Salam 4 Ramadan

Monday 27 April 2020


Salam 4 Ramadan

Assalamualaikum, Salam Ramadan buat semua..
Alhamdulillah.. Dah masuk 4 Ramadan kita semua. Baru sempat nak jengah blog ni haaa, betapa sibuknya cik mimi ni kan..
Syukur alhamdulillah kita semua dipermudahkan..
Yang mana ada kesulitan, kita cuba per7mudahkan ye. 

Puasa kali ni berbeza tak? Ke korang rasa sama je..
Mana tahu ada yang jenis memang kalau bulan puasa tak kuar, so tak rasa pape.. Nak pulak PKP bersambung sampai 12 Mei 2020, so bersambung la bertapa dalam rumah. 

Macam cik mimi ni, ni kalau masuk bulan puasa pun, jarang la terjah bazar. Cik mimi tak terjah, tapi ddy dorang yang akan terjah. Cari kuih la selalunya. Ataupun ayam golek macam tu. Cik mimi ni terjah boleh dikira la. Sebulan tu mungkin 3-4 kali aje. Tu pun kalau kebetulan time tu keluar beli barang, dah petang singgah terus. 

Bila PKP, semua bazar Ramadan dibatalkan, demi untuk keselamatan kita semua, sebenarnya bukan satu halangan untuk orang yang berniaga ni. Berniaga boleh ikut cara lain. COD. Betul tak? 

Cuma bila dengar COD, kita mula risau tentang caj tambahan kan? 
Macam dekat kem tempat cik mimi ni pun, kalau sebelum ni ada juga la buka bazar jualan kecil-kecilan orang kata. Wife-wife sini berniaga. Tapi bila dah PKP ni, semua thru whatsApp. Siap wujud "Bazar Online" lagi tau. Hihihi..

Cik mimi pun berniaga. Cuma belum berkesempatan nak promote barang niaga dalam tu. Tengah cari timing risau berselisih waktu masak untuk berbuka. Tapi macam mana pun, cik mimi still buat jualan tau. Ada terima tempahan dari bilik bujang punya. 

Dan lagi satu, meriah juga orang datang berniaga depan kem ni. Depan "Zon 1" iaitu tempat parking depan gate MP (Military Police).
Kalau ada COD dari luar, mereka akan sampai ke situ, dan para pembeli kena keluar ambil barang disitu. 


Macam buah-buahan pun, cik mimi tengok udah macam pesta buah dah tau. Macam macam orang yang datang. Ada time-time nya la. Pernah cik mimi beli jagung. Orang yang berjual tu datang dari Pasir Gudang. Buah-buahan ni ada yang datang dari Endau, ada yang memang dari Mersing. 


Walaupun PKP ni segala terbatas, syukur Allah permudahkan.. Kalau nal beli ikan sotong udang, ada juga yang datang depan Zon 1 tadi. Hari hari adik tu berniaga. Ambil ikan di Endau terus ke depan Zon 1 tu. So kami dapat makan ikan yang fresh la. Haritu pun cik mimi dapat beli ketam fresh juga. 😋😋

Sayur sayur pun ada pasar harian dalam kawasan kem. Tak silap cik mimi la. Dulu sayur di kem tu tak la meriah mana. Tapi sejak pkp ni, cik mimi kerap la ke pasar sayur, selang sehari macam tu, nampak banyak dah hasil sayur sayur yang dibawa. 

Sejujurnya walaupun PKP ni menyekat kita dari keluar, tapi Allah permudahkan dari segala kemudahan. Cuma berbezanya dari segi suasananya. "Sunyi"..

Kalau tahun lepas, cik mimi ada jiran depan rumah ni, so boleh juga bertukar juadah berbuka. Tapi tahun ni, jiran cik mimi pencen, balik sarawak bulan 12,tahun lepas. Plannya bulan 3 ambil barang. Sekali PKP, tersangkut la. Barang barang tak dapat nak ambil. Then kena la tunggu PKP selesai, baru la boleh proses pemindahan barang. Kalau dah selesai pindah tu,mungkin cik mimi dah ada jiran baru sekarang ni. 

Then suasana kemeriahan bertarawih pun takde. Kalau sebelum ni, bebas anak-anak ke masjid. Tahun ni bertarawih di rumah sahaja. Sebenarnya ada hikmah tersendiri PKP ni. Baik buruknya, semuanya Allah maha mengetahui. 

Selamat Berpuasa buat semua pembaca Syamimi Saad Dot Com. 🤗


4 comments