My Big Dream Suatu Ketika Dulu..

#HanyaSebuahKenangan

Assalamualaikum.. Hai readers..
Terasa pagi ni macam nak membebel dekat blog.
Sebab stress.
Macam macam hal la yang terjadi..
So jalan penyelesaian nak hilangkan kepenatan "stress" tu, haaa jom la kita bebel..

Tajuk bebelan harini my big dream suatu ketika dulu..
Zaman sekolah menengah.. Zaman sebelum ada apa apa ikatan dengan siapa siapa..

Selalu terpikir kalau satu hari nanti nak kawen, nak ada keluarga yang sangat best..
Ada suami yang cukup berlemah lembut dalam pertuturan.. Dalam perwatakan.. Bukan lelaki lembut tau. Ada bezanya. 

Kita pun boleh berubah..
Berubah dari tudung biasa biasa, boleh la ke arah pakai bawal bidang 50 macam tu..
Cakap tak pernah nak tinggi suara. Sentiasa lembut..
Suami sentiasa layan dengan baik.. Anak anak sentiasa dengar kata..
Anak anak sentiasa berkelakuan sopan..

Everything semuanya yang indah indah belaka..
Tapi semua tu hanya la big dream yang tersimpan jauh dalam lubuk hati..
Sometime makan hati dengan kata kata suami..
Anak anak yang cukup payah nak dengar kata.. 

Kalau orang kata, kita kena mulakan dulu. Jangan suka mara anak.. Tengking anak..
Huaaaaaa.. 😭😭😭😭
Dah buat semua tu.. Last last bila pendam, akhirnya makan hati sendiri. Sakitnya rasa..
Hari hati nangis kenang balik..
Kenapa jadi macam ni..

Ujian Allah..

Tapi big dream ni kita sebenarnya masih boleh usaha kan.. Usaha selagi boleh.. 
Cuma tercapai atau tak, kita tak boleh nak kata..

Banyak lagi nak ceritakan pasal big dream ni.  
Takpe la.. Kita simpan semua tu dilubuk hati sebagai 1 kenangan dan impian je la..


Kita hanya insan biasa..
Tak mungkin dapat rasai seperti apa yang kita harapkan..

Yang penting, bersyukurlah seadanya..
Sebab apa yang kita lalui, atas perancangan yang Allah dah aturkan..



3 ulasan

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! hi menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. betul tu
    yang penting bersyukur dan In Sha Allah nanti Allah akan berikan apa yang kita nak
    antara cepat dan lambat jer :)

    ReplyDelete
  3. Sabar dan terus berdoa.

    Akak pun selalu marah anak2. Tapi suami baik. tak pernah menengking.Kadang terfikir jugak.

    Ya Allah..apalah kebaikan yang aku dah buat sampai dapat suami baik gini.

    Cuma bila tengok anak2 pulak, terfikir jugak.." ,,tak pe la. anak2 degil ni mungkin sebab aku banyak dosa .." Hahahah..

    Ada je benda best dalam banyak2 yang tak best dalam hidup kita ni. Adil la tu.

    Kalau semua benda best je , tak boleh jugak.Manusia ni mudah lupa bila dapat nikmat Allah, So Dia akan bagi seimbang semuanya

    ReplyDelete