PKP 27 : Menu For Lunch

Hai readers, morning semua..
Gigih pulak hari-hari nak update menu lunch kan. Nampak nau hari hari kerja masak, makan. Haha
Dah macam hari-hari update menu berbuka gitu.
Sebab ada kelapangan, kita buat. Takde kelapangan, tak buat. Janji blog kesayangan ni terisi dengan manfaatnya. 


PKP 27 : Menu For Lunch


Menu Lunch for yesterday. Sepanjang berkahwin kan, ni la pertama kali cik mimi masak lemak pucuk manis + labu. Dari 7tahun lepas, dok mencari pucuk labu ni. Jenuhnya nak jumpa. Tu la, bila mak masak, taknak makan sungguh-sungguh. Dah duduk jauh dengan mak, terbayang-bayang masakan mak. 



Semalam pagi macam malas juga nak ke pasar sayur. Tapi pergi juga. Dalam mencari sayur apa nak beli, ternampak sayur pucuk manis ni. Allah.. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Rembat terus la sayur ni. Lepas tu mata melilau cari labu. Teringat ingat masakan mak sungguh ni. 



Selalu kalau mak masak macam ni, dia akan gandingkan dengan ikan kembung goreng. Marvellous gitu bila disuap dalam mulut. Cik mimi pulak plan nak malas ayam kan, makanya kita buat ayam goreng ranggup-ranggup la gitu. 



Dan gandingan terakhir. Sambal belacan!
Fuhhhh makin terangkat selera aihhhh.. Cukup sudah 3 lauk ni. Ddy dorang ni tak tau la first time makan lemak pucuk manis ni ke apa. Dulu pernah tanya. Dia cakap tak pernah makan. Ntah laaa 💁‍♀💁‍♀💁‍♀
Tengok dia makan okay je, okay la tu kan. Bukan pelik pun rasa dia...

Okay, 7tahun ngidamkan lemak pucuk manis hasil masakan sendiri akhirnyaaaaaaaa dapat juga. 😍😍

24 ulasan

  1. Ya ampun, ini combination lauk yg super sedap Syamimi 😍 This is ky fav! Sedapnyaaaa..

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak makan sayur pucuk manis, sebab susah nak jumpa kan...pucuk paku pun sama..kalau jumpa memang beli..ni lama tak pi pasar....sedap memang, lawan dengan sambal belacan tu ...perghhh

    ReplyDelete
  3. Rindu nak makan kat kedai minang area sekolah anak. Lauk Pucuk masak lemak labu dia sedap. Tgk sis punya terliur kita teringat.

    ReplyDelete
  4. gabungan sayur lemak lps tu ada ayam goreng ngan sambal belacan sedap tu...lapar la plak..belum lunch lg ni

    ReplyDelete
  5. Alamak, mengancam menunya. Bertambah nasi kalau ruby. Mau 2 pinggan lauk cenggini. Hehe.

    Masak lemak labu dgn pucuk manis. Walah, ada sambal dgn ayam goreng rangup krup krap krup krap

    ReplyDelete
  6. lauk2 simple ni kadang pembuka selera lagi2 sambal belacan ya ampunnn bertambah2 makan

    ReplyDelete
  7. pergh. kecur liuq tengok. belum baca dah berliur. haha. terus teringat mama kat kampung.

    ReplyDelete
  8. ramai yang buat stok belacan musim pkp ni..ingat esok nak buat jugakla..memandangkan anak2 pun jenis suka makan sambal ...apapun sedap2 makanan sis masak :-)

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya. saya kt rumah ni makan apa yg ada je, makan roti , nk makan sedap2 tak reti masak , bahan pun tkde hehe

    ReplyDelete
  10. aduhai tengok masak lemak pucuk manis + labu tu teringat masakan emak di kampung. rindunya! Cepatlah habis covid19 ni nak jamu masakan emak. huwarghhh

    ReplyDelete
  11. Kak pun dah lama tak makan atau masak pucuk kayu manis ni sbb kadh kala susah nak dpt. Kena g pasar baru ada. Kat kedai rumah ini x ada.

    ReplyDelete
  12. sgt kampung semua menu ni, mimie.
    my feveret.
    sup lemak labu tu, aida tak pernah buat.
    tak pernah terfikir nak buat tau. aduh, rugi.
    tapi kalau jumpa kat kedai, 2 senduk amik! :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  13. sedapnya masak lmak labu tu..:)

    ReplyDelete
  14. moh lee kita jadi chef yang berjaya

    ada hikmah jugak pkp ni

    keluar segala skill masak, yang sebelum ni tak tahu pun masak

    ReplyDelete
  15. Rajinnye awak compile semua menu sepanjang PKP. Rajinnn! Sebenarnya dah lama tak buat sendiri sambal belacan. Hehe. Nak buat la esok.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya menu.. sepanjang pkp ni time tu la rasa nak makan makan kan.. tapi sis is so malas nak shopping nasib HB ada tolong belikan groceries.. macam macam nak dibuatnya.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  17. Sedapnya menu. Sejak PKP ni macam macam menu ada kan. Lepas tu mood rajin ada je nak buat itu ini. Akak ni suami kerja memang kurang masaklah sebab anak anak jenis tak nak makan nasi sangat. Kadnag nak makan roti la, cekodok la, maggi la...

    ReplyDelete
  18. Gabungan menu yang sangat serasi... sedapnyalah, menu kampung pucuk lemak manis tu lama tak jumpa sebab PKP ni pasar malam, pasar sari tak buka tak jumpalah ulam dan sayur kampung

    ReplyDelete
  19. Alahaiii sedapnya pucuk manis tu. Lama tak makan. Nak masak, susah pulak nak dapat dekat area rumah sis ni. Selalu beli dah siap je. Kalau ada memang sis akan masak ala2 ni jugak

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak makan sayur pucuk manis ni, bukan senang nak cari sayur ni sekarang.

    ReplyDelete
  21. Lama tak makan masak lemak pucuk labu ni.. Nak cari pucuk manis kat klmi sushla.. Kat lasar pun jarang nampak

    ReplyDelete
  22. sedapnya sayur yang ada labu tu. saya suka everything about labu. hihi

    ReplyDelete
  23. time pkp ni mmg keje memasak je la kite ni kan.. hehe

    ReplyDelete
  24. Bila pkp ni memang hari2 ada saja menu yang kita nak masak kan Mimi.

    ReplyDelete