoid. Sedapnya latte tu. Telan air liur kita trngok. Hahaha. Kemudian yang rawatan gigi tu. Akak ada juga cuci gigi masa hamil. Alhamdulillah takda apa-apa masalah.

    ReplyDelete
  3. Masa Sis mengandung ketiga-tiga anak, pantang tu semua Sis buat, sebab memang bela kucing, minum kopi, cuma gigi tu sepanjang kehamilan hanya sekali aje buat gigi pada awal mengandung, tu pun doktor yang suruh, cuci gigi aje..

    ReplyDelete
  4. Alamak Fana dah lah peminat tegar kopi. Latte dan mocha ni memang tak tinggal. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk tips ni. Memang berguna walaupun nampak macam perkara remeh dan mudah. InsyaAllah berguna pada saya untuk masa hadapan

    ReplyDelete
  6. Tips yang berguna sebab sekarang dah ramai yang bela kucing. Boleh jadi ramai lagi yang tak tahu tentang bahaya kepada para ibu mengandung

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semasa AM mengandung dulu buat benda di atas.. AM mmg alah dgn bulu kucing jadi mmg elak awal2..

    ReplyDelete
  8. Masa preggy ena addict dengan kopi. Kalau tak dapat 1hari rasa tak boleh kawal diri. Haha. Tapi sekali jela 1hari sampai lah 8 bulan. Lepastu doc dah bising suruh stop HB drop. So kite terpaksa stop demi baby.

    ReplyDelete
  9. Salah datu pantang lara g ug paling ditajuti semasa hamil ialah jgn seksa atau bunuh binatang atau suami memancing takut t ada kesan pd bayi..

    ReplyDelete
  10. minum air kopi tu mcm betul juga..sbb bila terlalu banyak kafein dalam badan bukan sahaja tak elok pd badan..pd kandungan..terutama klu coffee tu jns bergula

    ReplyDelete
  11. Dah beranak baru tau ada pantang larang. nasib baik main dengan kucing ok je masa mengandung. Kucing manja sangat, susah nk belai kejap je

    ReplyDelete
  12. haha memang a lot of Pantang Larang for pregnant mum. Lucky I have over that stage.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah masa emi pregnnt haritu tak diuji dengan sakit gigi. Scary sikit bab sakit gigi tu, kalau dah sakit memang tak boleh bawak bincang dah.

    ReplyDelete