Jom Jadi sebahagian Peniaga Di PGMall Online!

Thursday 11 June 2020

Dewasa kini, rata-rata diantara kita suka menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tak kisah secara terus ataupun secara atas talian. Dari sekecil kecil barangan sehingga la sebesar besar barangan. 

Ramai juga yang tidak tahu, bagaimana caranya untuk menceburkan diri perniagaan secara atas talian. Mungkin ada yang berjaya dengan cara yang mudah, tapi tidak semua mengalami situasi yang sama.
So pada harini, cik mimi nak bagitahu tentang salah satu platform E-commerce yang berada di Malaysia sahaja yang telah wujud pada tahun 2017 lagi iaitu PGMall.


Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu PGMall. Okay, jom kita selidik sikit info mengenainya. 
PGMall merupakan salah satu website yang menawarkan pelbagai perkhidmatan jual dan beli pelbagai jenis barangan untuk rakyat. Ianya tidak tertakluk pada satu atau 2 jenis barangan sahaja, tetapi lebih dari 30 jenis barangan yang boleh dijual disitu.

Apa yang cik mimi nak tekankan disini, PGMall mensasarkan lebih 10ribu peniaga pada tahun ini! Wow, ini adalah 1 peluang yang sangat hebat dan satu berita yang baik kepada mereka yang mencari platform untuk memulakan perniagaan! 


Untuk para peniaga yang baru ingin menyertai sama platform ini tidak perlu kuatir kerana, tiada melibatkan sebarang pembayaran pendaftaran.Jika di amati, website PGMall mempunyai navigasi yang memudahkan orang ramai untuk membuat carian dan seterusnya membuat pembelian.
Adalah satu langkah yang baik jika anda juga dapat sertai sama untuk mencari tapak perniagaan disana. 

Dari segi pembayaran untuk sebarang transaksi pembelian pula, pembayaran boleh dibuat secara atas talian juga. Boleh gunakan Maybank QR Pay, Touch N Go E-Wallet, Boost, Grabpay, Alipay dan sebagainya.. 
Ini adalah salah satu daya tarikan kepada pelanggan kerana rata-rata diantara kita suka membuat pembayaran secara terus sebegini. 
Para peniaga tak perlu risau tentang bagaimana cara PGMall menarik perhatian para pembeli. Ini kerana mereka mempunyai rangkaian media sosial yang kuat untuk mempromosikan setiap jualan dan mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk membuat review dari setiap pelanggan. 

PGMall juga mempunyai Management Info System (MIS) team yang kuat untuk support semua campaign dan promosi yang ditawarkan oleh PGMall.
Dengan cara kreatif ini, akan menjadikan setiap jualan itu lebih menarik malahan membuatkan para pembeli tertarik untuk membuat pembelian malah menarik lebih ramai lagi para pembeli baru.
Bukan itu sahaja, PGMall juga berkerjasama dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino dan yang lain-lain untuk memudahkan sellers untuk menjual di platform diorang… hebat bukan?? 


Bagaimana cara untuk menyertai sama untuk menjadi sebahagian peniaga di PgMall.My? Boleh layari 👉 https://seller.pgmall.my/
Bagi membuat pemdaftaran dan ketahui lebih mendalam lagi apa syarat syarat yang diperlukan. 

Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi info tentang PGMall ni boleh layari :

Jangan lupa sertai sama pada harini juga, kerana setiap hari, jumlah pembeli kian bertambah dari hari ke sehari. Gudluck! 

13 comments

  1. PG Mall semakin hari semakin mendapat tempat di hati para pembeli dan peniaga. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Berbaloi siapa yang mula nak meniaga di PGmall ni, banyak tawaran menarik, tak silap yuran pun free kan...

    ReplyDelete
  3. Macam lazada tu la kan... Bole beli dan jual barang sekali kan

    ReplyDelete
  4. wah bolehlah lepas ni sesapa yng berminat untuk berniaga, berniaga di pg mall. salah satu platform terbaik untuk mencari rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. In shaa Allah mudah dapat cust nanti disini..

      Delete
  5. Pg mall semakin melebarkan pengaruhnya.bangga sbb founder ank tempatan. Semoga rmaai lg seller yg join ntk kukuh kan lg platform.

    ReplyDelete
  6. Bagus ya PG Mall ada buat platform mcm ni, sekurangnya peniaga ada jugak platform nk letak barang2 niaga. Sis pun nk.cuba lah

    ReplyDelete
  7. da install gak PG Mall ni beberapa hari lepas...memang best kalo shopping situ sebab semua e-wallet boleh guna..kalau ada produk sendiri, boleh la try berniaga kat situ..

    ReplyDelete
  8. Platform yang bagus untuk peniaga.Zaman sekarang memang bagus buat perniagaan online. Orang pun banyak beli online sekarang ni

    ReplyDelete
  9. Yes PG mall tak lama lagi dah mcm shopee. Mcm2 benefits utk seller dan customer. Suka shop kt pg mall

    ReplyDelete
  10. PGMall ni makin famous sekarang utk online shopping kan. Kalau bg byk rewards leh kalau online shopping platform lain.

    ReplyDelete