Merawat Sunburn Dengan Moisturizer Water Based Yang Juga Melembap Dan Mencerahkan Wajah | Hansaegee Nature

Tuesday 5 May 2020

Hai readers semua..
Pkp ni macam mana.. Still berkurung dalam rumah? Ada jenguk keluar juga tak tu. Ambil udara luar. Ambil cahaya matahari sikit untuk merawat kulit kita?

Walaupun PKP ni ada yang tak keluar rumah langsung, sebenarnya ianya bukan satu yang elok ya. Kadang kala boleh buat kulit muka ni jadi kusam. Lemau, pucat je. Haaaaa, jaga-jaga tau. 

Dan masalah sekarang ni jugak, bila keluar rumah, cuaca panas terlalu terik pulak. Tempat lain cik mimi tak tau la. Tapi kalau tempat cik mimi ni, bahang dia tu boleh tahan. Maklumlah, kawaaan berdekatan pantai. Boleh bayangkan panasnya tu macam mana? Boleh merosakkan kulit wajah tau. Fuhhhh, pun tak elok jugakkan? 

Macam cik mimi ni, walaupun PKP ni tak boleh keluar, cik mimi ni still kena keluar jugak. Pergi kedai, nak cari stok barang niaga, barang keperluan rumah. Tapi yang merisaukan, masalah kulit wajah ni. Bila dah keluar, kulit muka terdedah dengan cahaya berlebihan, boleh buat kulit macam panas, kering, terbakar. Cik mimi pulak sejenis tak suka tempek sembarangan krim dekat rumah. Sebab bila kena panas tu, muka jadi melekit.

So cik mimi kena cari jalan penyelesaian tuk atasi ni. Wajib ambil berat dengan perubahan kulit muka kita. Walaupun nampak elok licin, kita tak tahu lapisan dalaman dia macam mana. Jangan sangka luar nampak elok, dalamannya pun elok ya. 

Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.


Pilihan cik mimi sekarang ni adalah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Kenapa pilihan cik mimi yang ni? Bila pakai ni, cik mimi rasa ianya serasi dengan kulit muka cik mimi yang ada kala sensitif dengan sesuatu produk tu. Dengan cream pelembap ni, best sangat tau. Masalah sunburn boleh sangat diatasi. Paling merisaukan, bila kulit terlalu terdedah dengan cahaya panas kan. 


Bila buat sapuan dimuka tu, terasa smooth je kulit muka. Paling best sebab water base. Dia meresap jauh ke dalam kulit, dan yang paling best, ianya tidak meninggalkan kesan melekit pada wajah. Berbeza sangat dengan cream lain yang pernah dicuba. Boleh tengok wajah cik mimi pada gambar no.4 tu. Tu muka after 10minute. Nampak glowing je kan..

Dan lagi 1 yang best kan, bau dia tu.. Bau yang fresh sangat tau. Macam bau lime pun ada. Bau dia soft dan slow je. Tapi memang best la. Terbaik bagi cik mimi. Sebab sesetengah produk ada bau yang kurang menyenangkan. Dan tak selesa bila dipakai. 

Dan satu lagi bila dah apply pada muka, dan biarkan seketika, terasa muka sejuk je tau. Sesetengah krim pelembap yang cik mimi pakai, beri effect panas berpeluh. Tetapi berbeza dengan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. So cik mimi rekomen sangat la siapa yang nak mencuba. 🤗
Sebab lain Kenapa cik mimi pilih Aqua Whitening ni? 

Banyak juga kelebihan dia dalam mengatasi masalah kulit wajah kita semua. Walaupun namanya krim pencerah, tapi dalam fungsi yang lain, ianya membantu memberi kelembapan pada kulit wajah kita. Itu yang pentingnya kan?

Cara penggunaannya cukup mudah. 
Krim ni tidak melekit. Apa yang menariknya tentang  Aqua Whitening ni, bila kita sapu pada muka dan gosokkan secara lembut dan perlahan, lama kelamaan, ada terhasil titisan air. Iya nya sangat unik. Jarang sekali kita dapat gunakan krim pencerah sebegini. 


Bila kita gosokkan wajah secara keseluruhan, titisan air akan terbentuk, dan ianyakan akan secara perlahan-lahan meresap masuk ke dalam kulit. Gosok lembut sehingga titisan air meresap habis ke dalam wajah. 


Dan dalam masa yang sama juga dapat mengawal lebihan minyak & sebum pada kulit (mengawal kulit berminyak).

Antara bahan kandungannya :

🌼 "Camellia Japonica Seed Oil"
• Tidak komedogenik, Tidak menyekat liang kulit, Tidak menyumbang kepada jerawat.
• Memperbaiki Kekeringan Kulit yang Terbakar cahaya matahari berlebihan.
• Memastikan pelembap meresap jauh ke dalam lapisan kulit bawah. 

🌼 Niacinamide
• Memberikan warna kulit yang cerah, kawalan minyak, kulit yang bersih dan tegang.
• Memutihkan dan Melembapkan wajah.
• Mengecilkan liang pori, sehingga dapat mengawal kulit berminyak.


Tekstur
Aqua whitening cream ni mempunyai tekstur yang halus dan lembut. 
Sapuan ke wajah dengan mudah, dan terus meresap ke kulit. 
Ianya tidak berwarna. Berwarna putih transparent sahaja. Kelebihannya ianya bila di sapu ke wajah, ianya terus bertukar menjadi water drop. 
Ianya tidak seperti pelembap wajah lain yang melekit dan memberi kesan tompokan pada wajah. 
Apatah lagi bila kita menyapu bedak atau memakai mekap. 

Cara penggunaan :
• Bersihkan wajah terlebih dahulu. 
• Ambil secalit cream, sapu kan pada wajah. Pipi dahi dan dagu. 
• Dap-dap atau urut secara selembut sehingga terhasil titisan air.
• Dap dap kan air tersebut supaya meresap jauh ke dalam kulit wajah



Pengguna Yang Sesuai Menggunakan Aqua Whitening Cream.

Haaaa, kalau korang nak tahu, Aqua Whitening ni semua untuk golongan lelaki juga. Bukan perempuan je perlu cantik dan jaga penampilan wajah. Tapi kaum lelaki pun perlu. 
Apatah lagi mereka yang bekerja terdedah dengan cahaya berlebihan, walaupun duduk dalam tempat beraircond, lagi perlu ye. Sebab apa, terlalu terdedah dengan aircond sebenarnya boleh mengeringkan kulit kita. Bukan melembapkan kulit tau walaupun aircond tu bersifat sejuk.

Dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan, krim ni sesuai untuk apa jenis kulit wajah pun ye. Kulit berminyak, kulit kering atau kulit normal. So boleh gunakan tanpa kerisauan. Kalau korang was-was nak gunakan terus pada wajah, korang boleh apply pada tangan dulu. Untuk tengok ada sebarang iritasi ke tidak. 

Ambil secalit krim tersebut, dan cuba apply pada tangan. Gosokkan secara lembut.

Apabila ianya digosok lembut, krim tadi akan bertukar menjadi titisan air seperti ini.

Gosok lembut sehingga titisan air tadi meresap masuk ke dalam kulit.



Cik mimi dah dapatkan seunit. So, korang semua bila lagi. Tak lama lagi nak raya kan? Kita semua mesti nak cantik cantik semasa hari raya. Jom dapatkan segera.. 😍
Jangan lupa masukkan dalam wishlist korang tau. 

Untuk korang yang nak dapatkan produk ni boleh layari : 👇

🍁Brand : Hansaegee Nature 
🍁Website : www.hansaegee.com/shop


25 comments

  1. nasibaik cuaca skarang mendung and hujan je..tp kalau tmpt tu cuaca panas and kita terdedah ngan cahaya matahari lama bole la guna Aqua Whitening Cream ni utk elakkan sunburn..nmpk lembut je tu

    ReplyDelete
  2. menarik produk Hansaegee nature ni kan. Wah nampak moisturizer die pun nampak lembut je, bagus ni utk semua jenis kulit. senang nak meresap

    ReplyDelete
  3. Yeay! Ada lagi choices untuk water based. Rawlins suk yang water based sesuai dgn kulit Rawlins. Nanti nak try la

    ReplyDelete
  4. Banyak dengaq depa kata produk Hansaegee ni best

    ReplyDelete
  5. Sis nengok macam serasi dengan kulit muka Mimi...lagipun kalau kata water based memang selamat dan bagus, kesan dia nampak natural kan...macam best la plak..

    ReplyDelete
  6. Produk Hansaegee ni best BEST.. Dah cuba CC ngn buih pembersih dia, tapi yg nie belum lagi.. Menarik juga kalau beli nie..

    ReplyDelete
  7. So cool! I love water base product. Product yg water base suit all types of skin. This product is from Japan right?

    ReplyDelete
  8. belum pernah dengar brand ni but the water based moisturiser ni nampak menarik lah.

    ReplyDelete
  9. Texture dia memang nampak lembut dan menyerap pada kulit. Nampak macam bagus produk ni

    ReplyDelete
  10. Kalau ni pakai masa pergi jalan kat luar sesuai lankan nak elak dari kepanasan cahaya matahari direct kepada kulit kalau pergi pantai pun boleh lah ni hehehehehhe Kita tak pernah pakai tak tahu..

    ReplyDelete
  11. Kalau rumah dekat ngan pantai memang cuaca panas kulit akan kering. memang penting untuk pakai produk yang melembabkan kulit. Macam menari produk ni kalau produk review dah habis boleh la cuba.Sekarang ni guna produk review yang ada je dulu. Jimat :D

    ReplyDelete
  12. Sally ade lagi yg ni... Mmg pakai bila kulit kering melampau... Sbb jenis muka xleh krim yg melekit... Nasib ni waterbase

    ReplyDelete
  13. Seronok tgk org berani mencuba produk krim muka whitening mcm ni. Sis malas la nak guna pemutih biarlah ori hihi..

    ReplyDelete
  14. tak pernah dengar brand ni oklah tu as long as ramuan yg digunakan selamat

    ReplyDelete
  15. memang pernah guna produk ni..and rasanya best sangat sebab dia cepat betul menyerap..and rasa cooling jer kat muka..hehe

    ReplyDelete
  16. Ramai pernah bagi review hansaegee moisturizer ni best. Produk korea memang kualitinya tak dapat disangkalkan lagi kan

    ReplyDelete
  17. Hansaegee punya produk xpernah mengecewakan.. Wawa pernah pakai yg cc cream dia mmg best.. Nk try la moisturizer ni lak

    ReplyDelete
  18. Banyak feedback best pasal produk ni. Dari Aloe AC hari tu hingga ke Aqua ni. Nanti akak nak cuba lah. Beli online senang kan.

    ReplyDelete
  19. mama ada guna pencuci muka dia mmg best dgt

    ReplyDelete
  20. ni moisturizer plak. ada baca tentang cleanser.
    normally kat kena campur air utk berbuih, kan. cleanser ni waterbased kan.
    brand ni aida x pernah jumpa, mimi. just baca review blogger je.

    ReplyDelete
  21. Bestnya tekstur cream dia.. Za kulit combinasi mmg elok la pakai jenis gel cream ni sbb x berminyak.. Bole la cuba nnt

    ReplyDelete
  22. Kena sunburn memang paling saya tak suka. kesan dia nak hilang memang susah. masa kena tu lagi lah muka panas rasa terbakar. Ada produk macam ni jadi penyelamat.

    ReplyDelete
  23. Yaya pernah guna moisturizer ni memang best and favourite sampai sekarang. Siapa ada masalah kulit kering memang recommend sangat

    ReplyDelete
  24. Ramai yang dah try this korean skincare brand pun feedback bagus

    ReplyDelete
  25. Moisturizer water based is very soothing and hydrating. I have not try this brand yet, will check out

    ReplyDelete