Tempat Yang Ingin Dituju Selepas Covid-19 Berakhir?

Thursday 2 April 2020

Assalamualaikum, hai readers..

Tempat Yang Ingin Dituju Selepas Covid-19 Berakhir? 

Jom kita share sikit tentang tajuk tu. Erm.. Bila PKP ni banyak pula idea nak membebel. Janji blog terupdate kan. Hihihi..

Semalam ddy Zara Zhareef tanya. 
"Nanti dah boleh keluar ayang nak pergi mana?"

Me : Ermmmm.. Ntahhh laaa..
(Jawapan tak memberangsangkan betul la kan. Orang dah ajak keluar taknak pulak) ha ha ha

Ddy ZZ : Nanti kita pergi JB nak jalan-jalan. Pergi je la mana mana. Hilangkan boring. Dah lama terperap dalam rumah.

Me : Ikutlaaa..

Sebenarnya kan.. Bukan taknak keluar jalan-jalan. Tapi jadi tak tahu nak tuju mana dulu. Maklumlah, banyak tempat dah pending kan.. 
Karang keluar ke shopping mall, pikir duit habis pula. Maklumlah, housewife. Bukan bergaji bulanan. Hihihi..
Ada masa kita suka berbelanja pakai duit sendiri. Sebab dapat 1 kepuasan. Nak minta-minta, kena pikir 10x. Tu paling sikit berpikirnya. Ha ha ha

Tapi bagi cik mimi kan, tempat yang nak kena tuju, JPJ laaa kot. Sebabnya lesen mati 16 april ni haaaaaa. Tak syok ler ada lesen, tapi lesen mati dah.. 


Yang kedua, nak cari pantai kut. Tapi kalau keadaan cuaca tak panas terik la. Nak tengok permandangan laut yang luas. Cari ketenangan dulu. Restkan minda. Bukan apa, terpekung je dalam rumah. Otak pun tepu. Kita bagi otak kita rasa lapang dulu, betul tak? 
Kata Mersing banyak pantai. Time ni la kita terjah dulu. 

Cik mimi kalau pergi pantai takyah berpicnic. Just pergi lepak lepak sekejap, ambik angin, balik. Hihihi.. Bila pergi sekejap-sekejap, rasa tak puas, nanti rindu nak datang balik kan.. 

Yang ketiga. Haaaaa, yang ni pun semua orang suka kan. Masuk kedai Rm2 tu. Hahaha..
Cik mimi rindu nak masuk Ninso ni haaaaa.. Nak pergi cuci mata. Ada benda pun nak dicari sebenarnya dekat sana. Disebabkan PKP ni, kita hold dulu la ye. 

Kalau korang, tempat yang korang nak tuju dekat mana dulu. Jom kita santai-santai share. Mana tahu boleh bagi idea juga pada kawan-kawan yang lain. 



Yang menarik : 
Hotel Kea Farm

18 comments

  1. Bonde pon nak pergi berkelah dekat tepi pantai, rindu angin laut, rindu nak tengok matahari terbenam, nak tengok pokok kelapa eh banyaknya nak tengok rindukan, moga PKP dapat diputuskan dalam masa terdekat buat masa ni #stayathome

    ReplyDelete
  2. Saya nak balik kampung tengok mak & ayah lepas MCO, dah lama tak balik.

    ReplyDelete
  3. Kak Sue kalau dah selesai semua nak balik ziarah Abah, adik beradik dengan kubur Mak..

    ReplyDelete
  4. ya pula kan, kena pegi hidupkan lesen tu. haha. kalau kita, sudah pasti office. sebab dah lama tak masuk office. keja memang bertimbun lah kot.

    ReplyDelete
  5. Kalau saya tempat yg saya nak pergi adalah tempat kerja. Dah lama tak pergi tmpat kerja. Rindu pulak haha

    ReplyDelete
  6. kalau saya nak balik kampung, nak kawennnn haha. bertabahlah majlis masa pkp semua kena tangguh. huhu. pastu nak cari hutan/sungai. rindu nak hiking

    ReplyDelete
  7. Banyak tempat nak pergi. Tapi balik kg dululah kot. Nasib baik sebelum lockdown aritu mmg dari kg. Huhu.lama gak tak pi pantai, nak pi Langkawi dalam plan.

    ReplyDelete
  8. Belum ada plan nak tuju ke mana lagi tapi rasanya ke rumah anak2 la kut atau balik kpg utk peraediaan Raya nanti. Sementara itu sebuk masak utk berbuka la nanti kan?

    ReplyDelete
  9. Tempat Marina nak pergi,genting kot. Sebab dah lama booking sebelum cuti sekolah bulan 3 ritu lagi. Tak taula covid19 dah ok ke tak bulan 7 tu

    ReplyDelete
  10. pertama, memang nak balik jumpa mak, abah dan mak mertua. rinduuuuuuu...
    then, memandangkan bulan Ramadhan dah dekat ni, tetap nak ajak asben gi Nilai3. beli baju raya utk anak2 dara dan mak mertua.
    moga ada time la before Ramadhan tu kan. gi pun cepat2.
    pkp da abis tapi jarang 1m masih lagi kena jaga, kan.
    walaupun raya nanti tak la brape nak raya, baju tu boleh la pakai utk lain2 masa.

    ReplyDelete
  11. Kalau habis PKP ni tempat yang akak nak pergi, ajak suami pergi CH.. Nak cuci mata tengok bukit bukau yang menghijau.. Kalau senaraikan banyak tenpat juga akak nak pergi. Allahu rindunya lahai nak keluar bersiar siar.

    ReplyDelete
  12. Haritu anak-anak yang tanya Sis, lepas PKP Mak nak kemana..
    Sis jawab, kalau habis PKP tu, nak ke mana pun masih dalam keadaan takut, sebab kes virus ni tak sepenuhnya habis, masih banyak lagi kes pending dan masih ramai yang belum buat saringan...itu yang jadi ketakutan Sis kalau nak keluar selepas PKP ni...entah laaa...
    Moga ianya cepat berakhir...

    ReplyDelete
  13. Sis kalau habis pkp buat macam rutin biasa balik. Nak jalan jauh/travel rasanya biaq le 2 ke 3 tahun dulu..biar keadaan benar2 pulih

    ReplyDelete
  14. First of all, insyaAllah rutin akan kembali seperti biasa (except for avoidable outstation travel) cuma apa yang dilaksanakan sepanjang PKP akan diteruskan iaitu 3 langkah mudah: basuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat, social distancing, lebih duduk di rumah... bukan apa, virus ni masih ada dan kita mesti pastikan yang ia terputus perumahnya... until diumumkan bahawa seluruh dunia memang dah bebas COVID-19 barulah boleh kembali back to normal insyaAllah... #kitamestimenang

    ReplyDelete
  15. hehe lesen boleh renew online.. iena biasanya renew lesen online je dekat myeg..tak pernah lg renew kt JPJ :D
    kalau iena lak first sekali nak balik kampung huhuhu..rindu familly

    ReplyDelete
  16. eh sama la nak kena renew lesen 18 april ni.. happy advance bday sis.. haha harap2 jgn la disambung PKP ni.. kita nak balik jumpa mak dgn adik beradik...rinduuuuu

    ReplyDelete
  17. Saya puka suka pantai. Duduk tengok laut, nyamannya

    ReplyDelete
  18. Tenang je tengok pantai.. kalaulah teman dok dekat-dekat sini.. mau hari-hari pi sini.. suka sangat dengan pantai.. teringin nak bawak anak-anak ke pantai

    ReplyDelete